Assalamualaikum.3 hari lagi sebelum due date.15 September 2015.Tak tahulah sama ada kelahiran kali ini secara normal ataupun perlu dicetuskan atau lebih tepat secara induce.Madiihah telah dilahirkan pada 39 minggu sehari manakala Naziihah dilahirkan pada 41 minggu sehari setelah overdue 8 hari.
Disebabkan bacaan ujian MGTT kali kedua tinggi dan aku telah mengambil pula ujian BSP maka diikutkan kelahiran kali ini tidak boleh melebihi tarikh yang ditetapkan.Yang mengelirukan aku 2 minggu selepas pemeriksaan mingguan di klinik kesihatan,doktor mengatakan akan memberikan surat untuk dirujuk pada Hospital Putrajaya pada 39 minggu 6 hari kehamilan ku tapi ketika pemeriksaan pada minggu lepas jururawat mengatakan aku perlu datang pada tarikh aku dijangka bersalin itu iaitu 15 September untuk pemeriksaan dan selepas itu baru diputuskan untuk diberi tempoh seminggu lagi atau terus dirujuk pada Hospital Putrajaya.
Apapun keputusannya,aku mohon dipermudahkan untuk bersalin kali ini.Semoga anak ketigaku dilahirkan dengan selamat setelah pelbagai dugaan yang dihadapi sepanjang kehamilan ku ini.Doakan yang terbaik untuk diriku ini.Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan