Welcome Blog


Rabu, 31 Oktober 2012

Akhirnya Madiihah Dihantar Ke Rumah Pengasuh..=(

Setelah melahirkan Madiihah,aku bercuti bersalin selama 3 bulan..Satu tempoh yang lama walaupun sebenarnya pantas masa berlalu..Sepanjang aku bercuti,selalu aku terbaca tentang kematian bayi akibat tersedak susu dan penderaan bayi..Ini membuatkan aku dan suami bersetuju untuk bergilir-gilir menjaga Madiihah selepas tamat tempoh cuti bersalinku..Di tempat kami amat sukar untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga bayi yang ibu bapanya bekerja waktu syif yang melibatkan waktu malam..

2 bulan setelah kami bergilir-gilir menjaga Madiihah,kesihatan suamiku tidak mengizinkan kami terus menjaga Madiihah..Kami berdua bekerja syif berlainan kumpulan..Ketika aku bekerja,suamiku bercuti begitulah sebaliknya..Madiihah sangat susah untuk minum susu menggunakan botol..Ini agak menyukarkan untuk suamiku..Jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga Madiihah selama 4 bulan..


Selasa, 16 Oktober 2012

Alahan Makanan Madiihah..=(

Pada suatu petang,aku memasak cucur ikan bilis untuk dimakan bersama suamiku..Madiihah yang beberapa hari tidak berselera untuk makan kerana baru tumbuh gigi menunjukkan minat untuk makan..Lalu aku mencicipkan sedikit cucur ikan bilis itu untuk Madiihah..
Alahan menyebabkan badan dan muka jadi merah..=(
Agak banyak juga cucur ikan bilis yang aku cicipkan Madiihah makan..Setelah beberapa lama selepas makan,badan Madiihah mula timbul sesuatu yang kemerah-merahan..Kami menyangkakan pada mulanya mungkin disebabkan kepanasan tetapi apabila semakin lama semakin banyak,kami terus membawa Madiihah ke klinik swasta..

Ahad, 30 September 2012

Honeymoon Bersama Madiihah..=)

Akhirnya setelah hampir setahun lebih usia perkahwinan aku dan suami,kami akan berbulan madu..Bunyi macam lucukan sebab pasangan lain berbulan madu sejurus selepas selesai majlis perkahwinan tetapi kami setelah mempunyai anak..Bukan kerana kekurangan bajet tetapi kesempitan masa..

Selesai majlis perkahwinan,"bestfriend" aku datang membuat lawatan seperti biasa..Maka,cuti kami disingkatkan dan kami kembali ke rumah kami di Johor Bahru..Aku kalau "bestfriend" ini datang memang senggugut dan tidak akan berada dalam keadaan yang terbaik untuk membuat sebarang aktiviti..

Setelah dua bulan perkahwinan kami,aku disahkan hamil..Memandangkan banyak cuti telah diambil untuk urusan perkahwinan maka cuti yang ada dimanfaatkan untuk pemeriksaan bulanan ibu hamil setiap bulan..Bersalin juga memerlukan bajet yang banyak dari segi membeli kelengkapan bayi dan untuk ibu berpantang..

Peluang yang datang jangan disia-siakan walaupun bulan madu kami akan disertai anak kami..Destinasi bulan madu yang suami aku pilih ialah di Pantai Puteri Melaka..Apa yang menarik penginapan yang berdepan dengan pemandangan pantai membuatkan suasana sungguh cantik dan romantis..

Isnin, 17 September 2012

Ibu Muda Tergamak Mencampak Bayi Dari Tingkat 3..=(

Kenapalah masih lagi terjadi perbuatan kejam sebegini?Sayu hati melihat bayi kecil tak berdosa diperlakukan sebegini rupa oleh ibunya sendiri..Semoga Allah mengampuni dosa anda wahai ibu durjana dan semoga anak yang anda bunuh itu masih sudi menunggu anda untuk masuk ke syurga kelak..=(

Tempat mayat bayi yang dicampak ibunya ditemui..=(

Isnin, 10 September 2012

Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Bayi Anda Selesema?

Selepas suami aku dijangkiti selesema dan batuk,Madiihah pula selesema..Kesian tengok mengalir hingusnya..Kami membawa  Madiihah berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian untuk Madiihah memandangkan Madiihah masih di bawah umur setahun..Dapatlah dua jenis ubat..Satu ubat cecair untuk dimakan dan satu ubat titik untuk dititkkan ke dalam hidung ketika Madiihah tidur untuk melancarkan pernafasannya..

Dua ubat untuk selesema Madiihah..=)
Setelah 7 bulan lebih usianya,inilah baru  pertama kali Madiihah mendapat selesema..Madiihah aktif seperti biasa cuma apabila tidur di waktu malam Madiihah kerap terjaga..Kalau kita orang dewasa pun merasa tidak selesa jika selesema apatah lagi bayi yang tidak mampu untuk memberitahu kita ketidakselesaannya melainkan melalui tangisan dan kelakuannya..Semoga cepat sembuh sayangku..

Bagi ibu bapa yang pertama kali menghadapi situasi seperti yang aku hadapi ini,artikel di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda..=)


Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Kemaafan Dari Hati..=)

Esok,InsyaAllah kita akan meraikan ketibaan 1 Syawal..Ramadhan yang penuh keberkatan akan meninggalkan kita..Semoga akan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun akan datang..Jika tahun lepas cabaran aku berpuasa ketika aku mengandung..Tahun ini pula cabaran aku untuk berpuasa dan menyusukan Madiihah..Syukur dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..

Disebabkan Madiihah yang suka sangat "menolong" ketika aku membuat kuih raya maka cuma sedikit sahaja yang dapat aku buat tahun ini berbanding tahun lepas..Ada sesetengah kuih raya yang lebih baik dan sedap jika kita yang buat sendiri..Mana taknya,semua bahan kalau boleh nak yang terbaik dan letak sebanyak yang boleh..


Rabu, 8 Ogos 2012

Sistem Baru Perangkap Had Laju..=)

Polis DiRaja Malaysia sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada sesuatu tempat tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhemah dan mengikut had laju yang telah ditetapkan..

Jalan raya bukanlah medan perlumbaan untuk menunjukkan kehebatan dan kelajuan kereta yang dimiliki..Juga bukan tempat untuk menunjukkan kehandalan dalam pemanduan..Jadi gunakan jalan raya dengan sebaiknya untuk sampai ke destinasi dengan selamat..

Perangkap had laju..=)
Sumber gambar daripada suratkhabar The Star

Ahad, 5 Ogos 2012

Suplemen Memberi Kekuatan Dan Kesihatan Ketika Berpantang..=)

Aku berkenalan dengan produk Shaklee ini semasa aku mencari-cari set ketika berpantang nanti..Aku memang kalau boleh nak elakkan dari makan jamu atau minum air akar kayu..Memanglah elok tetapi selama 2 minggu selepas bersalin ibu-ibu yang berpantang disyorkan untuk tidak mengambil sebarang jamu atau minum air akar kayu jika menyusukan anak kerana akan menyebabkan bayi kuning..

Setelah membuat perbandingan antara set-set ketika berpantang yang ada di pasaran,aku mengambil keputusan untuk mengambil suplemen Shaklee ketika berpantang nanti..Gabungan keempat-empat jenis suplemen ini dan khasiat yang terkandung di dalamnya dapat membantu pemulihan ketika bersalin..Memang moden style berpantang dengan suplemen saja..

Jumaat, 3 Ogos 2012

Homestay Cameron Highlands..=)

Assalamualaikum.
Kalau anda ingin mencari tempat penginapan untuk percutian di Cameron Highlands bersama keluarga,ada satu homestay yang aku cadangkan untuk anda menginap.Ini adalah homestay yang diuruskan oleh kakak aku.Pengalaman dan pendapat aku,aku memang cukup selesa menginap di sini.

Untuk keluarga atau kumpulan yang besar,amat sesuai untuk menginap di sini kerana homestay ini mempunyai 3 bilik tidur,2 bilik air dan ruang tamu yang luas.Tilam queen saiz dan 2 comforter juga ada disediakan seandainya bilik tidak mencukupi. Homestay ini juga menyediakan kemudahan dapur dan peralatan untuk memasak.


Khamis, 2 Ogos 2012

Kebaikan Mengurut Bayi..=)

Selepas Madiihah dilahirkan,aku mencari cara untuk melakukan urutan kepadanya..Urutan yang lengkap untuk satu badannya..Takkanlah nak panggil tukang urut urutkan baby pula setiap hari kan?Jadi aku cuba mencari cara-cara untuk mengurut Madiihah sendiri..

Banyak rupanya kebaikan yang kita dapat dengan mengurut bayi kita..Selalunya,aku mengurut Madiihah selepas Madiihah dimandikan..Makin lama memang semakin susah apabila baby makin membesar dan taknak duduk diam..Kalau baby anda menangis,tak perlulah diurut..

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita..

Selasa, 31 Julai 2012

Undang-Undang Ciptaan Manusia Paling Kejam!!!

IBU LAHIRKAN BAYI KEMBAR TUJUH KERAJAAN CHINA MAHU BUNUH 6 BAYI LAIN HANYA SEORANG DIBENARKAN HIDUP!!!

Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun telah melahirkan bayi kembar tujuh di China.Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.

“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

Khamis, 26 Julai 2012

Apa Yang Anda Lakukan Jika Bayi Anda Cirit Birit?

Seminggu yang lalu,Madiihah demam dan cirit birit..Sehari dekat 10 lampin Madiihah pakai sebab banyak kali cirit..Kesian Madiihah sampai merahlah bontot asyik cirit saja..Apabila bawa berjumpa dengan doktor,doktor kata Madiihah sihat saja mungkin aku yang salah makan apa-apa yang menyebabkan Madiihah begitu..

Doktor memberikan Madiihah air garam dan krim sapu untuk bontotnya..Walaupun Madiihah cirit birit atau demam,Madiihah tetap ceria cuma sedikit manja daripada biasa..Layankan saja sebab tahu yang Madiihah di dalam kesakitan..

Rabu, 25 Julai 2012

Cinta vs Suka

Kebanyakkan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit di dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka pasti mereka terdiam dan serba salah untuk menjawab..Tidak tahu mana satu jawapan yang tepat..

Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada rasa suka..Namun harus diingat,cinta dan suka adalah dua perasaan yang berbeza jika diteliti sedalamnya..Diakui ramai yang keliru dengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perasaan tersebut..Berikut perbezaan di antara cinta dan suka..

Kebaikan dan Keburukan Walker Bayi

Entry ini aku ambil dari Facebook..Ia sekadar untuk panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan yang ingin membeli dan memberi anak mereka menggunakan walker..

Ketepikan Walker..Biarkan Anak meniarap..
Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak..

Isnin, 23 Julai 2012

Isteri Yang Baik Sempurnakan Suami..=)

Apa yang seorang suami inginkan daripada seorang isteri?Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik..Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki..

Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita tetapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Jumaat, 20 Julai 2012

Bulan Julai Yang Bermakna..Part II..=)

Happy Birthday to me..Sudah 29 tahun umur aku tahun ini..Entry lepas cerita pasal celebrate birhtday suami aku..Kali ini sambut birthday aku pula..Madiihah pun dah berusia 6 bulan semasa hari lahirku..

Kad ucapan dan hadiah dari suami tersayang..=)
Semua yang aku hajatkan nampaknya semuanya sudah tercapai..Berkahwin, mempunyai anak dan mempunyai kerja yang tetap..Bagi aku,itu sudah membahagiakan aku..Menjalani kehidupan bersama dengan orang-orang yang aku sayangi..

Isnin, 16 Julai 2012

Kosong..Kosong..0 - 0..=)






30 Perkara Romantik Yang Harus Dilakukan

Benarkah apabila sudah berkahwin kita perlu menghentikan perkara-perkara romantik yang ingin dilakukan kerana merasakan tidak sesuai dan membuang masa bagi sesetengah orang..

Pada pendapat aku semakin lama usia sesuatu pekahwinan itu,semakin keraplah perkara-perkara romantik harus dilakukan untuk menghangatkan lagi perkahwinan tersebut..

Bagi mereka yang sudah berkahwin dan merasakan perlu ada suntikan baru untuk perkahwinan mereka supaya tidak jemu,mari kita lakukan perkara-perkara romantik berikut..=)

Khamis, 12 Julai 2012

Dayus Seorang Lelaki

Perkataan dayus ini selalu kita dengar apabila berlaku sesuatu antara suami isteri terutamanya apabila suami enggan menceraikan isterinya..Ada juga yang menggunakan istilah ini kepada lelaki yang belum berkahwin atau mempunyai anak..

Allah S.W.T berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang mengolok-olok dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olok wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olokkan lebih baik dari wanita yang mengolok-olok dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.."

Surah Al-Hujurat Ayat 11

Bertudung Tetapi Berbogel

Kalau sudah bertudung macam mana pula boleh nampak macam berbogel pula..Bagaimana yang dikatakan bertudung tetapi berbogel?Apa bezanya wanita yang bertudung tetapi berbogel ini dengan wanita yang tidak bertudung?

Keadaan ini sama seperti orang yang bersolat tetapi masuk neraka dengan orang yang tidak bersolat yang masuk neraka..Allah S.W.T telah menyediakan neraka Wail bagi mereka yang bersolat tetapi lalai serta alpa ketika mengejakan sembahyang. Juga neraka untuk orang Islam yang mengabaikan atau meninggalkan sembahyang.

Selasa, 10 Julai 2012

Terlanjur Belum Terlambat Untuk Bertaubat

Syukur bila melihat ada pihak-pihak yang prihatin dengan masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa..Semalam ada satu page dalam Facebook yang menarik minatku..Facebook Anak Angkat untuk dibela merupakan satu page yang diwujudkan dengan tujuan 

  • Menyalurkan maklumat jika ada bayi yang ingin diberikan
  • Untuk memberi peluang kepada ibu atau bapa yang ingin memelihara anak angkat
  • Tempat ibu-ibu mengandung menyerahkan bayinya kepada ibu bapa angkat
  • Tempat berinteraksi secara langsung pihak yang ingin memberi dan menerima
  • Mengelakkan bayi yang tidak berdosa dibuang di tempat yang tidak sepatutnya

Ahad, 8 Julai 2012

Sahabat Sejati Atau Musuh Dalam Selimut

Hidup di dunia ini memerlukan seseorang yang kita panggil kawan,teman,sahabat dan sebagainya..Bermula dari kita di lahirkan, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan tempat kita bekerja, kita akan berjumpa ramai orang dan ada antaranya menjadi kawan kita..Apa ciri-ciri yang anda perhatikan ketika memilih seorang kawan?

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

" Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.."

Bulan Julai Yang Bermakna..Part I..=)

Setiap tahun bulan Julai adalah bulan yang aku nantikan..Ia amat bermakna kerana ia adalah bulan aku dilahirkan..Bila berkenalan dengan suami aku,kami rupanya berkongsi hari lahir di bulan yang sama..Suamiku dilahirkan pada 9 Julai dan aku dilahirkan pada 19 Julai..

Walaupun 2 tahun perbezaan waktu kami dilahirkan,hari Selasa adalah hari kami dilahirkan..Kami juga berzodiak yang sama iaitu zodiak Cancer..Bulan Islam kami dilahirkan juga bulan yang sama iaitu bulan Syawal..

Jumaat, 6 Julai 2012

Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

Tamat belajar adalah masa untuk mencari kerja..Aku selepas tamat belajar,menganggur di rumah sambil memenuhi temuduga kerja kerajaan..Bukan tak cuba cari kerja lain sambil menunggu jawapan temuduga tetapi abah aku cakap dia mampu lagi setakat nak bagi aku makan..

Duduk di rumah aku menjaga anak-anak saudara aku..Bukan sepenuh masa tetapi bila anak-anak saudaraku ada yang balik sekolah atau yang balik dari nursery,aku akan menjaga mereka..Dapatlah juga upah walaupun tak sebanyak kerja di luar..

Khamis, 5 Julai 2012

Sambung Belajar..Apa Pilihan Anda???

Lepas belajar SPM,perkara utama yang kita fikirkan adalah untuk menyambung pengajian ataupun bekerja..Yang ingin menyambung pengajian akan memlilih sama ada untuk mengambil STPM, politeknik, IKM, IPTA atau IPTS..Aku selepas SPM memilih untuk meneruskan pengajian aku di Kolej Shahputra yang merupakan salah satu IPTS di negeri Pahang Darul Makmur..

Untuk pengajian pra diploma,cawangan kolej ini di Pekan..Untuk pengajian diploma,cawangan kolej ini di Kuantan..Seronok tempat belajar aku itu sebab berada di kawasan kampung walaupun Pekan adalah tempat kilang pengeluaran kereta EON..Masih banyak hutan berbanding bangunan..Suasana yang sesuai untuk belajar..

Kolej Shahputra cawangan di Pekan..=)

Rabu, 4 Julai 2012

Hukum Mengaibkan Orang..=)

Zaman sekarang ini janganlah cepat sangat menghukum orang hanya dengan melihat luarannya..Tengok sajalah di laman sosial..Gambar empunya profail tu sikit punya sopan,muka pun habis baiklah tapi dalam wall macam-macam ayat kesat keluar..

Kadang-kadang di wall orang lain pun terkeluar ayat-ayat kesat..Tak kiralah lelaki atau wanita tetapi bila wanita buat benda macam ini,lagilah sepuluh kali ganda teruk..Aku pernah ada pengalaman kena kata-kata kesat ini walaupun hanya di laman sosial..Yang penting aku tak membalas kerana buat apa nak memalukan diri sedangkan ada medium yang lebih baik dari saling maki memaki untuk tatapan orang ramai..

Selasa, 3 Julai 2012

Apabila nikmat ditarik sementara..=(

Sudah masuk hari ketiga alergi jari tengah tangan aku ini..Bermula dengan gatal,air bisa pecah dan merebak..Aku sudah menyapu ubat yang biasa aku gunakan apabila terjadi begini tapi kali ini bukan makin baik tapi makin teruk..

Siap bernanah lagi..Kesakitan di jariku menyebabkan aku demam dan sakit tekak..Bertimpa-timpa sakit yang datang..Nasib baiklah aku dah bercuti panjang..Kalau tak,susah juga nak bekerja dengan keadaan jariku yang sakit..

Ahad, 1 Julai 2012

Bedung Bayi..=)


Lazimnya bayi yang baru lahir pasti akan dibedung. Ia salah satu teknik membungkus bayi menggunakan kain yang lebar dan agak luas.


Nyenyaknya tidur bila dibedung..=)


Di sebabkan Madiihah seminggu berada di hospital dan kebanyakkan masanya Madiihah tidak dibedung,bila balik ke rumah,memanglah susah untuk membedung Madiihah..Sekuat-kuat bedung pun akan terkeluar kaki dan tangannya..Memberontak Madiihah tiap kali dibedung..
Akhirnya,memang Madiihah tidak berbedung dari usianya seminggu lebih sampai sekarang..Memang keraplah Madiihah terjaga sebab terkejut tapi dari Madiihah menangis sebab dibedung lebih baik Madiihah tidak dibedung..

Jodoh Ketentuan Atau Pencarian???

Apabila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, kenapa akan ada pihak yang menyalahkan dan memburuk-burukkan pihak lain? Kenapa tidak muhasabah diri sendiri kenapa terjadinya perpisahan itu? Janganlah membuka aib masing-masing dengan bercerita sebelah pihak tanpa sebelah pihak dapat membela apa yang diceritakan..

Sabtu, 30 Jun 2012

Peringkat-peringkat Kelahiran..=)

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat
  • Peringkat pertama bermula dengan bukaan serviks dari 1 cm  hingga 10 cm
  • Peringkat kedua ialah kelahiran bayi
  • Peringkat ketiga kelahiran uri dari rahim

Saat-saat melahirkan anakku..=)

Perjuangan untuk melahirkan anakku bermula..=)

Pukul 4 pagi aku dikejutkan nurse untuk melakukan pemeriksaan degupan jantung kandunganku..Sepanjang malam aku tidak dapat tidur..Bukan disebabkan memikirkan selepas proses memasukkan ubat yang bakal menyakitkan tetapi mungkin kerana berubah tempat tidur dan kerana melihat bakal-bakal ibu yang berjalan ke sana ke sini menahan kesakitan..

Selepas pemeriksaan kadar degupan jantung kandunganku normal,aku bersedia di depan pintu bilik untuk memasukkan ubat..Doktor bertugas yang melakukan pemeriksaan mengatakan bahawa jalanku sudah terbuka 4 cm..Alhamdulillah..Tak perlulah aku melalui proses memasukkan ubat ini..Aku diminta datang semula pada pukul 6 pagi untuk memecahkan air ketuban kerana bilik bersalin belum lagi bersedia untuk beroperasi..

Jumaat, 29 Jun 2012

Cara-cara & perkara sunat dalam menyambut kelahiran bayi mengikut Islam..=)

Alhamdulillah..Hari ini abang kedua dan kakak iparku mendapat anak ketujuh mereka..Anak perempuan yang lama dinantikan..Sebelum ini,anak mereka lima lelaki dan seorang perempuan..Ini menjadikan jumlah anak saudara aku 15 orang..7 lelaki dan 8 perempuan..

Bagi yang menantikan kelahiran cahayamata,artikel di bawah mungkin membantu anda bagaimana cara-cara dan perkara sunat dalam menyambut bayi mengikut Islam..Ini artikel yang dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise. Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

13 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin..=)

Ramadhan akan bermula tak sampai sebulan lagi..Alhamdulillah,aku tak perlu menggantikan puasa pada tahun lepas..Puasa penuh ketika mengandung..Nasib baik baby pun memberikan kerjasama walaupun letih berpuasa dan bekerja,aku berjaya berpuasa penuh Ramadhan tahun lepas..Cabaran tahun ini kerana aku menyusukan Madiihah..Sebolehnya aku ingin berpuasa penuh kerana bila 'bestfriend' aku dah datang melawat,dah tak dapat aku berpuasa penuh..

Bermulanya puasa Madiihah akan genap usianya 6 bulan..Bermakna sudah boleh diberikan makanan pejal kepadanya..Sekarang pun aku dah cuba-cuba memberi makanan pejal..Alhamdulillah,Madiihah makan juga walaupun lebih banyak minum susu badan..Bolehlah diberi makan antara waktu berpuasa..Nak kena aturkan masa yang sesuai untuk Madiihah menyusu dan makan..Jom kita baca tips untuk ibu-ibu yang dah bersalin dan ingin mula berpuasa..=)

Khamis, 28 Jun 2012

Buaian vs Baby Cot..=)

Kenapa aku tidak mahu membeli buaian untuk menidurkan Madiihah? Walaupun akan menyenangkan aku dan suami tetapi bila memikirkan apabila balik kampung atau berjalan-jalan Madiihah mungkin susah untuk ditidurkan tanpa buaian, kami mengambil keputusan tidak mahu menggunakan buaian untuk tidurkan Madiihah..

Selalunya, kami hanya menepuk Madiihah perlahan-lahan dalam pelukan kami sehinggalah Madiihah tertidur..Artikel di bawah menguatkan lagi keputusan kami untuk membeli baby cot daripada membeli buaian untuk Madiihah tidur..

