Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2018

Tempat Selamat Untuk Bayi Yang Tidak Diingini

Assalamualaikum.
Semakin menjadi-jadi kes pembuangan bayi.Ada yang ditemui dalam keadaan yang baik dan dapat diselamatkan tapi ada juga bayi yang dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati dan sudah tidak bernyawa.Aku tahu emosi ibu yang mengandung dengan memikirkan masa depan yang tak menentu,teman lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan pandangan masyarakat menyebabkan mereka memilih untuk membuang atau membunuh bayi mereka tetapi alangkah lebih baik mereka memilih untuk meletakkan di tempat yang memang dikhaskan untuk diletakkan bayi-bayi yang tidak diingini mereka itu.Semoga penulisan oleh Syed Azmi dapat membantu ibu-ibu dan dapat menyelamatkan nyawa bayi-bayi.

"Untuk bakal- bakal yang terlanjur (mengandung luar nikah) atau mereka yang tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, salah satu tempat yang sesuai dan selamat untuk meletakkan bayi tanpa sebarang soal siasat adalah di tempat berikut :
Kalau dah bersalin, boleh letakkan terus sini.
Kalau mengandung dan tiada tempat selamat, sila hubungi hubungi tempat-tempat ini juga untuk membantu anda.

Ada 2 perkara yang saya tekankan.
Kalau bayi ditinggalkan dengan surat beranak, sekurang-kurangnya ada warganegara dan (jika ibu tersebut warganegara Malaysia) boleh bayi tersebut boleh menikmati semua hak anak Malaysia seperti perubatan, pendidikan, passport dan IC, kebajikan dan lebih cepat dibuat proses pengangkatan ke keluarga baru.

Kalau bayi ditinggalkan tanpa surat beranak, dia akan automatik menjadi bayi Muslim tapi tanpa warganegara dan tidak dapat bantuan zakat pun.

Jadi untuk proses bersalin yang selamat bagi ibu dan bayi dan masa depan bayi, pergi ke baby hatch untuk dapat khidmat nasihat yang terpelihara dan rahsia terjamin. Kalau asal Terengganu tapi pergi baby hatch Johor pun takpe. Boleh.

Cuma jangan buang bayi di tempat yang menyeksa bayi sebab cukuplah ia terseksa di tempat yang tak selamat dan kalau selamat pun jadi warga asing dan sengsara sepanjang hayat. Adakah berbaloi hidup begitu?

Jadi fikir baik-baik. Mintak nasihat.
Yang penting anda bukan keseorangan.

Dah banyak orang zina sebelum wujudnya tempat sebegini, dan program sebegini dibuat untuk selamatkan bayi yang tidak diingini daripada terdedah pada bahaya dan risiko kematian.

Apakah usaha yang digunakan untuk banteras zina sebelum wujudnya baby hatch. Sebab sementara kaedah mereka dikemaskini dan berjaya, bayi-bayi ini perlu diselamatkan.

Nama saya Syed Azmi. Saya mempunyai rumah transit wanita dan remaja hamil luar nikah belakang Tesco Ampang. Jadi saya amat memahami situasi anda. Sila datang atau WhatsApp jika sugul. 0162184769

* Pusat kami tidak membuat proses pengangkatan dan semua bayi yang dilahirkan akam dijaga oleh ibu kandung sendiri.

Terima kasih
Syed Azmi Alhabshi
Patron Rumah Kita.


Tips Untuk Nikmati Makanan Berpantang

Assalamualaikum.
Resepi yang aku kongsikan untuk dimasak ketika berpantang di dalam blog ini boleh dimasak mengikut kesesuaian diri masing-masing.Ada yang berpantang mengikut pantang orang lama yang ketat.Untuk aku,aku sesuaikan dengan keadaan.Ada yang boleh aku ikut,aku ikut.Yang tidak boleh atau sesuai aku ikut,aku tak ikut.

Contohnya sukatan minum air.Boleh minum banyak sebenarnya di dalam sehari tetapi sedikit-sedikit sekali minum.Kalau kurang minum air,kesan pada kita kemungkinan sembelit dan susu untuk bayi kita kurang.Proses pemulihan akan mengambil masa.

Untuk makanan pula,kita perlu makan sedikit tetapi kerap terutama ibu menyusu untuk memberi tenaga.Ibu ketika berpantang perlu makan makanan berkhasiat untuk memulihkan kecederaan dalaman selepas bersalin.

Penggunaan minyak pun cukup sekadar untuk menumis.Memang tidak digalakkan tetapi untuk aku,sudah cukup untuk menaikkan selera untuk menikmati makanan ketika berpantang.Sebaiknya elakkan.

Makan ayam atau daging pun ikut kesesuaian badan.Ada yang tidak boleh makan disebabkan gatal.Kalau boleh berpantang dengan ikan selama 44 hari itu,teruskan.Paling lama aku makan ikan adalah dua minggu dan selepas itu selang seli dengan ayam atau daging.Pilihlah bahagian yang mudah hadam.Bahagian dada untuk ayam dan bahagian batang pinang untuk daging.

Pilih sayur dan buah yang sesuai untuk mendapatkan khasiat yang seimbang setiap kali anda makan makanan berpantang.Elakkan sayur dan buah yang boleh memberikan kesan angin setelah dimakan.

Berpantang adalah proses memulihkan badan tetapi perlu seimbang dengan pemulihan emosi.Jangan hanya kerana untuk sihatkan badan tetapi kita memberi tekanan pada emosi.Selamat berpantang!!!😉


Khamis, 25 Januari 2018

Ulangtahun Kelahiran Annur Madiihah Yang Keenam Tahun

Assalamualaikum.
Pada 21 Januari 2018,genaplah usia Annur Madiihah 6 tahun.Untuk meraikan ulangtahun kelahiran Madiihah,kali ini aku bercadang meraikan di prasekolah Madiihah.Selama ini,hanya sesi potong kek bersama kami sahaja ulangtahun kelahiran anak-anak disambut.Jadi untuk pertama kalinya walaupun hanya kecil-kecilan dan ringkas sudah cukup menggembirakan hati seorang anak dapat meraikan bersama kawan-kawannya.


Susah nak ambil gambar yang fotogenik sejak akhir-akhir ini


Disebabkan baju seragam sekolah anak-anak prasekolah berwarna putih,jadi aku memesan brownies sahaja untuk sesi memotong kek.Untuk makanan aku tidak sediakan apa-apa kerana sudah ada menu makanan yang ditetapkan oleh pihak prasekolah.Hanya untuk cenderamata sahaja aku sediakan walaupun hanya seringkas mungkin.


Menggunakan beg kertas,gam dan sticky note sebagai hiasan.Di dalamnya aku isi dengan sekotak Milo dan biskut Lexus.Memang idea di saat-saat akhir dengan kekangan masa bekerja syif seperti aku ini.InsyaAllah,tahun mendatang lebih baik persediaan.Happy Birthday cinta hati pertama Ma dan Abah.May Allah bless you.😃

Ahad, 14 Januari 2018

Salam 2018

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan mencoretkan kata-kata di blog ini.Terima kasih pada yang sudi membaca coretan dan perkongsian pengalaman di dalam blog ini.

Tahun ini Madiihah memulakan persekolahan pertamanya.Madiihah kami hantar ke prasekolah yang sama apa bila Madiihah memulakan persekolahan di peringkat sekolah rendah kelak.Mungkin agak lambat bagi Madiihah untuk ke sekolah berbanding dengan anak-anak sebaya Madiihah ada yang sudah ke sekolah pada usia 4 tahun atau 5 tahun.InsyaAllah melihat perkembangannya di rumah walau tidak dihantar ke sekolah lebih awal memberangsangkan.Huruf A hingga Z,angka 1 hingga 20 dan huruf Alif hingga Ya mampu dikenali dan dihafal Madiihah.Madiihah juga mampu menulis mengikut huruf yang kami tulis.InsyaAllah dengan pembelajaran rasmi di prasekolah,mampu membantu Madiihah agar lebih mahir dalam membaca,mengira dan menulis.  

Tahun ini juga,InsyaAllah pada 7 Jun 2018 kami akan menerima ahli keluarga baru.Pada awal Oktober 2017,aku telah sahkan hamil.Walaupun tidak menjangka rezeki ini,kami suami isteri terima dengan hati terbuka.Mujur juga Perdana Menteri mengumumkan pada perbentangan Bajet 2018 bahawa cuti untuk ibu bersalin ditambah dari 300 hari kepada 360 hari.Ketiga-tiga anak sebelum ini,aku telah menggunakan cuti selama 90 hari setiap seorang.Jadi,hanya tinggal baki 30 hari sahaja untuk anak keempat.Dengan pengumuman dalam Bajet 2018 itu,pertambahan 60 hari menjadikan baki cuti bersalin aku bertambah dari 30 hari kepada 90 hari.Syukur Alhamdulillah.Kalau tiada pengumuman itu,aku perlu melakukan kerja lebih masa untuk mencari cuti tambahan bagi menambah cuti bersalin.Rezeki anak 2018.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan,dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2018.Aamiin.

Rabu, 31 Mei 2017

Pengalaman Berpantang Selepas Pembedahan Caesarian

Assalamualaikum.
Coretan kali ini nak berkongsi pengalaman berpantang selepas pembedahan Caesarian ketika melahirkan anak ketigaku.15 September 2015 aku ke hospital dan 16 September 2015 aku melahirkan anakku.Sepanjang kehamilan,aku mengamalkan vitamin Shaklee.Alhamdulillah sangat memberikan kekuatan untuk diriku bertahan sepanjang kehamilan dan ketika berpantang.

Selepas selesai pembedahan,aku dibawa ke bilik pemulihan dan selepas itu baru dihantar ke wad semula.Kesan ubat bius perlu hilang barulah aku boleh bersama dengan anakku.Alhamdulillah,walaupun anakku mengalami fetal distress,anakku dalam keadaan yang sihat dan boleh bersamaku di dalam wad.

Setelah kesan ubat bius hilang dan aku sudah mampu merasa pergerakan seperti biasa semula,aku berjalan ke bilik air untuk membuang air kecil dan membersihkan diri.Pastikan diri anda boleh berdiri tanpa bantuan.Jika masih merasa pening atau hendak pitam,minta bantuan jururawat bertugas.InsyaAllah,jururawat akan membantu anda cuma jangan mengharapkan untuk diberi perhatian sepenuhnya kepada anda.

Bermula sesi penyusuan kepada anakku.Alhamdulillah,anakku dapat menerima susu ku walaupun hampir beberapa jam selepas pembedahan baru aku bersama anakku kembali.Sakit akibat pembedahan mula terasa tapi ku tahankan demi menyusukan anak tersayang.Posisi menyusukan yang selesa ketika ini bagi aku adalah baring mengiring.

Ubat yang diberikan oleh jururawat aku makan selang seli dengan vitamin Shaklee.Alhamdulillah,aku rasa bertenaga untuk menguruskan diri dan anakku sendirian di hospital sepanjang tempoh 3 hari.Polisi hospital tidak membenarkan sesiapa pun menemani ibu di wad melainkan waktu melawat.Bayangkan dengan luka pembedahan yang masih baru,keletihan selepas kontraksi kelahiran normal sebelum aku perlu menjalani pembedahan caesarian dan kesan ubat bius,aku perlu kuat demi anakku.Aku hanya meminta bantuan jururawat untuk melihat anakku ketika aku ke bilik air.Hari kedua aku telah mandi kerana rasa tidak selesa dengan badan yang melekit.

Amat berbeza berpantang bersalin normal dan berpantang secara pembedahan.Tetapi persamaan yang aku rasai adalah tenaga yang sama berpantang dengan suplemen Shaklee.Dari kelahiran anak pertama lagi aku tidak mengambil sebarang produk berpantang berasaskan jamu atau herba untuk mengelakkan risiko kuning pada anak-anakku.Sebelum ini aku hanya mengambil Vitalea,vitamin C,B Complex,Zinc dan ESP tetapi disebabkan bersalin pembedahan,aku menambah Vivix untuk proses penyembuhan luka akibat pembedahan.Sepanjang berpantang,aku hanya makan sekali sahaja masakan berasaskan ikan haruan.Pati ikan haruan atau gamat,tidak langsung aku amalkan untuk mengelakkan kesan superhealing.

Semua maklumat tentang bersalin pembedahan aku telah cari dan baca.Kebetulan sebenarnya semua maklumat itu untuk sahabatku yang bersalin secara pembedahan caesarian 2 minggu awal dari tarikh bersalin.Facebook juga banyak yang berkongsi artikel tentang pati ikan haruan dan gamat.Maka dari selepas pembedahan lagi aku tidak bercadang untuk amalkan ikan haruan,pati ikan haruan atau gamat.Cukuplah dengan suplemen Shaklee.Vitamin C,Zinc dan Vivix untuk penyembuhan luka.Biar lambat proses penyembuhan tetapi secara normal.

Proses berpantang kali ini dibantu sepenuhnya oleh suamiku kerana aku amat memerlukan kekuatan untuk menguruskan dua lagi anakku.Pengalaman menjaga dua anak sebelum ini ketika aku berpantang banyak membantu suamiku dalam menjaga diriku dan anak-anak kami untuk kelahiran anak ketiga ini.Sedap dan berselera aku makan makanan berpantang yang dimasak oleh suami.Terima kasih sayang.

Bagi anda yang sedang hamil dan bakal melahirkan anak,pilihan terbaik adalah suplemen Shaklee kerana ia sesuai sama ada untuk berpantang bersalin normal atau berpantang bersalin pembedahan.Suplemen Shaklee juga sesuai untuk sepanjang kehamilan.Klik www.wasap.my/601132548214 untuk pertanyaan dan pembelian suplemen Shaklee.



Jumaat, 26 Mei 2017

Resepi Mesti Cuba : Choc Chic Cookies

Assalamualaikum.
Ini resepi untuk biskut choc chic.Ramai yang sudah berkongsi resepi ini di Facebook.Boleh dibuat untuk makan sendiri atau untuk dijual.Selamat mencuba.
Gambar ihsan dari Facebook Pemilik Resepi
Bahan A
1 cawan butter
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar susu cair/susu segar
(Saya guna susu full cream 2 sudu besar)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 cawan choc chip
(Saya guna 1 cawan choc chip dicampur 1 cawan choc rice)
1 cawan kekacang tidak kira jenis apa pun

Cara Penyediaan
1. Pukul bahan A hingga sebati.
2. Jangan pukul terlalu lama.
3. Anggaran dalam seminit sahaja.
4. Kemudian masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.
5. Akhir sekali masukkan choc chip dan kekacang pilihan.
6. Adunan agak lembik jadi perlu jarakkan sedikit semasa mengarut adunan.
7. Bakar suhu 170 Celsius selama 20 minit.

Terima kasih kepada pemilik resepi Shahila Hanim.Maaf jika saya melakukan perubahan dari segi ejaan dan ayat.Semoga pembaca blog beroleh manfaat dan pemilik resepi beroleh pahala berkongsi resepi ini.😃


Solat Tarawih Di Rumah

Assalamualaikum.
Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan juga bagi ibu-ibu yang siangnya bekerja,malamnya jadi supermom,jom baca cara-cara nak melakukan solat tarawih di rumah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.Mudahnya nak beribadah.Allah Maha Penyayang.Jangan bersedih kalau tidak dapat mengikuti buat tarawih di masjid.

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawa si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Faktor keselamatan anak-anak yang dibawa bersama ke masjid.Dalam mengerjakan ibadat mungkin kita akan mengabaikan keselamatan anak-anak.Jadi sebelum terjadi yang tidak baik,lebih baik kita mengambil langkah pencegahan.Anak-anak adalah tanggungjawab kita dan bukan orang lain.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu.Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih di rumah, boleh ikut cara di bawah:

SOLAT SUNAT TARAWIH
Niat solat sunat Tarawih 

Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah Al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sangatlah mudah.Tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid.Selepas anak-anak sudah tidur dan selepas berehat,bolehlah kita mulakan.Ambil masa sendiri dan tiada apa yang perlu difikirkan atau dirisaukan sepanjang tarawih.Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik.Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih,tahun ini kita usaha buat.Semoga beroleh manfaat dan keberkatan Ramadhan.😃

Kredit https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih-lapan-rakaat/