Welcome Blog


Ahad, 3 Mei 2015

Happy Pregnancy Moment

Assalamualaikum.
Minggu ini usia kehamilanku sudah separuh perjalanan iaitu 20 minggu.Semasa pemeriksaan bulanan 16 minggu,tekanan darah agak tinggi.Pemantauan dilakukan dengan mengambil tekanan darahku setiap hari.Urinku pula dikesan mengandungi protein atau istilah lain kencing kotor tapi mujurlah aku tidak mengalami kesukaran atau kesakitan ketika membuang air kecil.Doktor memberikan antibiotik untuk membantu merawat masalah kencing kotor yang aku hadapi.
Alhamdulillah pemeriksaan bulanan baru-baru ini semuanya normal.Tekanan darahku normal.HB ku kekal 13.2 dari pemeriksaan kali pertama.Urinku bersih tanpa sebarang protein dikesan.Jururawat yang memeriksaku cuba mencari kedudukan kepala anakku tapi disebabkan lemak tebal sukar untuknya mengesan.Syukurlah degupan jantung anakku dapat didengar.Sepatutnya berjumpa doktor pada pemeriksaan kali ini tetapi disebabkan doktor bercuti,ujian imbasan akan dilakukan pada 6 Mei ini.Semoga perkembangan anakku mengikut yang sepatutnya.
Naziihah pun sudah mengurangkan aktiviti menyusunya denganku.Kuranglah sikit keletihanku akibat bekerja syif,mengandung dan menyusu.Mujurlah Naziihah seperti memahami permintaanku untuk menyusu botol kerana susu badanku ini untuk adiknya pula apabila lahir nanti.
Madiihah semakin bijak dan boleh diharap untuk membantuku dengan arahan mudah.InsyaAllah apabila adik keduanya ini lahir,Madiihah akan lebih matang dan menjadi seorang kakak yang baik pada adik-adiknya.
Selera makan seperti biasa masih lagi aku tidak boleh untuk menikmati hidangan ayam dalam menu harianku.Tak sabar nak bercuti panjang dan balik ke Perlis berjumpa keluarga dan menikmati hidangan yang menyelerakan di sana.Semoga kehamilanku di minggu-minggu mendatang terus dipermudahkan.Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan