Welcome Blog


Sabtu, 20 Mei 2017

17 Resepi Berpantang Bersalin Normal,Pembedahan Dan Keguguran

Resepi ini bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin sama ada bersalin normal,pembedahan dan juga keguguran.

Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Cara Penyediaan
1. Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau.
2. Gaulkannya sebati.

Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan
1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
½ biji bawang besar dihiris

Cara Penyediaan
1. Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
2. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
3. Hidang bersama nasi panas

Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam
Sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam.
2. Hidang bersama nasi panas.

Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan
Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Sedikit air asam jawa & gula

Cara Penyediaan
1. Tumis semua bahan yang dihiris.
2. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
3. Akhir sekali,masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Sedikit minyak

Cara Penyediaan
1. Goreng ikan bilis hingga ranggup.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan.
3. Biarkan seketika sehingga bahan hirisan masak dan angkat.

Ikan Bilis Dengan Cili Kisar

Bahan-bahan
Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili kisar 1 sudu

Cara Penyediaan
1. Goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan cili kisar hingga masak, masukkan jeruk lobak dan ikan bilis.
3. Akhir sekali,masukkan telur dan kacau hingga sebati.

Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Lada hitam, halia dan kunyit hidup ditumbuk.
2. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.Biarkan pekat.
3. Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan
1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm hirisan halia muda
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
2. Tumis hingga naik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut.Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
3. Setelah itu,masukkan perasa.Boleh diangkat dan dihidang.

Hati Goreng Lada

Bahan-bahan
600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan
1. Gaulkan hati yang telah dipotong bersama  semua bahan kecuali daun bawang tersebut.
2. Tumiskan ia dan biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
4. Taburkan hirisan daun bawang.

Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan
Ayam atau daging
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukup rasa

Air asam lada hitam
2 sudu lada hitam
Sedikit hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa

Cara-cara:
1. Kesemua bahan ini dikisar dan diperap dengan ayam atau daging setengah jam sebelum masak atau semalaman.
2. Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
3. Hiriskan dan boleh dihidang dengan air asam lada hitam.

Sambal Tok-tok

Bahan-bahan
Ikan bilis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit perahan air asam limau

Cara Penyediaan
1. Semua bahan tersebut ditumbuk kasar.
2. Dicampur bersama perahan limau.

Ayam/Daging Goreng Halia

Bahan-bahan
Ayam atau daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, 
Sedikit garam
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air atau bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak,masukkan ayam atau daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Setelah agak lembut,tumiskan bawang putih dan halia,masukkan juga sos tiram.
3. Akhir sekali masukkan,lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.

Ayam/Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan
Ayam atau daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Perapkan ayam atau daging bersama halia,bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar termasuk bahan sos terlibat.
2. Panaskan minyak,masukkan ayam atau daging bersama bahan perap,tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam atau daging lembut.
3. Setelah empuk,boleh ditambah dengan garam mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan
Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit garam
Air asam jawa
½ cawan air

Cara-cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan sedikit bawang merah, halia, bawang putih, kunyit tumbuk juga lengkuas.
2. Panggang ayam.
3. Tumiskan lebihan bahan yang ditumbuk tadi,masukkan jintan manis, air asam jawa juga garam. 
4. Tambah sedikit air untuk berkuah dan bolehlah disiram ke atas ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan
1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit

Bahan A
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Jintan manis
Lada hitam
Serai 
Halia
Gula Melaka dicincang halus
Lemon diperah ambil airnya
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi

Cara Penyediaan
1. Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
2. Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried).
3. Tumis bawang merah dan putih.
4. Masukkan bahan-bahan A,masukkan juga air perahan lemon, gula melaka, garam.
5. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan.Bila dah pekat masukkan pula santan pekat.
6. Bila kuah dah masak dan menekat,boleh disiram ke atas ayam tersebut.

Lengkuas Muda Masak Lada Merah (Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan bagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan
Lengkuas muda dihiris nipis direbus sehingga kering utk buang pahit dan maung lengkuas 
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah

Cara Penyediaan
1. Lada merah,ikan bilis, bawang putih dan bawang merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
2. Masukkan garam dan lengkuas yang telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Turi Masak Asam Rebus (Bagus Untuk Menambah Susu Ibu)

Bahan-bahan
Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah

Cara Penyediaan
1. Bawang merah, lada merah, ikan bilis, kunyit hidup ditumbuk kemudian direbus.

2. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah diangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan