Welcome Blog


Isnin, 24 Mac 2014

Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Secukupnya Atau Tidak

Adalah menjadi harapan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak yang baru lahir dengan harapan anak akan mendapatkan khasiat susu terbaik dari ibunya.

Namun, ada juga ibu-ibu yang keliru macamana nak tahu bayi mereka dapat susu yang cukup atau tidak. Masa awal-awal selepas bersalin, ramai ibu yang ingat susu mereka tiada dan anak takkan dapat susu yang cukup.

Mereka tidak tahu tanda bayi mereka dapat cukup susu atau tidak terutama kepada ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan bayi tidak dapat susu badan secukupnya terutama ketika awal kelahiran.
1. Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
2. Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
3. Bayi anda meragam atau sering letih.
4. Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
5. Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
6. Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
7. Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
8. Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
9. Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Tanda-tanda bayi mendapat susu secukupnya pula adalah:
1. Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
2. Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
3. Kulit bayi anda berasa tegang, ia akan memantul semula apabila dicubit.
4. Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
5. Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
6. Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Ahad, 23 Mac 2014

Senarai TIDAK Shaklee

Shaklee Memberi Jaminan Keselamatan Tanpa Tandingan:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

6 Pantang-Larang Tentang ESP Shaklee

Sebut tentang PROMOSI ESP memang ramai yang teruja. Memang kalau buka Facebook sampai naik juling tengok macam-macam testimoni tentang ESP. Pendek kata semua bolehlah tetapi kena tahu ESP pun ada pantang larangnya. 

Ada yang tak sesuai ambil ESP dan itu yang akan saya kongsikan hari ini.Sebelum itu, saya meminta maaf dengan pengedar Shaklee sekiranya ada pandangan saya bertentangan dengan pandangan anda kerana saya cuba memberi alasan berdasarkan fakta sains dan fakta pemakanan.Bukan berdasarkan pengalaman orang lain. 

Sebab tujuan saya adalah berkongsi ilmu dan niat saya agar semua yang mengamalkan produk Shaklee dengan ilmu.Bukan dengan 'apa yang orang kata' sebab apa yang orang kata belum tentu betul.Sentiasa berbalik pada ilmu.Jadi, jom kita mulakan.

1. Jangan berikan ESP pada bayi!! ESP tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar!!
Yang ini selalunya memang akan ada yang tidak bersetuju dengan saya.Memang kadang-kadang saya ternampak promosi ESP yang terang-terang mengatakan ESP sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah.

Personally, saya tidak setuju terutamanya untuk bayi.Cuba kita lihat apa kandungan ESP.ESP hanya ada protein dan sedikit vitamin B dan kalsium.ESP bebas lemak sedangkan bayi dan kanak-kanak memerlukan lemak untuk proses pembinaan sel-sel otak.ESP pula hanya protein semata-mata.Jadi ia agak tidak seimbang untuk kanak-kanak dan bayi.

2. Jangan bancuh ESP dengan air panas
ESP merupakan suplemen protein. Protein musnah apabila dibancuh dengan air panas. Jadi untuk mengekalkan khasiat protein, bancuh ESP dengan air suam atau air sejuk. Paling sedap, kegemaran saya, ESP blend dengan kurma dan campur sedikit dengan susu segar. Buat untuk sahur InsyaAllah tak lapar sepanjang hari.

3. Jangan minum ESP sebelum tidur atau selepas makan kalau taknak gemuk
Ada antara yang mengambil ESP mengadu pada saya mereka semakin gemuk setelah mengambil ESP. Bila ditanya mereka ambil ESP selepas makan. Kenapa tak boleh?
Sebab ESP ini mengandungi lebih kurang 200 -300 kcal setiap hidangan.Bila sudah ambil nasi, sudah kenyang, minum pula ESP maka terlebihlah kalori.Ingat ya, kita kurus dengan mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Bukan mengurangkan jumlah pengambilan makanan semata-mata!!

4. Jangan ambil ESP kalau taknak kulit cantik dan parut hilang
Kalau sayangkan parut jerawat, parut stretchmark dan apa-apa parut itu, jangan ambil ESP. Kenapa?ESP kaya dengan protein yang membantu proses pembaharuan dan pemulihan sel. Kalau proses pembaharuan sel kulit tip top, nanti hilanglah jerawat kesayangan itu.

5. Jangan ambil ESP kalau anda suka keadaan tak larat dan penat, atau kalau anda memang suka selalu lapar (ada alasan nak makan kalau lapar)
Kenapa pulak? Ha, nak bagitau ni. ESP ni merupakan makanan dengan indeks glisemik yang rendah. Jadi, paras gula dalam darah akan berada hampir pada paras normal dalam jangka masa yang lebih lama. So, taklah asyik lapar dan penat je kan? Sayang pula takde orang makan keropok dengan biskut melambak dan sayang pula takde orang pergi kat bahagian plus size kat shopping complex tu.

6. Jangan ambil ESP kalau nak memajukan bidang SOYA GMO
Tahu tak kalau ikut statistik, 98% soya di Malaysia ialah daripada US dan lebih 90% soya di US adalah soya yang telah diubah genetiknya (soya GMO). Tahu sebut saja kan soya GMO ini tetapi tahu tak maksud dia?Ini sebenarnya projek semasa di universiti dulu.Makanan GMO.Niat asal GMO ini adalah untuk memenuhi keperluan makanan seluruh dunia.

Tapi dengan soya ini lain pula ceritanya. Soya diubah genetiknya supaya tidak mati apabila disembur racun serangga dan racun perosak. Pasaran soya ini sangat besar, jadi bila soya tak mati lepas disembur racun, keuntungan pun jadi berganda. Masalahnya bila disembur racun ini, maksudnya soya itu (yang merupakan makanan dari jenis legume) akan menyerap sekali racun-racun itu dalam biji soya. Ha, macam mana itu? Makan soya ke makan racun kita ini? Mungkin tak banyak tetapi sikit pun dalam tempoh jangka masa panjang tetap memudaratkan.

Oklah, cukup setakat 6 'Jangan' itu.Banyak lagi tetapi nanti saya kongsikan kemudian.

P/s: Pilihan saya tetap ESP Shaklee sebab ia bukan GMO dan diproses dengan kawalan kualiti yang cukup ketat.Kagum dengan pemprosesan yang Shaklee pilih.

Sumber artikel daripada http://dunianutrisi.blogspot.com

Zinc Complex Shaklee : 3 Kelebihan Untuk Kesuburan Lelaki

Topik kali ini tentang kesuburan lelaki.Niat saya untuk berkongsi ilmu.Berkongsi tentang kebaikan zink untuk lelaki.Di portal alamhamil.com Dr Ju ada menyarankan pengambilan zinc oleh suami adalah penting jika ingin mendapatkan zuriat.Saya kongsikan 3 manfaat Zinc Complex kepada lelaki yang bergelar suami..=)

1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan Tahap Testosteron 
Zinc ini dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana  zinc mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang.Zinc adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zinc atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang merancang untuk menambah ahli kelaurga,zinc boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

2. Menguatkan sel sperma
Jika inginkan zuriat, adalah tidak memadai jika hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi.Tapi sperma tersebut perlulah mampu untuk bergerak dengan pantas.Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya.Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zinc boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.

3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat
Zinc memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zinc yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zinc terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zinc lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kurang kandungan zinc cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi.

Lihat, betapa zinc memainkan peranan yang sangat penting untuk kesuburan lelaki. Satu lagi fakta menarik tentang zinc adalah zinc merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones atau TRH dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.

Jadi, apa kata pertimbangkan pengambilan suplemen Zinc Complex jika anda merancang untuk mempunyai zuriat. Cadangan terbaik tentulah dari Shaklee atau untuk cadangan set kesuburan secara menyeluruh, suami dan isteri boleh mengambil set kesuburan yang  juga mengandungi suplemen Zinc Complex Shaklee.


Sumber artikel daripada http://nurulaziyana.blogspot.com

Selasa, 4 Mac 2014

CoQ10 Shaklee & Kesuburan Lelaki

Masalah kesuburan boleh dikategorikan dengan banyak aspek. Antaranya gaya hidup yang tidak sihat yang boleh menyebabkan gangguan pada hormon testosteron di sperma. Selain itu, air mani yang dihasilkan adalah tidak sihat.  


Ada beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani tersebut seperti yang digariskan oleh WHO (World Health Organisation). Antaranya:
1. Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml),
2. Jumlah sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya adalah 40 juta
3. Sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang) dianggarkan 
    sekurang-kurangnya 50%
4. 75% sperma mesti hidup sekurang-kurangnya
5. Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan
6. Sperma yang bentuk normal adalah sekurang-kurangnya dalam 60%

Antara makanan yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah makanan yang mengandungi Zink, Silenium dan CoQ10. 

Antara sumber makanan yang mengandungi zink adalah hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. 
Manakala sumber makanan bagi Silenium adalah hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda.
Untuk CoQ10 kebanyakannya ditemui dalam makanan laut dan organ lembu.

Namun berapa banyak khasiat yang boleh diperolehi dalam makanan seandainya makanan itu memang betul-betul tidak tercemar dan segar. Bagaimana khasiat makanan mentah yang telah dikenakan suhu tinggi iaitu untuk memasak? Boleh dikatakan khasiatnya semakin menurun ataupun hilang apabila dimasak jadi bagaimana nak dapatkan khasiat sepatutnya.
Shaklee menyediakan vitamin yang berasaskan CoQ10 di dalam CoqHealth Plus Shaklee. CoQ10 adalah nutrien ini terdapat dalam setiap sel hidup dan ia adalah keperluan untuk membekalkan tenaga bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik. 

CoQ10 ini diumpamakan seperti spark plug dalam enjin kereta kita. Spark plug berperanan untuk menukarkan bahan api kepada bentuk tenaga untuk mengerakkan piston enjin. Dan perumpamaan ini seperi kegunaan CoQ10 pada badan kita. Kalau salah satu spark plug tidak berfungsi dengan baik maka piston pun tidak dapat bekerja dan bagi kesan pada prestasi enjin. (mechanical term nie..hehehehe)
Begitu juga dengan sistem dalam badan kita. Kalau fungsi CoQ10 semakin berkurang maka ia akan ganggu sistem dalam badan kita terutama ia akan mempengaruhi tahap kesuburan. Ada kajian yang dilakukan untuk sekumpulan lelaki yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mereka dibekalkan dengan CoQ10 sebanyak 200mg/day dan hasilnya menunjukkan peningkatan tahap mortaliti sperma dalam air mani. 

Dalam CoqHealth Plus Shaklee memang terkandung Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu untuk memberikan tenaga. 

Jom dapatkan CoqHealth Plus Shaklee bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau pun tenaga tetapi perlu diingat CoqHealth Plus Shaklee bukan la ubat kuat yea. Hehehehe..


KESUBURAN LELAKI

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa. Jarang kita dengar orang menyalahkan suami. Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan. 
Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% daripada lelaki. Sebanyak 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25% disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit. Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron pada sperma. 

Faktor penyebab 

1.Pra testikular
~ Gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma.
2.Testikular
~ Kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat.
3.Post testikular 
~ Penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi

Rawatan pembedahan dan perubatan 
Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikular perlu dikenal pasti sebab,ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal.

Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

1.Kuantiti 
~ Mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter.
2.Kualiti
~ Sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. 
~ Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur.
3.Pergerakan
~ Untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. 
~ Ini dikenali sebagai mortaliti. 
~ Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.

Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 

1.Amalkan seks yang sihat.
~ Ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah).
2.Makan diet sihat.
~ Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
3.Kekalkan berat badan yang seimbang. 
~ Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.
4.Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. 
~ Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma.
5.Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari.
6.Pakai seluar dalam longgar.

Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda 

1. Zink 
~ Tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.
~ Sumber makanan seperti hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. 
~ Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.

2.Selenium 
~ Diperlukan untuk menghasilkan sperma. 
~ Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah. 
~ Sumber makanan seperti hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda

3.CoQ10 
~ Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. 
~ Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. 
~ Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.
~ Sumber makanan seperti ditemui dalam makanan laut dan organ lembu.Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

4.Vitamin E 
~ Meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. 
~ Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 
~ Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.

5.B Complex
~ Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 
~ Sumber makanan seperti hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
~ B12 dapat meningkatkan jumlah sperma.
~ Sumber makanan seperti jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.

6.Vitamin C
~ Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. 
~ Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok dan menjadikan ia lebih bergerak. 
~ Sumber makanan banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.

7.L-Carnite 
~ Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.

Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. 
  • Untuk memelihara kesuburan,elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga.
  • Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. 
  • Jangan letakkan komputer riba di paha anda. 
  • Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. 
  • Selain itu, hindari merokok. 
Ubatan tertentu 
~ Seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan.
~ Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. 
~ Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal. 

Pendedahan pada toksik 
~ Seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.
~ Dadah misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk.
~ Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma. 

Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman

~ Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. 
~ Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron. 

Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat
~ Mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. ~ Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. 
~ Benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.