Welcome Blog


Selasa, 18 Oktober 2011

Trimester Ketiga..=)

28 minggu hingga ke 39 minggu
Trimester ketiga bermula..Pemeriksaan di klinik kesihatan mewajibkan pemeriksaan gigi dan suntikan vaksinasi ketika kandungan berusia 24 minggu tetapi disebabkan ketika aku buat pemeriksaan,kandunganku baru berusia 23 minggu,semua itu ditunda ke pemeriksaan bulan seterusnya..

Selesai pemeriksaan di klinik kesihatan & suntikan vaksinasi telah diambil,aku dan suami ke klinik swasta untuk melakukan scan untuk melihat perkembangan kandunganku..Rindu nak melihat kandunganku setelah scan yang terdahulu..

Alhamdulillah,kandunganku sihat..Hari-hari yang berlalu membuatku tak sabar untuk bertemu dengan bayiku..Masih menjadi kejutan jantina bakal anak kami..=)


Kehamilanku di minggu-minggu terakhir menguji diriku..Pada minggu ke 32,aku diminta untuk menjalani ujian air gula untuk menguji samada aku menghidapi kencing manis atau tidak..Berpuasa dari malam hinggaa ke pagi..Sebelum & selepas ujian,nurse akan mengambil sedikit darah untuk membuat perbandingan kandungan gula dalam darah..Mungkin disebabkan lapar,habis air gula yang diberi tanpa aku merasa ingin muntah setelah meminumnya..Keputusannya,dua minggu lagi..

Seminggu sebelum keputusan,nurse dari klinik kesihatan menelefonku untuk memberitahu bahawa darah sebelum ujian aku beku..Minta aku berpuasa untuk mengambil darah..Nasib baik tak perlu minum air gula lagi..Keputusannya,aku disahkan tiada kencing manis..Syukur..

Minggu ke 38,tekanan darahku agak tinggi..Doktor memberikan aku ubat untuk mengawal tekanan darahku..Disebabkan tekanan darah aku tinggi pada minggu ke 39,aku diminta ke hospital untuk masuk wad bagi pemantauan..Baru saja nak bercuti dah kena masuk wad..Pemeriksaan dilakukan..Doktor meminta izinku untuk memasukkan ubat bagi membuka jalan untuk melahirkan bayiku..Aku berkeras tidak mahu kerana merasakan tidak perlu memaksa untuk aku melahirkan bayiku..

Doktor tidak memaksa cuma suka ataupun tidak,aku perlu berada di wad untuk pemantauan..Bosannya duduk di hospital selama 2 hari..Tiap kali doktor atau nurse datang memeriksa aku,mereka selalu bertanya kenapa aku menolak untuk memasukkan ubat..Hanya setelah diyakinkan oleh doktor pakar kenapa aku perlu memasukkan ubat,aku bersetuju..Tiba hari itu,jalan telah terbuka sebanyak 4 cm tanpa aku merasa sakit..Syukur aku terlepas satu prosedur yang agak menyakitkan..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan