Welcome Blog


Selasa, 28 Oktober 2014

Anda Terlanjur?Masih Ada Sinar Untuk Anda Dan Bakal Anak Anda!

Buat adik-adikku di luar sana.Masih ada insan yang sudi membantu kalian dengan syarat adik-adikku benar-benar insaf,bertaubat nasuha iaitu sebaik-baik taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Insan- insan mulia seperti ini bukan berniat menggalakkan adik-adik melakukan perbuatan seks tanpa nikah tetapi ingin memberi adik-adik peluang kedua untuk meneruskan hidup dan memberi bakal anak adik-adik peluang untuk melihat dunia.

Kakak ini tak sanggup melihat ramai bayi dibuang di tempat yang tidak sepatutnya,ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan kebanyakannya sudah tidak bernyawa.

Fynn Jamal juga telah bekerjasama dengan sebuah pusat perlindungan di sekitar negeri Selangor untuk adik-adik yang memerlukan tempat tinggal sementara kandungan hendak dilahirkan.


Adik-adik telah melakukan dosa berzina tetapi itu tidak bermakna adik-adik terus melakukan dosa dengan menidakkan peluang untuk bakal anak yang suci itu terus hidup.Anak itu tidak berdosa dan layak diberikan kepada mereka yang sanggup menjaga anak adik-adik.9 bulan 10 hari adik-adik mengandungkan anak itu.Tiadakah sekelumit rasa kasih dan sayang sehingga tegarnya adik-adik menjadi pembunuh?

Kami semua faham adik-adik keliru,malu,tak mampu berfikir dengan tenang ketika mengetahui adik-adik mengandung tanpa nikah.Pasangan adik-adik pula ada yang setia,ada yang melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab tetapi yang pasti mereka tidak mahu anak adik-adik itu hidup.Kalau tidak,takkanlah banyak kes buang bayi di tempat-tempat yang tidak selayaknya seorang bayi baru lahir patut berada.

Adik-adik telah diberikan pilihan sama ada untuk dibantu atau tidak.Masih ada yang ingin membantu adik-adik.Hubungi mereka ini dan ubahlah hidup adik-adik.

Ramai sebenarnya yang mengambil berat tentang adik-adik cuma adik-adik kena beranikan dan buangkan rasa malu demi menyelamatkan masa depan adik-adik dan bakal anak adik-adik.

Hubungi kakak Qisya Alfina Anwar ini di nombor berikut 012-4373100 untuk dibantu.

Hubungi Fynn Jamal dan team Adoptive Parents United di nombor 016-6449247 untuk sebarang pertanyaan.










Penderma Hati Darah AB & O Positif : Anda Amat Diperlukan!

Adik Syahmie menghidap biliary atresia dan pernah menjalani pembedahan saluran hempedu pada usia 2 bulan tetapi pembedahannya tidak berjaya.

Kini,pada usia 6 bulan adik Syahmie perlu menjalani pembedahan hati dan amat memerlukan PENDERMA HATI berdarah AB positif atau berdarah O positif.Masa yang diberikan oleh doktor untuk adik Syahmie melakukan pembedahan hati sehingga hujung tahun ini sahaja.



Nama Anak : Abdul Syahmie
Nama Ayah : Abdul Basiq Saifuladli
Nama Ibu : Nor Syuhada Rosdan
Nombor telefon Ayah : 012 3489817
Nombor telefon Ibu : 017 6078678

Jadi bagi sesiapa sahaja yang berdarah AB positif dan O positif,bolehlah menghubungi ibu dan ayah adik ini untuk membantu.Bantuan anda amatlah dihargai.

Sama-sama kita mendoakan semoga adik Syahmie diberi kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan berkaitan pembedahan hatinya dan dipertemukan penderma hati yang sesuai.Aamin.


Ahad, 19 Oktober 2014

6 MAKANAN YANG BAIK UNTUK DIMAKAN KETIKA PENYUSUAN BAYI

Terdapat beberapa makanan yang sangat bermanfaat untuk diberikan kepada bayi melalui susu ibu , termasuklah;

1. Karbohidrat kompleks
~ Karbohidrat kompleks dalam bijirin penuh,skuasy,epal,beri dan beras perang adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga.

2. Lemak Yang Sihat
Ini termasuk lemak mono dan politaktepu seperti yang terdapat dalam ikan salmon,avokado dan kacang serta yang besar untuk diet anda.

3. Protein
~ Makan daging tanpa lemak,telur,kacang dan makanan protein penuh yang lain untuk pertumbuhan dan perkembangan untuk bayi anda.

4. Kalsium
Susu,keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik yang diperlukan bayi.
~ Cuma diingatkan untuk tidak mengambilnya terlalu banyak.

5. Buah-buahan Dan Sayur-sayuran 
~ Lobak,keledek,tembikai,tomato dan buah-buahan lain serta sayur-sayuran membekalkan vitamin dan nutrien penting .

6. Vitamin 
~ Ibu boleh terus mengambil vitamin pranatal untuk bulan pertama penyusuan. 
~ Kemudian,mereka boleh kembali ke multivitamin biasa.

11 MAKANAN PERLU DIELAKKAN KETIKA PENYUSUAN BAYI

Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang sedang menyusukan bayi termasuklah;
1. Makanan Pedas 
Rempah seperti kari dan kayu manis dan makanan seperti bawang,cili dan lada boleh menyebabkan sakit perut bayi,jadi jumlah pengambilannya perlu dihadkan. 
~ Perhatikan tanda-tanda sakit perut ,cirit-birit atau muntah-muntah yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi tidak boleh mengendalikan makanan ini.

2. Buah-buahan Sitrus 
Seperti makanan yang pedas,buah-buahan sitrus berkemungkinan agak kasar pada perut bayi.
~ Keasidan dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam nenas,oren,lemon dan buah-buahan sitrus yang lain boleh menyebabkan bayi sakit perut atau ruam. 
~ Hadkan pengambilan bergantung kepada reaksi bayi anda terhadap makanan ini.

3. Sesetengah sayur-sayuran
Ibu-ibu perlu mempunyai sayuran dalam diet mereka tetapi bagi sesetengah orang ia perlu dimakan hanya dalam kuantiti yang kecil kerana mereka boleh menyebabkan gas kepada bayi.
~ Sayur-sayuran termasuk kubis,kubis bunga,timun dan brokoli.
~ Kacang juga termasuk dalam kategori ini.

4. Tenusu 
Sesetengah bayi boleh menjadi kolik jika ibu makan produk tenusu terlalu banyak. 
~ Elakkan memakan produk tenusu dalam jumlah yang besar dan perhatikan bagaimana bayi anda bertindak balas kepada produk yang berbeza.

5. Ikan yang mengandungi merkuri
Elakkan king mackerel,ikan todak,tilefish dan yu.
~ Ikan-ikan ini mengandungi tahap merkuri yang boleh membahayakan bayi. 
~ Solid white dan albacore tuna mengandungi tahap merkuri sederhana,jadi hadkan pengambilan ikan dari jenis ini.

6. Kafein 
Kafein harus terhad kepada jumlah yang kecil supaya tidak mengganggu corak tidur bayi. 
~ Kafein juga boleh menyebabkan gejala seperti gemuruh dan kerengsaan untuk bayi.

7. Alkohol
Jika ibu mahu minum,dia harus menghadkan pengambilannya dan membenarkan masa yang cukup untuk alkohol untuk keluar dari sistem sebelum meneruskan penyusuan.
~ Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam untuk badan untuk memproses minuman beralkohol.

8. Coklat 
~ Coklat mengandungi kafein dan boleh membuat perut bayi berangin,jadi ibu-ibu perlu hadkan pengambilan makanan ini.

9. Kekacang 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusui dari seorang ibu yang makan kacang tanah boleh menyebabkan alahan kacang. 
~ Walaupun tidak ada bukti kukuh membuktikan fakta ini,ibu-ibu perlu lebih berhati-hati.

10. Lemak tepu dan trans-lemak 
Makanan yang mengandungi paras lemak yang tidak sihat ini tidak baik untuk bayi anda. 
~Tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega 3 yang penting bagi pertumbuhan bayi dan perkembangan .

11. Racun 
~ Ini sememangnya bukan makanan tetapi pelbagai jenis produk makanan boleh mempunyai racun perosak atau racun serangga maka ia perlu dibasuh dengan teliti atau kupas kulit sebelum makan.
~ Anda juga boleh memilih produk makanan dari hasil organik.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Kembar Ini Perlukan Doa Anda!


Serba sedikit kisah kembar ini.Keduanya ada masalah paru-paru.Ada masalah epilepsi.Kerap masuk hospital disebabkan asthma dan jangkitan kuman berpunca dari paru-paru yang tidak kuat.
 
Mari ringankan beban dengan memberi sumbangan ikhlas kepada kembar ini.Tak kisahlah dari segi apapun.

Wang,pakaian dan sebagainya.Yang penting,doakan kembar ini diberi kesembuhan.

Nama ibu : Nur Syuhada Md Saleh
Akaun Bank : 162777082056 Maybank
Alamat : No 39,Jalan Teja 7,Taman Teja,31800,Tanjung Tualang,Perak
Nama anak : Kamal Hafiy dan Kamil Wafiy umur setahun

Jom kumpul saham akhirat!

Rabu, 15 Oktober 2014

Set Penjagaan Rambut ProSante Shaklee

Anda ada masalah rambut

Kelemumur???
Rambut gugur???
Kulit kepala gatal??
Rambut berminyak???

Sudah bermacam jenis syampu dan perapi rambut dibeli tetapi masih tidak dapat mengatasi masalah rambut anda?Mungkin anda alah dengan bahan kimia yang terdapat di dalam kebanyakan rangkaian syampu dan perapi di pasaran.

Cubalah Prosante Shaklee.Rangkaian penjagaan rambut yang bebas bahan kimia berbahaya. Syampunya jernih menandakan tiada bahan kimia berbahaya,berbau segar, rasa sihat dan rasa bersih kulit kepala.Jom review apa yang ada dalam rangkaian Prosante.


Nourishing Scalp Treatment 
Kod Produk:31642 (59ml)
Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

~ Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
~ Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
~ Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
~ Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak

Revitalizing Shampoo
Kod Produk:31690 (296ml)

~ Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
~ Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
~ Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering

Lightweight Conditioner
Kod Produk:31643 (296ml)

~ Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
~ Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
~ Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan

Purifying Shampoo
Kod Produk:31691 (237ml)

~ Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
~ Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
~ Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala, rambut juga tidak berkelemumur

Replenishing Conditioner
Kod Produk:31644 (237ml)
~ Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
~ Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
~ Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli

Long Lasting Finishing Spray
Kod Produk:31697 (237ml)
~ Medium hold atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
~ Memberikan perlindungan UV
~ Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus

Banyak Sangat Produk Dalam Set Prosante, Jadi Yang Mana Satu Saya Perlukan? 

Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(Nota : Set ini boleh digunakan secara harian)

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur (juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(Nota : Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu bukan kegunaan harian)


Kajian klinikal bebas menunjukkan bahawa dengan penggunaan sistem Produk ProSante yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:
Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante
Sekiranya anda mempunyai masalah rambut gugur atau pun berkelumumur, jangan tunggu lagi untuk mendapatkan set penjagaan rambut Shaklee,Prosante.Selesaikan masalah rambut anda segera dengan produk yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya.
* Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian
Ma Annur

Shaklee Independent Distributor 869288
SMS | WhatsApp | Telegram 011 32548214
Facebook Fan Page  Set Bersalin & Tips Berpantang Serta Resepi Dalam Pantang
Email  milky_galaxie@yahoo.com

Ini Rupanya Bahan-Bahan Dalam Syampu ProSante

Sebahagian besar masalah rambut bermula dengan kulit kepala yang tidak sihat.Antara punca masalah rambut rosak :
  • Diet yang tidak sihat dan kekurangan nutrisi
  • Penggunaan bahan kimia ketika mewarna, mengkerintingkan rambut dan juga meluruskan rambut
  • Penggayaan rambut yang menggunakan alat pemanas rambut (hair dryer), alat pengkerinting rambut dan sebagainya
  • Faktor alam sekitar seperti cuaca, cahaya UV matahari, serta pencemaran usara dan air yang mampu menekan folikel dan merosakkan rambut menjadikannya lemah dan mudah pecah
  • Tekanan fizikal menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan ‘letih’ menjadikan rambut menipis dan rapuh
  • Serangan radikal bebas daripada dalaman dan luaran
Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSante mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
  • Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan
  • Vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain
Istimewanya,anda tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSante.ProSante dari Shaklee adalah selamat dan sesuai untuk semua jenis rambut walaupun rambut yang telah diwarnakan atau dirawat kimia.

Sumber daripada
www.shaklee.com.my 
www.celiknutrisi.com


Berminat untuk mengetahui produk dalam ProSante yang sesuai dengan masalah rambut anda?Ingin mendapatkan set penjagaan rambut ProSante ini atau produk Shaklee yang lain?Setiap pembelian akan mendapat konsultasi eksklusif dari saya.

 * Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian
Ma Annur

Shaklee Independent Distributor 869288
SMS | WhatsApp | Telegram 011 32548214
Facebook Fan Page  Set Bersalin & Tips Berpantang Serta Resepi Dalam Pantang
Email  milky_galaxie@yahoo.com

10 Bahan Kimia Bahaya Dalam Syampu Anda!

Ingin memiliki rambut yang sihat, namun takut dengan kandungan bahan kimia di dalam sebotol syampu?Anda perlu mengetahui bahan-bahan yang harus anda hindari ketika anda ingin membeli syampu atau perapi rambut.

Untuk memiliki rambut yang sihat, anda memerlukan rawatan khusus dan bebas dari bahan kimia berbahaya.Perhatikan senarai bahan-bahan kimia yang harus anda hindari saat anda membeli syampu atau perapi rambut.

1. Sodium Lauryl atau Laureth Sulfate
Bahan syampu yang satu ini sering digunakan sebagai detergen dan bahan pembersih dalam industri.
2. Dietanolamina
Ketika bahan kimia ini bergabung bersama bahan kimia lainnya untuk perawatan rambut anda, dietanolamina dapat membentuk karsinogenik yang menyebabkan kanser.Karsinogen merupakan sifat mendap dan merosak khasnya pada organ paru-paru. Keadaan yang satu ini disebabkan oleh karsinogen. Zat-zat karsinogen menyebabkan kanser dengan mengubah asid deoksiribonukleat (DNA) dalam sel-sel tubuh dan hal ini mengganggu proses-proses biologi.
3. ParabensKandungan parabens dalam syampu diketahui mempengaruhi peningkatan hormon estrogen, sehingga pada akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan dalam peningkatan hormon.
4. FormaldehidaDikenali juga sebagai urea doazolidinyl, urea imidazolidinyl dan quarternium-15 yang merupakan bahan yang biasa digunakan untuk pengawet.
5. Isopropyl alcohol
Merupakan pelarut yang biasa ditemui dalam larutan pewarna rambut dan pelembab. Jika terhidu secara berlebihan, zat kimia ini dapat mengakibatkan sakit kepala,pening dan mual.
6. Propylene glycol
Digunakan sebagai bahan asas pada syampu dan perapi rambut. Bahan kimia ini boleh dengan mudah menembusi kulit dan menyerap protein di dalamnya. Akibatnya,kulit cepat menjadi kedut.
7. Sodium lauryl sulphate (SLS) & Sodium laureth sulphate(SLES)
Dua jenis zat ini umumnya digunakan untuk perapi rambut.Keduanya boleh merencatkan pertumbuhan rambut dan menyebabkan keguguran rambut. SLS juga dapat mengakibatkan katarak ketika diserap oleh kulit, meskipun tanpa adanya tindakbalas langsung dengan mata.
8. DEA (diethanolamine), MEA (momoethanolamine) TEA (triethanolamine)
Seringkali ditemukan dalam syampu dan diketahui dapat menyebabkan permulaan kanser.
9. FD & C Colour pigments
Pewarna dalam syampu ini dapat menyebabkan iritasi pada kulit kepala bahkan hingga menyebabkan masalah pada saraf.
10. FormaldehydeBoleh menyebabkan alahan, sakit kepala dan asma.Selain itu, bahan kimia ini juga dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh.

Sumber daripada artikel 
10 Bahan Kimia Berbahaya

Dress Kanak-Kanak Cantik Dan Comel

Sukar mendapatkan dress kanak-kanak yang menepati citarasa anda?Dapatkan koleksi dress kanak-kanak yang comel dan menarik dengan harga yang berpatutan di page Facebook Dress Cantik & Comel Kanak-kanak ini.

Semakin banyak pembelian,semakin banyak penjimatan.Corak sentiasa berubah-ubah setiap bulan jadi segera dapatkan dress pilihan hati untuk anak-anak tersayang sebelum kehabisan!





















STOK SEDIA ADA!!!

Harga :
~ RM35 dress 6-18 months (termasuk seluar dan percuma hair band ikut warna baju)
~ RM40 dress 2Y, 3Y, 4Y

~ RM42 dress 5Y, 6Y
~ Harga tidak termasuk kos pos

Kos pos 
Semenanjung
~ 1 helai RM6
~ 2 - 4 helai RM9 


Kos pos 
Sabah dan Sarawak
~ 1 helai RM10
~ 2 - 4 helai RM15


100% cotton

Warna pakaian mungkin sedikit berbeza daripada warna yang asal disebabkan faktor pencahayaan.

* Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian

Ma Annur
SMS | WhatsApp | Telegram 011 32548214
Email milky_galaxie@yahoo.com

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bajet 2015 : Bajet Pentingkan Rakyat?

Belanjawan 2015 telah dibentangkan.Ada yang bagus dan ada yang tidak.Tahun ini aku berpeluang menonton di kaca televisyen sepenuhnya pembentangan bajet.Padahal susah nak tonton saluran lain selain kartun.Anak-anak memberikan kerjasama dengan menidurkan diri mereka.Kalau tak,jenuh berebut remote televisyen.

Tak pasti apa yang aku harapkan cuma ingin melihat belanjawan yang benar-benar membantu rakyat.BR1M yang dinaikkan jumlahnya untuk mereka yang layak.Bonus yang ditunggu setiap tahun pun tak mengujakan bukan kerana sikit atau banyaknya amaun bonus itu tapi membayangkan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol.Pelaksanaan GST akan bermula kembali tahun depan.

Bagi aku yang bekerja dan mempunyai gaji setiap bulan pun belum tentu mencukupi inikan pula yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Tak kais maka tak dapat makanlah untuk hari itu.Semoga dipermudahkan buat semua sepanjang tahun 2015.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat."
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
*RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vokasional dan Teknik
* RM800 juta diperuntukkan untuk aspek keselamatan, persekitaran pembelajaran dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan
* Kos bil elektrik dan air semua sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan dibayar sepenuhnya dengan siling RM5,000 sebulan berbanding kuota RM2,000 sebelum ini
* RM3 bilion diperuntukkan untuk tajaan pelajaran - RM1.9 bilion melalui tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan (RM759 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM258 juta)
* Sehingga kini, seramai 2.1 juta rakyat Malaysia telah mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM47.8 bilion, bagaimanapun, setakat 31 Ogos 2014, hanya RM5.36 bilion atau 46 peratus daripada RM11.76 bilion pinjaman telah dikutip.
* Setakat 2010, seramai 174,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah membayar balik pinjaman, kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada mereka.
* Rebat 10 peratus diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian sekali gus mulai hari ini hingga 31 Mac 2015.
* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.
* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.
* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936km dan Sabah sepanjang 727km dengan kos pembinaan RM27 bilion.
* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.
* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.
* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.
* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.
* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .
* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.
* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.
* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.
* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.
* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.
* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
- BERNAMA