Welcome Blog


Sabtu, 26 Mac 2011

Perancangan Perkahwinan

Hujung bulan Oktober 2010..

Rombongan dari keluarga bakal suami selamat tiba ke rumah abang ketigaku di Jenderam Hilir dengan tujuan untuk merisik dan pertunangan..Perbincangan kedua belah keluarga menetapkan bulan Mac 2011 majlis perkahwinan kami akan diadakan..Perancangan untuk perkahwinan kami bermula detik ini..=)

Macam-macam yang nak difikirkan dan nak disetelkan dalam masa tak sampai 5 bulan..
Dokumen-dokumen untuk pernikahan..(Perlu balik ke Selangor dan Perlis disebabkan aku ingin bernikah di luar kawasan..Ini kerana kesihatan bakal bapa mertua yang tidak boleh berjalan jauh jika majlis diadakan di Perlis).
  • Kad kahwin..(Tempah sedikit sahaja kerana keduanya bekerja di tempat yang sama).
  • Baju dan aksesori untuk majlis..(Beli kain,aksesori dan tempah sendiri dari majlis pernikahan hingga persandingan kedua-dua belah pihak).
  • Pelamin,meja beradab dan bilik pengantin..(Sebelah pengantin perempuan semua buat sendiri).
  • Jurumekap..(Cari sendiri)
  • Jurugambar..(Cari sendiri)
  • Cenderamata dan sebagainya.
Memanglah senang ambil pakej perkahwinan lengkap segala-galanya tetapi ada benda-benda yang di dalam pakej yang kadang-kadang kita tak perlukan pun..Terpulang pada masing-masing..Bagi yang berkemampuan,dari A sampai Z bolehlah menggunakan khidmat perancang perkahwinan..Yang penting,majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan..Syukur Alhamdulillah..=)

Yang inginku kongsikan tentang majlis merisik dan pertunanganku itu adalah kek cawan yang ditempah oleh kakak iparku..Cantik dan sedap..Puas hati dengan corak dan rasa kek cawan itu..Bertemakan putih ungu,sangat menarik hati untuk dipandang dan memancing selera untuk menikmatinya..=)

Bagi yang berminat untuk sebarang tempahan berkaitan kek bolehlah klik ke website ini..http://www.babycakes2u.com/..=)