Welcome Blog


Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Kemaafan Dari Hati..=)

Esok,InsyaAllah kita akan meraikan ketibaan 1 Syawal..Ramadhan yang penuh keberkatan akan meninggalkan kita..Semoga akan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun akan datang..Jika tahun lepas cabaran aku berpuasa ketika aku mengandung..Tahun ini pula cabaran aku untuk berpuasa dan menyusukan Madiihah..Syukur dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..

Disebabkan Madiihah yang suka sangat "menolong" ketika aku membuat kuih raya maka cuma sedikit sahaja yang dapat aku buat tahun ini berbanding tahun lepas..Ada sesetengah kuih raya yang lebih baik dan sedap jika kita yang buat sendiri..Mana taknya,semua bahan kalau boleh nak yang terbaik dan letak sebanyak yang boleh..



Credit to http://www.reevluv.com..=)
Sempena hari raya tahun ini,aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan kesilapan selama aku menulis blog..Terima kasih kepada anda yang sudi membaca coretan di blogku ini..Bagi yang terasa atau terguris dengan coretanku,ingatlah bahawa jika masih ada yang mahu menegur maksudnya masih ada yang ambil peduli dan menyayangi kita..

Kepada semua yang mengenali diriku,aku memohon maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan dari segi perkataan atau perbuatan sama ada secara sedar atau tidak selama ini..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan