Welcome Blog


Ahad, 28 September 2014

Abah : Journey To Baitullah

Akhirnya pada 27 September 2014,abah dijemput menjadi tetamu Allah..Sebak rasanya hati ini..Setelah bertahun-tahun abah mengabadikan hidupnya untuk membesarkan anak-anak tambahan pula arwah mak telah meninggalkan kami semua pada 1 April 1999,abah sentiasa mendahulukan segala perbelanjaan demi pelajaran anak-anak dan memastikan anak-anak mendapat pekerjaan.

Segala urusan dipermudahkan dari proses mendapatkan visa di Kedutaan Arab Saudi,urusan dokumentasi di Tabung Haji,pemeriksaan kesihatan dan persiapan barang-barang untuk dibawa ke Mekah.
Terpancar kegembiraan abah dalam sayunya hati meninggalkan Malaysia
Suasana ketika di Tabung Haji begitu meriah dengan ramainya kaum keluarga yang turut sama menghantar ahli keluarga masing-masing di sini..Sempatlah sesi bergambar bersama abah dilakukan..Bercampur baur perasaan ketika ini apatah lagi melihat adikku yang bongsu mengalirkan airmatanya.

Airmataku bukan sengaja ditahan walaupun sebenarnya sebak akan perpisahan dengan abah..Mungkin kerana sudah biasa berjauhan dari abah menjadikan aku lebih kuat menghadapi situasi ini..Aku ingin abah melihat senyuman di wajahku bukannya tangisan kerana abah juga tidak menangis..Aku yakin abah akan kembali dengan perubahan yang lebih baik..InsyaAllah.

Syukur setelah abah memberitahu telah selamat sampai di Mekah..Semoga abah diberi kesihatan yang baik,kekuatan untuk beribadah,keselamatan sepanjang berada di Mekah dan mendapat haji yang mabrur..Aamiin

Sabtu, 20 September 2014

Promosi Berganda Collagen Powder Dan Meal Shakes

Bulan September ini promosi berganda Shaklee berikan.Pertama,promosi beli 6 percuma 1 Collagen Powder Shaklee.Bagi wanita yang inginkan kecantikan dalaman dan luaran dengan langkah mudah,Collagen Powder dapat membantu.
Kedua,promosi beli 3 percuma 1 Meal Shakes.Untuk ibu bapa yang pentingkan kesihatan anak-anak,Meal Shakes adalah sajian terbaik yang mengandungi khasiat yang amat diperlukan oleh kanak-kanak ketika proses tumbesaran mereka.Jom borong!
Klik link ini untuk membuat belian Collagen Powder atau klik link ini untuk membuat belian Meal Shakes.Untuk membuat pembelian promosi,boleh hubungi MaMadiihah SMS| WhatsApp | Telegram 010-8126852.