Welcome Blog


Ahad, 29 Jun 2014

Shape-Up Set

Cara Terbaik Untuk Kekal Langsing Dan Rapi

Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi.Dengan set Shaklee Shape-Up, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan.
Kebaikan Set Shape-Up
  • Badan yang langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
Set Shape-Up
  • Lecithin
  • Herb-Lax
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Cinch Shake Mix
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk membeli Set Shape-Up ini?Klik link ini Belian Set Shape-Up untuk urusan pembelian.

Flawless Beauty Set

Untuk Rasa Lebih Sihat,Kulit Lebih Muda Menawan

Kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling menyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. Akibatnya,kehilangan kolagen menjadikan kulit kendur berkedut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

Shaklee menawarkan Set Flawless Beauty yang lengkap dengan nutrisi penting untuk menyerlahkan kejelitaan anda.
Kebaikan Set Flawless Beauty
  • Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah
  • Menggalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lembut
  • Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi.
Set Flawless Beauty
  • Shaklee Collagen Powder
  • Sustained Released Vita-C
  • Vivix
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk membeli Set Flawless Beauty ini?Klik link ini Belian Set Flawless Beauty untuk urusan pembelian.

Revitalizing Set

Berikan Hati Anda Khasiat Dan Penjagaan Yang Diperlukan

Hati memainkan banyak peranan penting, daripada fungsi normal metabolisma hinggalah detoksifikasi. 

Walaubagaimanapun, fungsi normal hati boleh terjejas disebabkan oleh:
  • Tekanan
  • Kurang tidur
  • Pendedahan terhadap toksin yang kerap dan berpanjangan
  • Meminum alkohol
  • Cara pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain
Set Revitalizing Shaklee mengandungi campuran herba unik yang membekalkan sokongan nutrisi untuk fungsi optimum hati.
Kebaikan Set Revitalizing
  • Berasa lebih sihat dan segar.
  • Menggalakkan fungsi hati yang sihat.*
  • Memulihkan tenaga.
Set Revitalizing
  • DTX Complex
  • Nutriferon
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk membeli Set Revitalizing ini?Klik link ini Belian Set Revitalizing untuk urusan pembelian.

Sabtu, 28 Jun 2014

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa..=)

Ramadhan datang lagi..3 tahun lepas,pertama kali berpuasa dengan keadaan diri mengandung..2 tahun lepas,berpuasa dengan menyusukan Madiihah..Tahun lepas,nasib baik sudah putus susu dengan Madiihah tapi puasa ketika mengandung lagi.
Alhamdulillah,diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh ketika mengandung..Tahun ini,cabaran kali kedua menyusu dan berpuasa pada masa yang sama..Syukur juga kerana Naziihah sudah boleh makan makanan selain dari menyusu..Semoga terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa kali ini..Aamiin

InsyaAllah tahun ini boleh berpuasa dan menyusukan sebab aku berikhtiar dengan mengamalkan ESP dan Performance Drink Shaklee..Dua suplemen ini terdapat dalam Set Mighty 3 Gems..Anda boleh juga mencampurkan Meal Shakes untuk minuman sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan.
Bancuh dan minum pada akhir masa sebelum waktu imsak..Hari ini kali pertama mencampurkan dua suplemen ini dalam satu gelas..Bagi aku yang kurang menggemari rasa soya,perlu menambahkan kordial oren..Terpulang jika anda ingin membancuh keduanya secara berasingan.
Kepada semua yang mengenali diriku,sempena bulan Ramadhan yang telah bermula hari ini memohon kemaafan di atas segala salah dan silap..Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dari Ramadhan sebelum ini..Selamat berpuasa..=)

Super Detox Set

Menyahtoksin Untuk Tubuh Yang Sihat,Bertenaga Dan Wajah Berseri

Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?

  • Jerawat/kulit kusam
  • Selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
  • Sakit kepala berulang
  • Rasa gatal dan emosi bercelaru
  • Radang pada kulit
  • Alahan
  • Ekzema
Simptom di atas menunjukkan yang tubuh anda mungkin mempunyai toksin yang berlebihan.Set Super Detox Shaklee dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.
Kebaikan Set Super Detox
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan.*
  •  Membantu meningkatkan kesihatan hati.*
  • Meningkatkan seri wajah.*
  • Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh.*
Set Super Detox 
  • Alfalfa Complex
  • DTX Complex
  • Garlic
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk membeli Set Super Detox ini?Klik link ini Belian Set Super Detox untuk urusan pembelian.

Digestive Health Set

Rasa Yang Nyaman Dan Selesa

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat.Sembelit,mulut berbau,najis berbau,mengidam makanan,perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang.Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan:
  • Penambahan berat badan.
  • Masalah gastrik.
  • Perut buncit.
  • Kanser usus.
  • Masalah penghadaman.
  • Sistem imun yang lemah.
Set Shaklee Digestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.
Kebaikan Set Digestive Health
  • Melegakan sembelit.
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.*
  • Menyokong kesihatan usus.*
  • Membantu menyahtoksin badan.*
  • Membantu mengurangkan berat badan.*
  • Melegakan perut yang tidak selesa.*
Set Digestive Health

  • ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Alfalfa Complex
  • Herb-Lax
  • Peppermint Ginger Plus
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk membeli Set Digestive Health ini?Klik link ini Belian Set Digestive Health untuk urusan pembelian.

Jumaat, 27 Jun 2014

Posisi Tidur Ketika Hamil

Apakah posisi tidur untuk ibu mengandung mengikut usia kandungan?

Trimester pertama (1-3 bulan)
Pada awal trimester kehamilan, perkembangan janin masih di dalam rongga pelvis. Oleh itu, ibu hamil boleh tidur dalam posisi yang bebas yang boleh memberikan rasa selesa untuk dirinya. Walaubagaimanapun, tabiat tidur posisi buruk seperti tidur telungkup ke bawah ataupun lengan di sekitar perlulah ditukar.

Trimester kedua (4-7 bulan)
Ibu hamil biasanya mulai cemas ketika memasuki trimester kedua. Sebenarnya ibu tidak perlu berasa risau. Ini disebabkan bayi bergerak bebas dalam air ketuban di dalam rahim anda. Posisi tidur anda tidak akan menjejaskan bayi anda.

Trimester ketiga (8-10 bulan)
Ibu hamil yang mempunyai perut yang semakin membesar akan menjejaskan keselesaan anda semasa tidur. Posisi tidur semasa hamil untuk ibu mengandung yang berbaring dan keselamatan janin mempunyai hubungan yang penting.

Apakah tips posisi tidur semasa hamil untuk ibu mengandung yang selesa?

(1) Tidur dengan posisi mengiring
~ Kebanyakan wanita mendapati bahawa berbaring di sebelah mereka adalah posisi tidur semasa hamil terbaik terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil kembar.
~ Ibu hamil digalakkan mengiring ke sebelah kiri mereka kerana vena besar (vena cava inferior) membolehkan aliran darah yang optimum dari tubuh bahagian bawah tubuh anda kembali ke jantung anda. 
~ Oleh itu, aliran darah dan nutrisi boleh disalurkan maksima kepada bayi anda melalui plasenta.
~ Ini juga membantu buah pinggang anda membuang sisa produk dan cecair dari tubuh badan ibu dan mengurangkan pembengkakkan pada pergelangan kaki dan tangan. 
~ Posisi mengiring kanan juga baik.
~ Anda mendapati berubah posisi dari kiri ke kanan dan sebaliknya membolehkan anda tidur dengan lebih selesa.

(2) Elakkan tidur dengan posisi terlentang
~ Anda tidak digalakkan berbaring di belakang anda kerana anda akan menekan usus dan vena besar (vena cava inferior) yang boleh menggangu aliran darah kembali kepada jantung anda. 
~ Ini boleh mempengaruhi tekanan darah untuk sesetengah ibu hamil di mana penurunan tekanan darah  boleh membuat anda pening, sakit kepala dan sesak nafas malah peningkatan tekanan darah. 
~ Ini juga boleh meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan dan pembengkakkan pada pergelangan kaki dan tangan. 
~ Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda tidur dengan posisi terlentang,anda jangan risau kerana anda tidak melakukan sesuatu yang bahaya untuk bayi anda. 
~ Anda hanya harus beralih kembali kepada posisi mengiring.

(3) Tambahkan sokongan semasa tidur
~ Kebanyakan ibu hamil juga akan mendapati bahawa mereka memerlukan sokongan tambahan semasa tidur. 
~ Anda boleh meletakkan bantal di bawah perut dan kaki anda, dan menggunakan bantal yang lebih kecil untuk menyokong belakang anda supaya anda tidak bergolek ke belakang anda semasa tidur.
~ Anda juga boleh meletakkan bantal di antara lutut anda kerana ini membantu melegakan tekanan belakang anda.
~ Jika anda mempunyai rasa asam lambung ataupun heart burn, anda boleh menggunakan dua atau lebih bantal di kepala anda.

(4) Separuh kedudukan
~ Sesetengah wanita mendapati bahawa separuh kedudukan adalah posisi tidur semasa hamil terbaik untuk dirinya. 
~ Anda juga boleh meletakkan beberapa bantal untuk menyokong belakang anda, tetapi elakkan berbaring di belakang anda. 
~ Walaubagaimanapun, jika anda mendapati anda bergolek ke belakang, anda hanya boleh menggulung kembali kepada salah satu sisi anda dan tidur semula.

(5) Bantal kehamilan
~ Anda juga boleh mendapat “bantal istimewa” yang khas dibuat untuk ibu hamil yang dapat membantu anda tidur dengan dengan selesa. 
~ Jika anda boleh membeli bantal kehamilan, ia akan membantu anda mengamalkan postur tidur yang lebih selesa. 
~ Walaubagaimanapun, anda jangan takut untuk mencuba. 
~ Terdapat banyak posisi tidur semasa hamil untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba di rumah tetapi perkara yang paling penting adalah anda harus berasa selesa.

Suplemen Ketika Berpuasa

29 Jun 2014 kita akan mula berpuasa..Apa persiapan anda semua di luar sana?Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sudah mula nak belajar berpuasa?Tentu sibuk mencari resipi yang boleh membantu si anak untuk terus bertahan sepanjang hari berpuasa..Jangan lupa ajar anak-anak bersolat juga barulah sempurna puasa..Ramai lagi yang masih mencari suplemen yang sesuai ketika berpuasa?

Pilihan kami sekeluarga tentulah TIGA BERADIK "TRIPPLE GEM!!!Apa yang ada dalam SET MIGHTY TRIPPLE GEM ini?
**ESP ~ Isolated Protein Soy
Kelebihan
~ Membekalkan tenaga yang berterusan
~ Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah
~ Dihasilkan dari soya non-GMO

** Sangat sesuai ketika berpuasa sebab ia membantu kita melaksanakan tugasan seharian dengan lebih baik..Berpuasa tak bermaksud perlu kelihatan letih sepanjang hari kan?Ia juga membantu masalah gastrik atau pedih ulu hati yang sentiasa melanda ketika berpuasa.

**PD ~ Performance Drink
Kelebihan
~ Menstabilkan kandungan glukosa dan air di dalam badan
~ Memberi tenaga kerana mengandungi formula opticarb
~ Membantu badan dari terhidrat sepanjang berpuasa

** Dalam cuaca yang panas berterusan dan keadaan berjerebu,pengambilan PD sememangnya membantu memastikan badan mengandungi air yang cukup..Simptom-simptom seperti sakit tekak yang sering melanda ketika cuaca panas dan berpuasa berpunca daripada kekurangan air dalam badan..Ambillah PD supaya anda terus terhidrat

**Meal Shakes
Kelebihan
~ 1 rumusan yang lengkap dengan multivitamin dan mineral
~ Mempunyai rasa vanila yang pasti disukai kanak-kanak
~ Snek berkhasiat yang ringkas dan mudah disediakan

** Kandungan fiber yang tinggi dalam Meal Shakes membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama..Ia juga membantu masalah pencernaan terutamanya ketika berpuasa.

**Jadi ibu-ibu di luar sana jom cepat order SET MIGHTY TRIPPLE GEM khusus untuk mereka yang berpuasa,mencegah dari keletihan melampau dan yang pastinya rasa yang sedap,lemak dan berkrim.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Nurul Aishah Mohamed
~ Mesej|Whatsapp: 010-8126582
~ Email milky_galaxie@yahoo.com

6 Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Gastrik antara masalah yang biasa ketika bulan Ramadhan. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis iaitu keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut. Kedua adalah ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam dan lebih teruk berbanding gastritis.

Menurut kajian, kira-kira 80% ulser gastrik berpunca daripada bakteria Helicobacter Pylori.Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Berikut dinyatakan beberapa tips untuk mencegah gastrik ketika berpuasa.

1. Berbuka secara ringan

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”. Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat
Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur
Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak
Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Sumber artikel http://www.celikvitamin.com




Selasa, 24 Jun 2014

Resepi Ringkas Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum.
Madiihah ini ikut mood selera makannya.Ada masa nasi dengan telur goreng pun cukup.Nasi dengan kuah sup pun habis juga dimakan.Roti kadang-kadang sahaja makan tapi memang tak pernah habis.

Kadang-kadang langsung tak nak makan.Minum susu sahaja seharian.Kalau boleh nak elakkan Madiihah makan makanan segera seperti kentang goreng,sosej atau nugget.Memang mudah disediakan tapi ia sangat tidak menyihatkan.

Jadi aku selalunya tukar-tukar menunya kalau nampak dalam sehari kurang makan nasi,esoknya masak spaghetti.Lebih baik dari bagi makan mee segera kan?Hari ini baru cuba bagi jejari roti.Habis juga 2 keping roti sekali makan cuma aku salah guna bahagian roti.Selalunya orang guna bahagian tepi roti tapi aku buang bahagian tepi..Lain kali baru cuba guna bahagian tepi roti.Aku kongsikan beberapa menu untuk kanak-kanak yang boleh dicuba.

Sup Ayam

Bahan-bahan
300gm isi ayam
1 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar stok ayam
Sedikit minyak
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sekejap.
2.Gorengkan isi ayam dan masukkan air.
3.Setelah mendidih masukkan ubi kentang dan lobak merah.
4.Masukkan stok ayam,sedikit garam dan masak sehingga masak.
5.Siap untuk dihidang.

Spaghetti Telur

Bahan-bahan
Segenggam spaghetti
2 biji telur
1 sudu besar stok ayam
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Rebuskan spaghetti sehingga lembut.Tos dan ketepikan.
2.Didihkan air dan masukkan telur.
3.Masukkan stok ayam,sedikit garam dan biarkan mendidih.
4.Tuangkan ke atas spaghetti.
5.Siap untuk dihidang.

Jejari Roti

Bahan-bahan
4 keping roti bahagian tepi
1 biji telur
Sedikit minyak
Sedikit garam
1 sudu besar stok ayam

Cara Penyediaan
1.Telur dikacau dan dimasukkan stok ayam serta sedikit  garam.
2.Letakkan sedikit minyak atau mentega di atas kuali atau pembakar.
3.Celupkan roti dan terus letakkan atas kuali atau pembakar.
4.Pastikan setiap bahagian masak.
5.Siap untuk dihidang.

Nasi Goreng

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji telur
Segenggam ikan bilis
Pati ikan bilis
Sedikit sayur campuran
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3.Masukkan telur,sayur campuran dan goreng seketika.
4.Kemudian masukkan ikan bilis dan nasi.
5.Perasakan dengan sedikit pati ikan bilis dan garam.
6.Siap untuk dihidang.

Kuey Teow Sup

Bahan-bahan
1 cawan kuey teow
1 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam
1 biji telur
Sedikit minyak
3 cawan air
2 sudu besar stok ayam


Cara Penyediaan
1.Tumiskan bawang putih dan gorengkan isi ayam hingga separuh masak.
2.Masukkan air dan biar hingga mendidih.
3.Masukkan telur dan stok ayam.
4.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi kuey teow.
5.Siap untuk dihidang.


Penggunaan garam itu hanya sedikit.Aku suka letakkan stok ayam sebagai penambah perisa.Selamat mencuba.


30 Menu Makanan Rohani Ketika Berpuasa

Menu makanan jasmani ketika berpuasa sudah keluar dan tersebar.Macam-macam resepi yang enak untuk dicuba tetapi ingatlah yang ianya hanya mengenyangkan perut yang lapar.Kali ini, minta kawan-kawan yang prihatin sekalian mencuba menu makanan rohani ketika berpuasa bagi disebarkan kepada umum.InsyaAllah kenyang perut dan kenyang iman.
Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini;
1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat Terawikh minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat setiap malam.
4. Beri makan kepada orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat Dhuha setiap pagi minima 2 rakaat.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan bangun bersahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus Al-Quran sambil memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha atau sia-sia.
16. Zikir harian,banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubungkan silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
22. Menjaga lisan,pandangan,pendengaran dan hati daripada perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah S.AW yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (Suami dan anak-anak lelaki)
25. Lazimi untuk mengawal dan menahan marah,mendidik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah.Hadirkan Allah di dalam hati,berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-ollah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Semoga kita semua memperolehi kebaikan dan keberkatan di bulan Ramadhan nanti.Aamiin

Resepi Berbuka Puasa : Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Bahan-bahan
1/2kg tempoyak
500ml santan
1 cekak pucuk ubi kayu
1 ikat daun mengkudu
1 ikat daun kaduk
5 helai daun kunyit
4 batang serai
Garam secukup rasa

Bahan Dikisar
2 inci kunyit hidup
20 biji cili api (Ikut tahap kepedasan masing-masing)

Cara Penyediaan
1.Masukkan kunyit,cili api,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air.
2.Didihkan dan kacau perlahan lahan.
3.Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus pucuk ubi kayu,daun mengkudu,daun kaduk,daun kunyit dan serai lalu kacau hingga mendidih.
4.Masukkan garam secukupnya.
5.Sedia untuk dihidang.

Resepi Berbuka Puasa : Pad Phid Ayam

Bahan-bahan
1/2 kg ayam dipotong kecil
Kacang panjang dipotong
Daun limau purut secukupnya
Sedikit air asam jawa

Bahan Dikisar
8 biji cili padi
1/2 inci halia
8 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Sedikit belacan
3 batang serai

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Masukkan bahan yang dikisar,tumiskan hingga naik minyak.
3.Kemudian,masukkan daun limau purut dan kacau sekejap.
4.Masukkan ayam serta air asam jawa dan sedikit air.
5.Apabila ayam telah masak,masukkan kacang hijau yang telah dipotong.
6.Siap untuk dinikmati.

Resepi Berbuka Puasa : Daging Masak Asam Rebus

Bahan-bahan
500gm daging
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 cm halia
½ biji buah keras
2-3 batang daun kesum
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar asam jawa (Campurkan sedikit dengan air masak dan tapiskan.Ambil airnya sahaja)
4 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Daging direbus hingga empuk dan dipotong kiub.Simpan air rebusan.
2.Tumbuk dengan lesung batu kunyit, halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3.Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
4.Kemudian masukkan daging, air rebusan daging, cili boh, air asam jawa dan daun kesum.
5.Masak sehingga mendidih.
6.Kemudian,masukkan secubit gula dan perasakan dengan garam secukupnya.
7.Gula bagi secubit saja, jangan banyak.
8.Apabila masakan sudah mendidih dalam 10 minit,boleh padamkan api.
9.Siap untuk dihidangkan.

Isnin, 23 Jun 2014

Selamatkah Air Yang Anda Minum?

Adakah bekalan air di rumah anda berbau hanyir,busuk dan berwarna kuning berkarat?Tahukah anda air sungai dan bekalan air ke rumah semakin tercemar di Malaysia?

Kajian oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan sungai di Malaysia dicemari oleh pembuangan sisa toksid dan bahan kimia,sisa industri,pembuangan sampah dan bangkai.

Adakah anda sanggup minum air tanpa penapis air yang dapat menapis segala kekotoran dan bau di rumah anda?Adakah kekotoran air di kawasan anda seperti salah satu gambar di bawah?
SANGGUPKAH ANDA menggunakan air yang dicemari dengan berbagai sisa bahan buangan untuk memasak bagi keluarga anda dan juga memberi air untuk diminum seisi keluarga anda?

TAHUKAH ANDA,walaupun air telah dirawat dengan klorin di loji air,banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan?

Karat,kuman,virus,logam berat,bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda.  

TAHUKAH ANDA apakah kesan dari bahan-bahan logam yang terdapat dalam air minuman kita akibat PENCEMARAN AIR kepada tubuh manusia?

TAHUKAH ANDA bahawa buah-buahan, sayur-sayuran,makanan mentah harian anda disaluti bahan kimia merbahaya yang kekal walaupun dicuci dan dibilas?

ADAKAH ANDA sedar hidup anda sekeluarga kini dalam bahaya akibat daripada pencemaran alam sekitar yang teruk ini?
Percayalah bahawa ANDA DAN KELUARGA KINI DALAM BAHAYA kerana kesan pencemaran alam sekitar ini juga mengakibatkan hampir semua makanan dan minuman di rumah anda turut tercemar!

Malah lebih mengejutkan 4,000 ORANG MATI SETIAP HARI akibat PENYAKIT yang bersumber dari PENCEMARAN AIR!(Sumber dari WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia))

JADI,adakah anda ingin mendapatkan penapis air yang dapat memberikan air yang bersih dengan harga mampu milik?Kini penyelesaiannya ada disini.

MEMPERKENALKAN Get Clean Water Pitcher Shaklee bukan sahaja mampu menapis air minuman malahan menghasilkan air yang bebas kuman, bakteria, bahan kimia dan bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.
Berminat untuk mendapatkan Get Clean Water Pitcher dari Shaklee ini dengan harga yang lebih jimat?Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini!Klik link ini Get Clean Water Shaklee untuk membuat belian.

Puan Nurul Aishah
Call/Mesej/WhatsApp 010-8126852



Resepi Berbuka Puasa : Daging Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
300gm daging
3 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dimayang
1/2 inci halia dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah dan cili hijau dimayang
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah
1 tangkai daun bawang
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit.Angkat daging dan toskan.
2.Kemudian,tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.
3.Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau, daging, sos tiram, serbuk lada putih serta kicap dan gaulkan rata.
4.Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5.Setelah itu,masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika dan bolehlah diangkat.
6.Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

Resepi Berbuka Puasa : Ayam Masak Sos

Bahan-bahan
500gm bahagian ayam
1 inci halia dihiris halus
2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili hidup merah dipotong
1 biji cili hidup hijau dipotong
2 biji tomato dibelah empat
4 sudu besar sos cili
4 cawan air 
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar hingga sedikit layu.
2.Masukkan pula bawang putih,halia dan gorengkan ayam seketika.
3.Air dimasukkan dan dibiarkan sehingga mendidih.
4.Masukkan sos cili,cili merah,cili hijau dan tomato.
5.Setelah kuah hampir pekat masukkan garam secukup rasa.
6.Siap untuk dihidang.


Resepi Berbuka Puasa : Sup Ekor

Bahan-bahan
300gm bahagian ekor lembu
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
Rempah ratus bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis secukupnya
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk jintan manis dan jintan putih
Bahan perasa
Sedikit lada putih
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Bahan Dikisar
100gm bawang besar
20gm bawang putih
1 inci halia
1 batang serai dititik

Cara Penyediaan
1.Rebus ekor lembu yang telah dipotong hingga lembut.
2.Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah ratus tadi hingga naik bau.
3.Masukkan serbuk ketumbar,jintan manis serta jintan putih.
4.Kemudian masukkan ekor lembu bersama air rebusannya dan biarkan hingga mendidih.
5.Setelah itu,masukkan serbuk lada putih dan bahan perasa.
6.Akhir sekali,masukkan ubi kentang serta lobak dan boleh dihias dengan daun sup dan daun bawang.
7.Sedia untuk dihidang.

Resepi Berbuka Puasa : Ayam Masak Sambal

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut citarasa masing-masing
4 biji bawang besar dikisar
8 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
4-5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar dimayang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar sos tomato dan 3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ayam

Cara Penyediaan
1.Ayam yang dipotong kecil digaul dengan serbuk kunyit serta garam dan digoreng hingga separa masak.
2.Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan minyak berlainan dalam kuali.
4.Masukkan bahan yang dikisar serta serai dan tumiskan sehingga wangi.
5.Kemudian,masukkan pula cili kisar dan tumiskan lagi sehingga cili betul2 masak dan naik minyak.
6.Seterusnya,masukkan pula sedikit air, sos tomato, sos cili, garam serta gula.
7.Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng.
8.Sedia untuk dihidang.




Penapis Air Berkualiti Serendah RM500 Sahaja???

Topik hari ini ialah sejauh mana kesahihan penapis air yang berkualiti dengan hanya menelan kos di bawah RM500.Kalau jadi ahli harga lebih murah dari itu.Betul ke? Jawapannya YA.

Penapis Air Shaklee iaitu Get Clean® Water Pitcher Shaklee adalah penapis air yang di datangkan dalam bentuk jag air (rujuk gambar bawah ) yang sangat praktikal dan sesuai di bawah ke mana-mana.Tanpa penggunaan elektrik dan tidak memerlukan sebarang pemasangan tangki air di rumah.JIMAT TAK???
Apa istimewanya jag air ini?Ia mampu menuras anggaran 303 liter bersamaan 80 gelen air air yang sudah dituras tidak perlu dimasak boleh terus diminum.
On the go bermakna ia mudah dibawa ke mana sahaja.Tidak memerlukan pemasangan elektrik dan tangki air rumah.Air yang sudah di tapis ternyata selamat.

Ia tak memerlukan penyelenggaraan yang rumit dan menelan belanja.Sampai ke bacaan meter yang tertera di bahagian atas jag,tukarkan filter dan ia dapat digunakan semula.Mudah bukan?


PERBEZAAN SHAKLEE
SELAMAT: Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air.Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol.Dengan hanya berapa sen seliter sahaja,Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama,di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa.Dan lagi,setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Aku sendiri telah menggunakan jag air ini hampir 4 bulan dan setakat ini keputusan yang sangat memuaskan walaupun kadang kala ada yang berbisik suruh tukar kepada jenama lain yang menelan belanja ribu ringgit.Pilihan aku tetap bersama Get Clean Water Pitcher Shaklee yang mana alah membeli memang memakai.Bagaimana pilihan anda???

Berminat untuk mendapatkan 
Get Clean® Water Pitcher Shaklee ini dengan harga yang lebih murah?Daftarlah sebagai ahli ini dan dapatkan penjimatan hebat!Klik link ini Get Clean Water Shaklee untuk membuat belian.

Puan Nurul Aishah
Call/Mesej/WhatsApp 010-8126582


Ahad, 22 Jun 2014

Anak OKU Dijumpai Dalam Keadaan Amat Menyedihkan!!!

Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ini wajah kanak-kanak OKU sebelum terabai.Kenapalah ibumu sanggup mengabaikanmu sebegitu rupa sedangkan sebelum ini kau dijaga dengan baik?Allah telah mendengar doamu wahai anak.InsyaAllah,dirimu akan dijaga dengan lebih baik selepas ini.
Peringatan buat ibu bapa di luar sana,jangan lakukan penganiayaan sebegini kepada anak-anak anda tak kiralah sama ada anak-anak anda sempurna ataupun OKU..Anak-anak adalah amanah dari Allah..Jagalah dengan sebaiknya.