Welcome Blog

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada Sat, Apr 5, 2025 08:13:34 PM
Anda pernah singgah di blog Aishukri sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya..(^_^)

Selasa, 24 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Pucuk Ubi Masak Tempoyak

Bahan-bahan
1/2kg tempoyak
500ml santan
1 cekak pucuk ubi kayu
1 ikat daun mengkudu
1 ikat daun kaduk
5 helai daun kunyit
4 batang serai
Garam secukup rasa

Bahan Dikisar
2 inci kunyit hidup
20 biji cili api (Ikut tahap kepedasan masing-masing)

Cara Penyediaan
1.Masukkan kunyit,cili api,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air.
2.Didihkan dan kacau perlahan lahan.
3.Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus pucuk ubi kayu,daun mengkudu,daun kaduk,daun kunyit dan serai lalu kacau hingga mendidih.
4.Masukkan garam secukupnya.
5.Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan