Welcome Blog


Khamis, 30 Januari 2014

Set Kesuburan Shaklee

Di sini saya ingin berkongsi vitamin atau suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kesuburan..Mari kita lihat bagaimana Set Kesuburan Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan tahap kesuburan anda suami isteri..=)

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfafa dan GLA Complex manakala Set Kesuburan Shaklee untuk lelaki mengandungi ESP, VitaLea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan Zinc. 

Vitamin Asas (Family Wellness Set) 

ESP, VitaLea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Energizing Soy Protein (ESP)
~ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
~ Protein ialah makanan asas kepada sel.
~ Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
~ ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 



VitaLea 
~ Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa.
~ Pengambilan Vita-Lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.
~ Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.


Vitamin C 
~ Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.
~ Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.
~ Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E di mana ia menjaga kualiti sel sperma.
~ Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum. 


B-Complex 
~ Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg).
~ Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Vitamin Kesuburan

Vitamin E dan Selenium 
~ Terkenal sebagai "vitamin seks".
~ Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.
~ Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal.
~ Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.
~ Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Zinc
~ Bagi kaum lelaki,Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
~ Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
~ Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
~ Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


 Alfalfa Complex 
~ Diamalkan oleh wanita terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur.
~ Senggugut, sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium)
~ Turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
~ Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


GLA Complex 
~ Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. 
~ Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai "mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".
~ Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah, likat dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum).
~ Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). 


Ini adalah antara vitamin atau suplemen yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan..Yang penting, jangan berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan cahayamata..InsyaAllah..=)




PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com





Ahad, 26 Januari 2014

Nutriferon Shaklee Bantuan Kecemasan Terbaik..=)

Nutriferon memang sesuai diambil setiap hari kerana setiap hari kita akan terdedah kepada beribu jenis microb melalui pernafasan, pemakanan dan sentuhan..

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pasa sesuai masa, terutamanya ketika tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, tekanan, terganggu tidur, dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain..

Sel-sel yang tidak sihat akan membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit kronik seperti kanser. Nutriferon sangat berguna jika anda atau ahli keluarga terasa ingin demam atau telah demam..

Nutriferon merangsang dan mempertingkat sistem imun tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag..

PM saya sekarang untuk mendapatkan Nutriferon pada harga terbaik di pasaran..Nutriferon telah menjadi pilihan ramai sebagai suplemen bantuan kecemasan ketika ahli keluarga jatuh sakit..Ia boleh diambil oleh kanak-kanak sehingga warga tua melalui dos yang betul..


PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com



Posisi Dan Tips Menyusu Untuk Anak Kembar..=)

Menyusu anak kembar adalah cabaran pada ibu-ibu yang mempunyai anak kembar, cabaran dari segi fizikal dan mental kerana mendapat anak 2 atau 3 orang serentak pada satu masa.

Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan "susu tidak cukup".

Ramai di antara para ibu yang mengeluh dan menganggap susu ibu tidak cukup lebih lebih lagi di awal kelahiran maka salah seorang atau gilir-gilir akan diberi susu formula.

Disini, saya memberi tips pada para ibu untuk menyusukan bayi mereka..=)

1. Menyusu seawal sejam pertama
Menyusu seawal 1 jam pertama dapat merangsang penghasilan susu , sekiranya ibu melahirkan bayi pra matang dan kurang berat badan , penyusuan adalah ubat paling mujarab untuk menambahkan berat badan dengan cepat.

Sekiranya ibu melahirkan secara pembedahan berbincanglah dengan doktor atau dapatkan bantuan dari jururawat bertugas untuk ibu menyusukan si bayi pada 1 jam pertama selepas kelahiran.

2. Menyusu Sekerap mungkin
Secara purata bayi menyusu dalam 8-12kali dalam tempoh 24jam. Bagi bayi kembar ibu boleh menyusukan bayi serentak pd masa yang sama atau bergilir-gilir. Rujuk rajah penyusuan serentak.



Pada minggu minggu pertama ibu merasa bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan si ibu. Ia adalah normal kerana sebelum bayi menunjukkan pola penyusuan selepas usianya sebulan.

Malah perkara ini perlu diterima positif oleh ibu menandakan keperluan bayi menyusu tinggi maka ia akan menghantar signal ke otak supaya penghasilan susu harus ditingkatkan.

Susukan bayi sebelum si bayi menangis , pada awal kelahiran biasakan bayi menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu secara bergilir-gilir ibu perlu pastikan jadual yang betul supaya bayi tidak meragam dan menangis.

3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain
Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. Perlu diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4. Minum air banyak dan pengambilan makanan yang berkhasiat
Air adalah komponen sangat penting untuk menghasilkan susu ibu. Amalkan minum air selepas atau sebelum menyusu sekurang-kurangnya segelas. Ibu menyusu memerlukan makanan yang berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa proses penyusuan.

Ibu digalakkan mengambil vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang.

Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak melangka makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

5. Boleh mengambil suplemen
Pengambilan suplemen untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. 

6. Persedian susu perahan
Ibu perlu bersedia menyimpan stok perahan untuk persediaan untuk kembali berkerja. untuk bayi kembar pasti persediaan nya berganda , mulalah memerah seawal 2 minggu selepas kelahiran untuk mendapat stok yang secukupnya.

Kepada para ibu yang mempunyai anak kembar saya ucapkan tahniah dan sesunguhnya Allah memilih kita dikurniakan menerima anak lebih dari seorang dalam masa yang serentak. Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan bersama kelahiran itu rezeki (susu ibu) yang mengcukupi untuk bayi anda. 

Sabtu, 25 Januari 2014

Jenis-Jenis Posisi Penyusuan

Secara amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, kepala, tengkuk dan badan bayi perlu berada dalam keadaan selari. Mukanya pula perlu menghadap payudara. Hidung pula perlu bertentangan dengan puting payudara anda.

Ketahui juga bahawa bayi perlu rapat dengan anda, perutnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, kepala, bahu dan punggung bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.


Cradle Hold

Posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ramai yang beranggapan, posisi ini adalah cara paling alami bagi seseorang ibu untuk memegang bayi ketika menyusu.

Ia sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh yang demikian, anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.

Dalam mengaplikasikan posisi klasik ini, apa yang perlu anda ketahui ialah kepala bayi perlu berada dalam keadaan seperti berehat di dalam dakapan anda. Dalam masa yang sama, sokong bahagian belakang badan dan punggung bayi. Lengannya pula perlu berada di bahagian sisi.

Cross Cradle Hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi cradle hold. Dengan menggunakan posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payudara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain daripada itu, badan bayi boleh juga disokong dengan menggunakan bantal menyusu.

Anda perlu berada dalam posisi tegak. Jangan membongkok kerana ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa ketika menyusukan bayi. Malah hal yang sama boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang. Sementara itu, ketahuilah posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payudara yang agak besar.

Football Hold

Posisi seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu anda memerlukan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payudara.

Untuk makluman, teknik ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara czer. Hal ini kerana posisi ini dapat membantu anda mengelakkan bahagian perut daripada menerima tekanan berat badan bayi.

Selain itu, posisi ini juga sesuai untuk anda yang memilikki payudara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi bayi bersaiz kecil. Malah anda yang mempunyai anak kembar juga boleh mengaplikasikan posisi ini untuk menyusukan mereka pada waktu yang serentak.

Lying Down

Posisi menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Malah, jika anda baru melahirkan bayi secara czer, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannya dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring.

Tandem

Lazimnya, posisi-posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama.

Sumber artikel daripada http://bidanbersalin.blogspot.com

Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Penyusuan Susu Ibu

Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.


Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.



Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).


Alkohol 

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.


Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.





5 Tips Kekalkan Kesihatan Ke Usia Emas Cara Tun Dr.Mahathir..=)


Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang b
etul.Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wain merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. 

Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Rasulullah S.A.W “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil tetapi juga kualiti makanan yang masuk ke dalam mulut anda.

Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr.Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlet sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat, tidak mengguna rokok, terutama rokok dan arak, kita boleh sedikit sebanyak mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik..Yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah..Kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

Tun Dr.Mahathir mengekalkan kesihatannya dengan mengamalkan suplemen Shaklee dalam hidupnya..Anda bila lagi???


PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com

Jumaat, 24 Januari 2014

Bagaimana Menyusukan Bayi?



1. Perhatikan tanda awal bayi lapar seperti mulut mencari sesuatu, menjilat bibir, menghisap jari. Tangisan adalah tanda lewat kelaparan.

2. Duduk atau baring dengan selesa, gunakan bantal untuk sokongan dan keselesaan jika perlu.

3. Rehatkan bahu dan bawa mulut bayi ke payudara, bukan payudara ke mulut bayi.

4. Pegang bayi dengan rapat, perut ke perut, hidung ke puting, dagu ke payudara dan anggota bawah bayi ke rapat ke badan ibu. Sokong leher dan bahu bayi dengan kemas tanpa menolak bahagian belakang kepala bayi kerana tindakan ini biasanya akan membuatkan bayi menolak payudara.

5. Ampu payudara dengan meletakkan 4 jari di bawah payudara, jauh dari kawasan areola (kawasan gelap) dan ibu jari di bahagian atas payudara. Memerah beberapa titik susu akan membangkitkan deria rasa dan bau bayi.

6. Biarkan dagu bayi di atas payudara, hidung ke puting sehingga mulutnya terbuka besar seperti sangap/ menguap dan bayi menggerakkan kepalanya sedikit ke belakang untuk memasukkan sebahagian besar payudara ke dalam mulutnya. Ibu juga boleh mengusik mulut bayi supaya bayi membuka mulutnya luas-luas.

7. Apabila bayi merasai puting dengan lidahnya, bibirnya akan menutupi sebahagian besar kawasan areola dan puting, kedua-dua bibir haruslah terjuih keluar. Anda boleh merasai bayi mula menghisap perlahan-lahan, 1-2 hisapan dan rehat.

8. Apabila bayi melepaskan payudara ataupun bayi berhenti menghisap, ibu boleh sedawakan bayi dan menawarkan payudara yang sebelah lagi.

9. Sekiranya ibu perlu melepaskan payudara dari mulut bayi, lakukannya dengan lembut, masukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi sehingga lekapan dilepaskan.

Kredit kepada http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com


RAHSIA KECANTIKAN SITI NURHALIZA..=)

Rahsia Cantik Sihat Seperti Dato' Siti Nurhaliza

1. Rehat Secukupnya
Dato' Siti Nurhaliza walaupun sibuk tetapi tetap mengutamakan waktu rehat.Tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.Tidur dan rehat yang mencukupi ini perlu untuk tubuh dan kulit kita berehat.Semasa tidur inilah waktu yang sesuai untuk kita pakai krim jerawat,vitamin dan kolagen.

2. Bersenam
Tidak perlu nak bercerita lagi pasal ini sebab semua orang tahu nak sihat kena rajin bersenam.Sebab melalui senamanlah badan kita mengeluarkan toksin dari peluh.


3. Amalkan pengambilan suplemen

Suplemen seperti vitamin dan kolagen amat diperlukan oleh tubuh.Kebanyakan vitamin seperti Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita begitu juga dengan kolagen.Semakin meningkat usia,tubuh kita tidak lagi berupaya menghasilkan kolagen menjadikan kulit kita semakin berkedut dan kendur.


4. Jaga kecantikan dalaman
Orang kata nak cantik luaran kena cantik dalaman dulu.Bagaimana???Mudah saja iaitu jaga dulu hati kita.Sembahyang jangan tinggal dan jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Tips ini memang Dato' Siti Nurhaliza yang bagi semasa temubual bersama rancangan Nona TV3..


Dato' Siti Nurh
aliza mengamalkan pengambilan suplemen untuk kelihatan cantik dan sihat..Shaklee mempunyai set untuk kecantikan dan kesihatan..Berminat???PM saya untuk harga terbaik di pasaran..


PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com