Welcome Blog


Selasa, 18 Oktober 2011

Trimester Ketiga..=)

28 minggu hingga ke 39 minggu
Trimester ketiga bermula..Pemeriksaan di klinik kesihatan mewajibkan pemeriksaan gigi dan suntikan vaksinasi ketika kandungan berusia 24 minggu tetapi disebabkan ketika aku buat pemeriksaan,kandunganku baru berusia 23 minggu,semua itu ditunda ke pemeriksaan bulan seterusnya..

Selesai pemeriksaan di klinik kesihatan & suntikan vaksinasi telah diambil,aku dan suami ke klinik swasta untuk melakukan scan untuk melihat perkembangan kandunganku..Rindu nak melihat kandunganku setelah scan yang terdahulu..

Alhamdulillah,kandunganku sihat..Hari-hari yang berlalu membuatku tak sabar untuk bertemu dengan bayiku..Masih menjadi kejutan jantina bakal anak kami..=)

Trimester Kedua..=)

14 minggu hingga ke 27 minggu

Kandunganku di trimester kedua masih berada dalam keadaan baik..Perut pun baru menunjukkan kebesarannya pada trimester ini..Aku telah melakukan scan 2D di klinik swasta ketika kandunganku berusia 4 bulan..Perkembangannya normal..Pada tahap ini,masih belum dapat ditentukan jantina kandunganku ..

Pada pertengahan bulan 9,ketika kandunganku berusia 5 bulan aku melakukan scan 3D di klinik swasta di Ampang..Dengan bayaran RM100.00, dapat melihat kandunganku dalam bentuk yang lebih jelas..

Disertakan CD yang mengandungi beberapa foto scan & video pergerakan kandunganku..Masih juga tidak dapat melihat jantina kandunganku ..

Trimester Pertama..=)

Persenyawaan hingga ke 13 minggu

Setelah ujian kehamilan dibuat,prosedur biasa yang dilakukan adalah membuka buku di klinik kesihatan berdekatan..Mungkin kerana aku pergi sebelah petang,bacaan tekanan darahku agak tinggi iaitu 130/90..

Akibatnya,aku diminta untuk mengambil bacaan tekanan darah setiap hari selama seminggu pada waktu pagi di klinik kesihatan untuk mengetahui samada aku ada darah tinggi ataupun tidak..Selepas seminggu,tekanan darahku sama saja bacaannya iaitu 120/80..Syukur..

Indahnya Saat Itu

26 Mei 2011
Hari ini lewat 6 hari periodku.Alat menguji kehamilan memang aku dah beli awal-awal sebagai persediaan.Selepas solat Subuh,aku melakukan ujian kehamilan rumah.Tak perlu tunggu sehingga waktu yang ditetapkan dua garis terus kelihatan sejurus aku meletakkan kertas ujian ke dalam urin ku.Jelas kelihatan bahawa aku positif mengandung.Alhamdulillah.

Waktu ini memang sudah gembira sangat tetapi masih perlu disahkan oleh doktor.Kegembiraan ini disahkan melalui pemeriksaan di klinik.5 minggu sudah benih cinta kami tersemai di dalam rahimku tanpa aku menyedarinya.Satu lagi fasa baru dalam kehidupanku.Syukur padaMu Allah.😃

Pertama..=)

Alhamdulillah..Akhirnya,lahirlah sebuah blog yang lama ku idamkan..Orang lain dah berblog bertahun-tahun,aku baru nak berjinak-jinak menjadi blogger..Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk aku berkongsi pengalaman hidup dan apa saja yang aku boleh kongsikan dengan bakal pelawat blog ku ini..=)

Kahwin..=)

17 Mac 2011
Segala persiapan untuk kenduri kahwin sebelah perempuan rancak dijalankan..Abah sedang dalam perjalanan dari Perlis untuk mewalikan pernikahanku esok..Sepatutnya bakal pengantin tak boleh keluar rumah dekat-dekat nak kenduri ini tapi disebabkan banyak urusan nak dilakukan,aku keluar juga..Selamba saja melukis inai di tepi kedai jalan dan kaki hanya RM40.00..Yang penting cantik biarpun simple coraknya..Time itu juga baru aku nak mencari tudung untuk majlis persandingan sebelah perempuan dan kerongsang baju kebaya songket untuk persandingan sebelah lelaki..My best friend forever,Azian yang temankan masa ini..Alhamdulillah,dapat selesaikan semuanya..=)

18 Mac 2011
Hari ini majlis akad nikah akan dijalankan selepas solat Asar..Rombongan pengantin lelaki sudah berada di masjid sebelum Asar..Yang bestnya,jurumekap aku sampai dalam pukul 3 petang kerana hujan dan tak dapat mencari rumah..Memang agak kelam kabut tetapi sempat juga siap walaupun lambat sedikit ketibaanku di masjid..Mood agak stress..Huhu

Semua urusan pengisian borang dilakukan oleh bakal suamiku..Bagus sangat pengantin perempuan ini kan?Aku sampai hanya untuk memulakan majlis akad nikah sahaja..Gelabah juga..Hehehe..Dengan berwalikan abah aku,dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri..Sah kami saling memiliki antara satu sama lain dengan ikatan yang sah..Mengambil keberkatan hari Jumaat..Hujan bagaikan petanda Allah merahmati urusan kami hari itu...Syukur atas rahmatMu..

Maaflah kerana kami tidak merakam majlis akad nikah kami dalam betuk video kerana bagi aku,ia adalah saat yang begitu peribadi..Hanya dalam ingatan aku dan hanya orang-orang yang aku sayang yang berada di waktu itu akan ingati..Bukan untuk tatapan umum..Saat aku sah menjadi seorang isteri..=)

19 Mac 2011
Majlis persandingan sebelah perempuan..Berkonsepkan bunga-bungaan..Campuran anatara bunga segar dan bunga hiasan..Tema warna untuk persandingan hari ini ialah hijau putih..Persalinan untuk persandingan ini kami tempah sendiri..Pelamin dan meja makan beradab hasil kerja tangan keluarga kakak iparku,isteri kepada abang ketiga aku..

Set cadar yang kami gunakan untuk bilik pengantin set yang dibeli sendiri..Bila tak ambil pakej,semuanya kena beli sendiri tetapi bagus juga kerana cadar itu boleh digunakan selepas majlis nanti..Majlis ini dijalankan secara gotong royong..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini..Hanya Allah yang membalas budi baik anda semua..Sesi fotografi berlangsung dalam rumah sahaja kerana hujan..

20 Mac 2011
Majlis persandingan sebelah lelaki..Berkonsepkan songket..Tema warna untuk persandingan hari ini ialah ungu..Persalinan untuk persandingan ini juga kami tempah sendiri..Majlis ini dijalankan secara katering..Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat menjayakan majlis ini..Sesi fotografi berlangsung di FRIM Kepong..Dapatlah juga sesi bergambar outdoor..Syukur,majlis kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar..=)
Waktu ini aku amat merindui arwah mak aku..Arwah mak cuma sempat menguruskan majlis perkahwinan abangku yang pertama..Semasa majlis perkahwinan abangku,kami masih lagi tinggal di perumahan polis..Jadi jika ada kenduri atau apa-apa acara,isteri-isteri polis ini akan membantu dari awal majlis hingga selesai..Semangat gotong royong yang amat meriah dan semuanya akan membantu apa yang terdaya.

Rasanya kalau arwah mak aku masih lagi hidup,arwah maklah orang yang akan paling sibuk menguruskan segala-galanya..Semoga arwah mak gembira melihat kebahagiaan yang aku kecapi..Akan aku contohi sifat arwah mak dalam menguruskan keluarga dan rumahtangga selama hidupnya..Miss you so much mak..=(