Welcome Blog


Jumaat, 26 Mei 2017

Lafaz Niat Puasa : Salam 1 Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah selesai sahur hari pertama.Bangun pukul 5 pagi goreng ayam.Nasi sudah masak sebelum masuk tidur.Guna periuk nasi eletrik bolehlah nak biarkan panas.Tengah menggoreng ayam,Wajiihah menangis.Biasalah kalau aku kerja syif pagi pun,kejutkan suami untuk dodoikan Wajiihah.Tadi tinggalkan begitu sahaja.Bangun terkejut tak nampak Ma dia memang menangis macam kena pukul.Mujur kakak-kakak dia masih tidur lena.Kalau tidak,tiga kali drama air mata.

Dalam kekalutan sambil menyusu,suap juga nasi.Makan sampai lebih waktu imsak.Mujur sempat juga minum air dan makan kurma.Sekarang lebih lagi bersihkan kurma dan kopek kurma.Risau termakan makhluk lain.😂

Aku kongsikan lafaz niat puasa yang ringkas atau untuk sebulan.Nak mudah lafaz niat puasa untuk sebulan dan sebelum tidur atau setiap kali selepas sahur,lafazlah niat puasa ringkas.Jangan tak berpuasa sebab terlupa niat.Asalkan belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa,lafaz niat dan berpuasalah.Salam 1 Ramadhan,selamat bersahur dan selamat bersabar menunaikan ibadah puasa.😃

Lafaz niat sehari berpuasa

Lafaz niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz niat lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan