Welcome Blog


Isnin, 27 Februari 2012

Proses Induced untuk bersalin

Assalamualaikum.
Setelah melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan, tekanan darahku 130/80.Doktor telah menghubungi hospital bertanyakan sama ada aku perlu dimasukkan ke hospital ataupun tidak.Mujur,doktor membenarkan aku pulang.

Disebabkan aku bercuti hari itu,aku singgah membeli makanan tengah hari untuk makan bersama suamiku yang sedang bekerja.Baru saja mula nak makan,aku menerima panggilan yang meminta aku kembali ke klinik kesihatan semula untuk dimasukkan ke hospital.


Ingatkan dapatlah luangkan masa bersama suamiku seminggu sebelum tarikh aku dijangka bersalin.Setelah balik ke rumah mengemas baju dan kelengkapan untuk aku kegunaanku ketika berada di hospital nanti,aku dan suami menuju ke klinik kesihatan dan berjumpa doktor yang telah memeriksa aku tadi.

Disebabkan aku telah mengambil ubat untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan usia kandunganku yang masuk minggu ke 39,doktor tidak mahu ambil risiko walaupun tekanan darah terbaru aku normal.Menuju aku dan suami ke hospital.Setelah melakukan pemeriksaan awal dan soal jawab oleh doktor di bahagian bilik bersalin,doktor meminta izin aku untuk masukkan ubat atau 'induced'.

Aku bertanya pada doktor itu bolehkah kalau aku taknak dimasukkan ubat?Doktor itu berbincang dengan doktor lain dan jawapannya boleh tetapi aku perlu duduk di wad untuk pemantauan.Bermalamlah aku di wad kelas 3 walaupun aku layak untuk duduk di wad kelas 2 kerana wad kelas 2 sudah penuh.

Setiap kali doktor atau nurse datang memeriksa aku, mesti mereka bertanya kenapa aku tidak mahu dimasukkan ubat.Aku hanya menjawab aku rasa belum tiba masanya untuk aku bersalin.Macam psiko pun ada sebab setiap kali datang memeriksa aku,itulah yang akan ditanya.

Esok harinya doktor pakar akan datang memeriksa keadaan ibu-ibu yang akan bersalin.Ada yang dibenarkan pulang ke rumah dan ada yang tidak.Doktor pakar bertanya soalan yang sama dan aku bertanya apakah yang akan berlaku jika aku menolak untuk memasukkan ubat bagi mempercepatkan kelahiran bayiku.

Disebabkan tekanan darahku agak tinggi sebelum tekanan darah tinggi yang terbaru,pihak hospital merasakan adalah lebih baik untuk aku dimasukkan ubat kerana risau bayi dalam kandunganku akan mengalami masalah.Pada mulanya,aku macam nak bersetuju untuk dimasukkan ubat tetapi apabila doktor menerangkan jika 3 kali dimasukkan ubat dan aku masih lagi tidak boleh bersalin secara normal maka pembedahan akan dijalankan.

Terus terbatal niatku untuk bersetuju dimasukkan ubat dengan alasan aku ingin meminta izin suamiku dulu sebelum dimasukkan ubat.Doktor pakar memberitahu pada doktor yang bertugas bahawa beliau telah menerangkan padaku tentang risiko yang bakal dihadapi jika enggan memasukkan ubat dan aku faham dan jelas dengan penerangannya.

Setelah berbincang dengan suamiku, ketika doktor bertugas datang memeriksa aku,aku menyatakan persetujuan untuk memasukkan ubat.Disebabkan sudah terlepas sesi memasukkan ubat ketika doktor pakar melakukan pemeriksaan tadi,sesi seterusnya hanya pada pukul 4 pagi keesokkan harinya kerana jika dimasukkan sekarang,tiada doktor yang akan menyambut kelahiran anakku disebabkan kesan ubat itu akan menyebabkan aku bersalin di tengah malam.

Terselamatlah aku dari dimasukkan ubat untuk hari itu.Esok pagi, jika selepas pemeriksaan degupan jantung kandunganku keputusannya normal,barulah proses memasukkan ubat akan berlaku.Apapun yang akan berlaku,aku hanya berserah kepadaNya.

Bagaimana sakit bersalin bermula?
Sebenarnya kita tidak mengetahui dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin.Allah Maha Mengetahui.Tetapi bayi yang menentukan,ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup atau 'contraction'.Di antara bahan-bahan tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat-ubat yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour'.

Mengapa perlu induction?
Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripadanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walau apapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’, soalan yang kerap ditanya ialah,
  • Adakah 'induced' ini menyakitkan?
  • Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal?
  • Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?
Berikut adalah antara faktor kenapa perlu dilakukan 'induction':
  • Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim berbanding di dalam rahim.
  • Melebihi tarikh jangka lahir atau EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
  • Bayi terancam oleh preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi boleh terencat , nyawa ibu boleh terancam jika berlaku 'sawan beranak' atau eclamptic fit.
  • Diabetes - Pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi boleh mati sebelum cukup bulan.
  • 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri dan kesannya ialah bayi tidak membesar,rendah berat badan atau IUGR.
  • Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab-sebab peribadi.
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37 minggu hingga 40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan