Welcome Blog


Selasa, 26 Mei 2015

Perkembangan 23 Minggu Baby 3rd

Assalamualaikum.
Hari ini baby 3rd sudah 24 minggu.Masa balik Perlis nak scan 3D tapi sebab scan 2D tali pusat betul-betul depan muka baby jadi memang tak dapatlah nak scan.

Ajak suami ke Klinik Remedic.Doktor bagus sebab lengkaplah penerangannya.Kebarangkalian jantina baby 3rd perempuan.Wah sudah terbayang Powerpuff Girls in our house!!!

Semuanya dalam keadaan yang sihat.Nampak mulut baby 3rd gerak-gerak.Bawah ini gambar scan baby 3rd dari kepala ke kaki.16 minggu lagi nak jumpa baby 3rd.Ligat sungguh baby 3rd bergerak dalam perut sekarang ini.Mungkin sebab dapat makan hampir semua makanan yang teringin masa balik Perlis.Waktu inilah saat paling indah sebenarnya setiap kali mengandung.Alhamdulillah.

Ahad, 3 Mei 2015

Happy Pregnancy Moment

Assalamualaikum.
Minggu ini usia kehamilanku sudah separuh perjalanan iaitu 20 minggu.Semasa pemeriksaan bulanan 16 minggu,tekanan darah agak tinggi.Pemantauan dilakukan dengan mengambil tekanan darahku setiap hari.Urinku pula dikesan mengandungi protein atau istilah lain kencing kotor tapi mujurlah aku tidak mengalami kesukaran atau kesakitan ketika membuang air kecil.Doktor memberikan antibiotik untuk membantu merawat masalah kencing kotor yang aku hadapi.
Alhamdulillah pemeriksaan bulanan baru-baru ini semuanya normal.Tekanan darahku normal.HB ku kekal 13.2 dari pemeriksaan kali pertama.Urinku bersih tanpa sebarang protein dikesan.Jururawat yang memeriksaku cuba mencari kedudukan kepala anakku tapi disebabkan lemak tebal sukar untuknya mengesan.Syukurlah degupan jantung anakku dapat didengar.Sepatutnya berjumpa doktor pada pemeriksaan kali ini tetapi disebabkan doktor bercuti,ujian imbasan akan dilakukan pada 6 Mei ini.Semoga perkembangan anakku mengikut yang sepatutnya.
Naziihah pun sudah mengurangkan aktiviti menyusunya denganku.Kuranglah sikit keletihanku akibat bekerja syif,mengandung dan menyusu.Mujurlah Naziihah seperti memahami permintaanku untuk menyusu botol kerana susu badanku ini untuk adiknya pula apabila lahir nanti.
Madiihah semakin bijak dan boleh diharap untuk membantuku dengan arahan mudah.InsyaAllah apabila adik keduanya ini lahir,Madiihah akan lebih matang dan menjadi seorang kakak yang baik pada adik-adiknya.
Selera makan seperti biasa masih lagi aku tidak boleh untuk menikmati hidangan ayam dalam menu harianku.Tak sabar nak bercuti panjang dan balik ke Perlis berjumpa keluarga dan menikmati hidangan yang menyelerakan di sana.Semoga kehamilanku di minggu-minggu mendatang terus dipermudahkan.Aamiin.