Welcome Blog


Khamis, 25 Januari 2018

Ulangtahun Kelahiran Annur Madiihah Yang Keenam Tahun

Assalamualaikum.
Pada 21 Januari 2018,genaplah usia Annur Madiihah 6 tahun.Untuk meraikan ulangtahun kelahiran Madiihah,kali ini aku bercadang meraikan di prasekolah Madiihah.Selama ini,hanya sesi potong kek bersama kami sahaja ulangtahun kelahiran anak-anak disambut.Jadi untuk pertama kalinya walaupun hanya kecil-kecilan dan ringkas sudah cukup menggembirakan hati seorang anak dapat meraikan bersama kawan-kawannya.


Susah nak ambil gambar yang fotogenik sejak akhir-akhir ini


Disebabkan baju seragam sekolah anak-anak prasekolah berwarna putih,jadi aku memesan brownies sahaja untuk sesi memotong kek.Untuk makanan aku tidak sediakan apa-apa kerana sudah ada menu makanan yang ditetapkan oleh pihak prasekolah.Hanya untuk cenderamata sahaja aku sediakan walaupun hanya seringkas mungkin.


Menggunakan beg kertas,gam dan sticky note sebagai hiasan.Di dalamnya aku isi dengan sekotak Milo dan biskut Lexus.Memang idea di saat-saat akhir dengan kekangan masa bekerja syif seperti aku ini.InsyaAllah,tahun mendatang lebih baik persediaan.Happy Birthday cinta hati pertama Ma dan Abah.May Allah bless you.😃

Ahad, 14 Januari 2018

Salam 2018

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan mencoretkan kata-kata di blog ini.Terima kasih pada yang sudi membaca coretan dan perkongsian pengalaman di dalam blog ini.

Tahun ini Madiihah memulakan persekolahan pertamanya.Madiihah kami hantar ke prasekolah yang sama apa bila Madiihah memulakan persekolahan di peringkat sekolah rendah kelak.Mungkin agak lambat bagi Madiihah untuk ke sekolah berbanding dengan anak-anak sebaya Madiihah ada yang sudah ke sekolah pada usia 4 tahun atau 5 tahun.InsyaAllah melihat perkembangannya di rumah walau tidak dihantar ke sekolah lebih awal memberangsangkan.Huruf A hingga Z,angka 1 hingga 20 dan huruf Alif hingga Ya mampu dikenali dan dihafal Madiihah.Madiihah juga mampu menulis mengikut huruf yang kami tulis.InsyaAllah dengan pembelajaran rasmi di prasekolah,mampu membantu Madiihah agar lebih mahir dalam membaca,mengira dan menulis.  

Tahun ini juga,InsyaAllah pada 7 Jun 2018 kami akan menerima ahli keluarga baru.Pada awal Oktober 2017,aku telah sahkan hamil.Walaupun tidak menjangka rezeki ini,kami suami isteri terima dengan hati terbuka.Mujur juga Perdana Menteri mengumumkan pada perbentangan Bajet 2018 bahawa cuti untuk ibu bersalin ditambah dari 300 hari kepada 360 hari.Ketiga-tiga anak sebelum ini,aku telah menggunakan cuti selama 90 hari setiap seorang.Jadi,hanya tinggal baki 30 hari sahaja untuk anak keempat.Dengan pengumuman dalam Bajet 2018 itu,pertambahan 60 hari menjadikan baki cuti bersalin aku bertambah dari 30 hari kepada 90 hari.Syukur Alhamdulillah.Kalau tiada pengumuman itu,aku perlu melakukan kerja lebih masa untuk mencari cuti tambahan bagi menambah cuti bersalin.Rezeki anak 2018.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan,dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2018.Aamiin.