Welcome Blog


Selasa, 16 Mei 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Assalamualaikum
Alhamdulillah tahun ini kami suami isteri tersenarai antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC setelah 9 tahun perkhidmatan kami sebagai pegawai kerajaan.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang
dalam tugas-tugas yang diberikan.

Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi
jawatannya.

a) Kelayakan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua
pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap,
sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari
terakhir tahun penilaian.

b) Asas Pertimbangan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah
seperti berikut:
i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan
ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

c) Insentif
i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut:
1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan
2) Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00.

Majlis APC kebiasaannya diadakan 1 hari tapi untuk kali ini diadakan selama 2 hari.1 hari untuk rehearsal dan 1 hari majlis sebenar.Disebabkan aku dan suami bergilir menjaga anak-anak kami,agak mustahil untuk kami berdua dapat bersama-sama menghadiri dan menerima sijil APC.Suami ku membenarkan aku hadir rehearsal dan aku bercadang untuk memberi peluang pada suamiku hadir pada majlis APC keesokkan harinya.

Aku perhatikan keadaan dewan yang terbuka dan jarak antara kedudukan aku dan suami membolehkan aku dan suami boleh menerima sijil APC tanpa perlu salah seorang sahaja yang dapat hadirkan diri.Aku meyakinkan suami untuk membawa anak-anak kami bersama ke majlis APC.
As2
Pada hari majlis APC,suamiku yang berada di dalam dewan dan aku bersama anak-anak berada di luar dewan.Sebelum majlis bermula,sudah ku beritahu pihak urusetia bahawa aku dan suami akan mengambil sijil APC di atas pentas cuma aku tidak berada di dalam dewan sepanjang majlis berjalan.

Pihak urusetia sangat bertolak ansur dan memberi kebenaran untuk berbuat demikian asalkan tidak menganggu protokol dan kelancaran majlis APC.Jutaan terima kasih kami suami isteri ucapkan.
As1
Ketika menjaga anak-anak di luar dewan,Ketua Pengarah Imigresen kebetulan ternampak dan sempat bertanya kenapa aku ada bersama anak-anak.Urusetia memberitahu kami suami isteri adalah penerima APC tetapi salah seorang perlu berada bersama anak-anak.Jarang untuk suami isteri menerima APC pada tahun yang sama di tempat bertugas yang sama.Alhamdulillah rezeki kami dan anak-anak.
As
Aku membawa anak-anak bersama beratur menunggu giliran sementara menunggu suami aku menerima sijil APC.Naziihah patuh arahan aku untuk duduk bersama urusetia sementara suamiku ambil semula anak-anak kami.Agak panik juga kerana Madiihah tidak mahu ditinggalkan bersama urusetia yang bertugas.Mujur suamiku sempat mengambil anak-anak selang beberapa penerima APC sebelum namaku dipanggil.

Selesai mengambil sijil APC,terus aku keluar dari dewan dan mendapatkan suami serta anak-anak.Syukur akhirnya impian ku ingin bersama suami meraikan hari yang penting dalam kerjaya kami berdua ini berjaya.InsyaAllah,Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini menjadi pemangkin untuk kami suami isteri terus memberi perkhidmatan dengan lebih baik di dalam tugas yang kami lakukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan