Assalamualaikum.
Selera makan mula berkurangan.Nak makan ayam pun tak sedap.Hari ini minta suami belikan ikan kembung.Nak masak singgang ikan.Cicah dengan budu dan timun.Sangat best makan lauk itu sahaja.
Memang beginilah yang akan ku hadapi tiap kali mengandung.Fasa kehilangan selera makan.Aku mungkin bertuah sebab tak pernah alami morning sickness sepanjang kehamilan lalu namun fasa kehilangan selera ini tetap satu ujian getir buat ibu mengandung.
Bayangkan makan sikit pun tak lalu sedangkan makanan itulah kegemaran sebelum ini.Kesian suamiku kadang-kadang buntu nak belikan aku lauk yang mampu menambat selera.Berat badan pun akan menyusut beberapa kilo tapi taklah sampai kurus.
Hari ini nak kongsi singgang ikan yang sangat ringkas untuk memasaknya.Jom masak!
Singgang Ikan Kembung
Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung
6 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 inci lengkuas
1 keping asam keping
Air dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Masukkan air,bawang putih,lengkuas,cili padi dan biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan ikan kembung dan asam keping.
3. Biarkan sehingga ikan kembung masak.Perasakan dengan sedikit garam.
4. Siap untuk dimakan.
Hidangan ini sedap sangat bila dimakan sama ada dengan budu atau sambal belacan.Budu diperahkan dengan limau nipis dan ambil cili padi yang dimasak di dalam singgang ikan kembung tadi.Alhamdulillah.Seleralah makan aku hari ini.Selamat mencuba!
aku baca pun meleleh ayaq liuq weiii
BalasPadam