Welcome Blog


Isnin, 27 Februari 2012

Anakku Sayang

7 Hari Berjauhan Dari Anakku.
Selepas 2 jam,baru aku dapat melihat anakku semula.Baru saja aku mahu menyusukan,nurse meminta aku melakukannya di wad nanti.Aku akur walaupun melihat anakku seperti sudah lapar dan mula menangi.Terfikir apalah salahnya kalau biarkan saja aku menyusu anakku itu.

Rupa-rupanya,suamiku tidak diberitahu bahawa aku sudah selamat melahirkan anak kami.Nurse memberitahu bahawa mereka cuba menghubungi suamiku melalui telefon bimbitnya tetapi tidak dapat dihubungi mungkin kerana masalah network.Kesian suamiku tertunggu-tunggu di luar bilik bersalin.
Tiba di wad,anakku mula menangis kelaparan.Aku mula untuk menyusu tetapi alangkah kecewanya air susu ku tiada.Aku pula tidak menyediakan susu formula.Sedih melihat anakku yang menangis dan tertidur kerana keletihan.Hampir 2 jam,nurse yang melakukan pemeriksaan rutin memeriksa anakku.Anakku kelihatan pucat dan mereka segera menghantar ke wad kanak-kanak.

Bermula hari itu,anakku ditahan di wad itu untuk pemantauan untuk melihat ada sebarang jangkitan.Antibiotik yang diberikan untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan anakku sihat.Maksudnya paling awal aku akan bertemu kembali anakku hanya pada hari ketujuh.Itupun jika anakku disahkan sihat dan tiada sebarang masalah.

Aku dibenarkan pula keesokkan harinya tanpa anakku.Sayunya hati berpantang seminggu tanpa anakku.Namun ada hikmahnya.Mungkin anakku ingin memberiku rehat secukupnya setelah aku penat berjuang melahirkannya.

Setiap hari,suamiku berulang alik melihat perkembangan anakku.Sepatutnya seminggu itu dapatlah suamiku berehat tetapi disebabkan ingin melihat anak kami setiap hari,seminggu itulah hari paling memenatkan untuk suamiku.Hanya gambar yang dapat mengubat kerinduanku pada anakku.

Dalam tempoh seminggu itu,anakku kuning tapi setelah dua hari kuningnya beransur hilang.Hanya susuku yang dapat ku kirimkan setiap kali suamiku melawatnya.Hanya rakaman dan gambar-gambar ini yang mampuku lihat setiap hari.
Annur

Annur
Hari ketujuh suamiku pergi hospital seperti biasa untuk melihat anakku.Anakku rupanya sudah dibenarkan keluar tetapi tiada siapa dari pihak hospital yang menghubungi kami.Alhamdulilllah.Terharunya melihat anakku pertama kali menyusu dan kali ini aku berjaya menyusukannya.InsyaAllah,kita takkan berpisah lagi anakku.😃

Tiada ulasan:

Catat Ulasan