Akhirnya pada 27 September 2014,abah dijemput menjadi tetamu Allah..Sebak rasanya hati ini..Setelah bertahun-tahun abah mengabadikan hidupnya untuk membesarkan anak-anak tambahan pula arwah mak telah meninggalkan kami semua pada 1 April 1999,abah sentiasa mendahulukan segala perbelanjaan demi pelajaran anak-anak dan memastikan anak-anak mendapat pekerjaan.
Segala urusan dipermudahkan dari proses mendapatkan visa di Kedutaan Arab Saudi,urusan dokumentasi di Tabung Haji,pemeriksaan kesihatan dan persiapan barang-barang untuk dibawa ke Mekah.
Segala urusan dipermudahkan dari proses mendapatkan visa di Kedutaan Arab Saudi,urusan dokumentasi di Tabung Haji,pemeriksaan kesihatan dan persiapan barang-barang untuk dibawa ke Mekah.
Terpancar kegembiraan abah dalam sayunya hati meninggalkan Malaysia |
Airmataku bukan sengaja ditahan walaupun sebenarnya sebak akan perpisahan dengan abah..Mungkin kerana sudah biasa berjauhan dari abah menjadikan aku lebih kuat menghadapi situasi ini..Aku ingin abah melihat senyuman di wajahku bukannya tangisan kerana abah juga tidak menangis..Aku yakin abah akan kembali dengan perubahan yang lebih baik..InsyaAllah.
Syukur setelah abah memberitahu telah selamat sampai di Mekah..Semoga abah diberi kesihatan yang baik,kekuatan untuk beribadah,keselamatan sepanjang berada di Mekah dan mendapat haji yang mabrur..Aamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan