Welcome Blog


Selasa, 16 Mei 2017

Coretan Bermula

Assalamualaikum
Lama betul berhenti menulis di blog ini.Bukan setakat bersawang.Mujur tiada tarikh luput untuk menulis.Maaf sebab lama tak dapat berkongsi cerita di blog ini.3 anak dalam masa 6 tahun kahwin agak membuatkan hidup ku bertambah sibuk.Alhamdulillah Madiihah sudah berumur 5 tahun 4 bulan,Naziihah 3 tahun 6 bulan dan Wajiihah 1 tahun 8 bulan.

Next baby?Mungkin selepas 3 tahun selepas czer atau pun jika ada rezeki dinaikkan pangkat bertambahlah anak.Masih berharap untuk dapatkan anak lelaki tapi kalau anak perempuan juga kami tetap bersyukur.

Buat masa ini masih belum bersedia untuk penambahan anak kerana aku perlu memastikan kesihatan aku berada di tahap terbaik untuk mengandung sekali lagi.Makin berusia,makin berisiko untuk mengandung tanpa komplikasi.

Misi untuk turunkan berat badan secara sihat,pastikan tiada kemungkinan untuk mendapat kencing manis dan tekanan darah tinggi serta memastikan luka czer aku sudah pulih sepenuhnya.Ngeri sebenarnya bila membaca pengalaman ibu-ibu yang czer tetapi luka lama tidak sembuh sepenuhnya mengakibatkan terpaksa membuatkan BTL bagi mengelakkan risiko untuk mengandung lagi.

Jadi bersabarlah untuk beberapa tahun lagi.Sempatlah stabilkan hidup dan sihatkan diri.😃


Tiada ulasan:

Catat Ulasan