Welcome Blog


Selasa, 18 Oktober 2011

Indahnya Saat Itu

26 Mei 2011
Hari ini lewat 6 hari periodku.Alat menguji kehamilan memang aku dah beli awal-awal sebagai persediaan.Selepas solat Subuh,aku melakukan ujian kehamilan rumah.Tak perlu tunggu sehingga waktu yang ditetapkan dua garis terus kelihatan sejurus aku meletakkan kertas ujian ke dalam urin ku.Jelas kelihatan bahawa aku positif mengandung.Alhamdulillah.

Waktu ini memang sudah gembira sangat tetapi masih perlu disahkan oleh doktor.Kegembiraan ini disahkan melalui pemeriksaan di klinik.5 minggu sudah benih cinta kami tersemai di dalam rahimku tanpa aku menyedarinya.Satu lagi fasa baru dalam kehidupanku.Syukur padaMu Allah.😃

Kegembiraan ini dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan.Ucapan tahniah mengandung lebih banyak kami terima berbanding ketika kami berkahwin.Semoga kami tabah mengharungi dugaan sepanjang aku mengandung.InsyaAllah.
Madiihah
Hasil ujian kehamilan di rumah.99% mengandung.
Madiihah
Hasil ujian di klinik.100% mengandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan