Welcome Blog


Sabtu, 19 September 2015

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga ku Secara Czer

Assalamualaikum.
Syukur masih diberi kesempatan untuk mencoretkan pengalaman di blog ini.Kali ini aku nak kongsi pengalaman melahirkan anak ketigaku.

Pada 15 September,aku ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan terakhir sebelum dirujuk kepada Hospital Putrajaya.Seperti yang ku jangkakan,doktor berkata sepatutnya aku sudah dirujuk pada 14 September.Jadi suka atau tak,15 September aku perlu ke Hospital Putrajaya.

Aku hanya bergerak ke Hospital Putrajaya selepas makan malam.Terus ke Wad Bersalin kenalah sedikit takzkirah dari nurse bertugas kenapa datang malam dan bukan siang.Redhakan sajalah janji aku dapat melahirkan anak aku dengan selamat.

Seperti biasa,CTG jantung bayi akan dilakukan untuk melihat ada kontraksi atau tidak.Doktor pula melakukan VE atau menyeluk laluan serviks untuk melihat sudah berapa bukaan.Alhamdulillah sudah terbuka 3cm dan aku perlu bermalam di wad untuk pemantauan.

Sepatutnya aku perlu diinduce kerana kes GDM namun kerana bukaan sudah ada aku perlu menunggu esok pagi jika tiada kontraksi sepanjang malam.Kontraksi aku rasakan semakin kerap tetapi aku masih mampu bertahan.

Selepas Subuh,doktor telah mengatakan untuk ke bilik pemeriksaan.Laluan serviks aku telah terbuka 4cm dan doktor ingin pecahkan air ketuban namun disebabkan aku belum sarapan,doktor hanya memasukkan ubat untuk berak dan datang kembali selepas aku selesai sarapan.

Aku dihantar dengan kerusi roda setelah air ketuban dipecahkan.Ketika ini,aku masih belum merasakan kesakitan kontraksi.Waktu ketika itu pukul 8.30 pagi.Aku telah menghubungi suamiku.Mujurlah ada kakak iparku yang sudi menjaga Madiihah dan Naziihah ketika suamiku menemaniku di dalam bilik bersalin. Pada mulanya,kontraksi yang aku rasakan mengikut tahap yang aku mampu tahan tapi setelah sejam lebih doktor mengarahakan untuk memasukkan ubat pytocin bagi mempercepatkan bukaan.Ketika inilah sakit kontraksi yang normal bertukar menyakitkan.Mujurlh suami aku ada memberikan sokongan.

Semakin lama kesakitan kontraksi datang menguji.Ya Allah memang menyakitkan namun bukaan tidak sepadan dengan kekerapan kontraksi.VE terakhir yang dilakukan adalah ketika 7cm tetapi anakku tidak berada dalam keadaan yang sepatutnya untuk aku meneran.

Air ketuban pula telah menunjukkan anakku sudah berak dan degupan jantung nya pula semakin lama semakin tak cantik.Ketika ini,aku hanya memikirkan keselamatan anakku sahaja.Doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan aku dan anakku.Jika itu yang terbaik walaupun ku tahu kesakitan selepas bersalin czer lebih dari bersalin normal,aku redha.

Tepat pukul 12.43 tengahari pada 16 September 2015 anakku selamat dilahirkan ke dunia.Keluar sahaja dari perut terus kedengaran tangisannya yang kuat.Alhamdulillah.

Hari ini sudah masuk hari kelima setelah aku melahirkan anak ketigaku.Mujur kami berdua berjaya melalui fasa kelahiran yang amat mendebarkan.Fasa berpantang pula bagi aku yang pertama kali czer.InsyaAllah di lain coretan akan ku kongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan