Welcome Blog


Rabu, 18 Februari 2015

Syukur Rezeki Itu Masih Milik Kami

Assalamualaikum.
Hari ini aku sedikit kurang sihat.Pening melebihi tahap biasa.Jadi nak taknak perlu ke klinik untuk mendapatkan MC.Dapatlah aku scan baby ku sekali alang-alang ke klinik.Sebenarnya risau kerana scan yang pertama kali hanya nampak kantung baby sahaja.Namun ku harus lakukan juga scan ini untuk memastikan baby ku membesar sebagaimana sepatutnya.

Ya Allah sebak apabila melihat dirinya bergerak-gerak ketika scan.Doktor juga mengatakan semuanya dalam keadaan yang baik.Jadi secara rasminya,aku mengandung buat kali ketiga.Ikut pada keputusan scan,baby ku berusia 9 minggu 2 hari tapi pada tarikh hari pertama haid terakhirku sudah 10 minggu.Bezanya kurang seminggu jadi tarikh dijangka bersalin tidak berubah iaitu 15 September 2015.

Rezeki Allah memang tidak dijangka.Walaupun rasanya secara logik baby ku tidak dapat bertahan kerana pemakananku yang sesuka hati,pengambilan ubat dan vitamin yang tidak sepatutnya diambil semasa mengandung sebelum aku mengetahui yang aku mengandung mampu menyebabkan aku kehilangannya namun ia tetap kukuh membesar di dalam rahimku.Alhamdulillah.Semoga dipermudahkan segala urusanku untuk kehamilan ketiga ini.Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan