Welcome Blog


Selasa, 18 Oktober 2011

Trimester Pertama..=)

Persenyawaan hingga ke 13 minggu

Setelah ujian kehamilan dibuat,prosedur biasa yang dilakukan adalah membuka buku di klinik kesihatan berdekatan..Mungkin kerana aku pergi sebelah petang,bacaan tekanan darahku agak tinggi iaitu 130/90..

Akibatnya,aku diminta untuk mengambil bacaan tekanan darah setiap hari selama seminggu pada waktu pagi di klinik kesihatan untuk mengetahui samada aku ada darah tinggi ataupun tidak..Selepas seminggu,tekanan darahku sama saja bacaannya iaitu 120/80..Syukur..

Di awal kehamilanku,aku boleh dikatakan tiada langsung simptom-simptom wanita hamil yang aku lalui cuma selera makan agak berkurangan..Pemeriksaan ketika kandunganku berusia 3 bulan,beratku turun hampir 3 kg tapi pemeriksaan rutinku semuanya normal..

Allah mempermudahkan perjalananku sebagai ibu..Semoga dipermudahkan sampai saat aku melahirkan..Amin..Terasa seronok melalui fasa-fasa kehamilan ini..Tak sabar menantikan kehadiran cahaya mata yang bakal menyempurnakan hidup kami..InsyaAllah..

Pada trimester inilah kita akan mengidam sesuatu..Kadang-kadang,kita akan meminta sesuatu yang tak masuk di akal untuk ditunaikan..Kadang-kadang,kita akan makan sesuatu yang selama ini kita tidak suka dan begitulah sebaliknya..Aku mengidam buah-buahan tempatan saja..

Dari manggis,mata kucing,rambutan,mangga,durian,tembikai..Semuanya mudah di dapati dan telah aku makan demi memenuhi keinginan yang dipanggil mengidam itu..Buah kegemaranku memang tembikai dari sebelum mengandung lagi..Air kegemaran pula air asam boi..Air itu menjadi minuman wajib ketika aku berbuka puasa..Ada juga yang kata ia bagus untuk menambahkan darah..

Susu adalah minuman yang wajib untuk ibu mengandung ambil dalam diet mereka setiap hari tetapi tidak bagiku..Suamiku lah yang rajin membancuh susu Anmum untukku tapi setelah nurse mengatakan susu Anmum ini lebih baik digantikan dengan susu rendah lemak seperti susu Dutch Lady dan Magnolia,aku memang langsung dah tak minum susu Anmum..Bagi tekak aku kurang sedaplah rasanya..Walaupun mahal berbanding susu Anmum ku lebih baik dari aku langsung tak minum susu..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan