Welcome Blog


Khamis, 11 April 2013

Perbezaan Mengandung Anak Kedua

Assalamualaikum.
Mengandung kali ini agak menguji diri aku kerana di samping mengandung aku masih lagi menyusu Madiihah.Terasa sangat keletihan setiap kali aku balik kerja.Syukur sebab aku tidak mengalami alahan,loya atau muntah-muntah sama seperti semasa aku mengandungkan Madiihah cuma kali ini aku lebih susah untuk makan kerana tidak berselera.

Kesian suami aku yang berusaha membeli lauk untuk aku tetapi sebabkan tidak berselera aku kadang-kadang hanya makan nasi berlaukkan kuah.Semasa mengandungkan Madiihah pun trimester pertama aku tidak selera untuk makan tetapi tidk seteruk ini.Mungkin sebab itulah aku lebih keletihan mengandung kali kedua ini.

Kadang-kadang dalam sehari hanya sekali sahaja aku akan makan nasi.Madiihah yang seperti tahu akan mempunyai adik pula memanfaatkan sepenuhnya penyusuannya walaupun sudah diberikan makanan tetap juga mahu menyusu denganku.Kebanyakan masaku kini aku isi dengan aktiviti tidur.

Seksa juga rasanya bila tak berselera ketika mengandung ini.Mujurlah aku tidak mengalami sebarang alahan,loya atau muntah-muntah.Kalau tak,lagi lembiklah rasanya nak menempuh bulan-bulan yang mendatang.Kandunganku baru masuk 9 minggu.Semoga selepas ini,aku akan kembali seperti biasa.Aamiin.😃