6 Perkara yang patut dihindari di akhir kehamilan..=)

Semakin menghampiri tarikh untuk melahirkan,semakin banyak pula kerja yang perlu diselesaikan bagi bakal-bakal ibu yang bekerja..Disebabkan tekanan kerja atau rehat yang tidak mencukupi menyebabkan kadang-kadang kita akan mengalami kesakitan sama ada kesakitan dalaman atau luaran..

Bagi bakal-bakal ibu yang tidak bekerja pun tidak terkecuali..Ada saja yang perlu dilakukan bagi memastikan ketika berpantang semuanya dalam keadaan yang baik sebelum badan kembali sihat dan kuat untuk menguruskan rumahtangga dan anak..Berikut adalah enam perkara yang patut dihindari di akhir kehamilan..


Isnin, 25 Jun 2012

Aku taknak makan organ dalaman haiwan lagi!!!


Kita diajar dalam buku matapelajaran Biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ini) bahawa kalau ingin mendapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia.

Tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad S.A.W ?

Madiihah & Botol-Botolnya..=)

Assalamualaikum.
Madiihah dah 5 bulan 20 Jun ini..Seminggu ni asyik taknak menyusu bila tinggal dengan abahnya..Kalau minum pun,sikit sangat..Nasib baik aku boleh balik semasa waktu rehat dan susukan Madiihah tapi kesian kat abahnya lah..Bila taknak minum susu,lapar jadi nak meragamlah..Asyik berdukung saja..

Kenapalah taknak minum susu anak ma ni?Botolnya ke,putingnya ke atau susunya yang Madiihah jadi taknak minum susu walaupun lapar?Risau juga walaupun lepas ini aku bercuti panjang untuk menjaga Madiihah..

Jumaat, 22 Jun 2012

Tanda-tanda jantina anak yang dikandung..=)

Sudah beberapa kali scan dilakukan,setiap kali itulah anakku tidak berada di posisi yang membolehkan doktor untuk mengetahui jantinanya..Jenuh juga nak menjawab tiap kali orang bertanya tentang jantina anakku..

Disebabkan secara teknologi kami tidak mengetahui jantina anak kami yang bakal dilahirkan,aku cuba mencari artikel-artikel tentang tanda-tanda jantina anak yang dikandung..Tak semua tanda itu semestinya tepat untuk dipercayai tetapi hanya sekadar suka-suka untuk mengetahui..

Boboy ke Gegirl???

Bila mengandung saja,antara soalan favourite yang akan ditanya
  • Dah berapa bulan mengandung?
  • Dah scan ke belum?
  • Lelaki ke perempuan?
Kita pun akan menjawab soalan tersebut dengan pasti cuma soalan ketiga tu yang kadang-kadang tak berapa pasti..Sesetengah ibu bapa dapat melihat jantina baby yang bakal dilahirkan itu dengan sekali scan sahaja dan ada sesetengah ibu bapa yang tidak dapat melihat jantina baby mereka sehinggalah dilahirkan..Ada juga yang memang nak buat kejutan tanpa mahu mengetahui jantina baby mereka..

Hamil & Puasa dengan lebih selesa..=)

Bulan puasa bakal menguji bakal-bakal ibu yang sedang hamil..Bagi yang mampu untuk berpuasa,inilah masanya untuk berpuasa dan beribadat sepenuhnya tetapi bagi yang tidak mampu kerana khuatir akan memberi kesan kepada kandungan,diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa tetapi jangan lupa untuk mengganti puasa..

Aku sangat gembira kerana mampu berpuasa penuh ketika aku hamil..Semasa bulan puasa,pastikan anda bangun bersahur dan berbuka jika anda ingin berpuasa..Banyakkan bersabar kerana wanita yang hamil dan berpuasa lebih penat berbanding wanita yang tidak..

Artikel di bawah ini aku kongsikan bersama untuk memberikan idea bagi bakal-bakal ibu untuk berpuasa dengan lebih selesa..

Khamis, 21 Jun 2012

Home Made..=)

Mula-mula tu bukan nak buat pizza pun..Beli keju sebab nak buat roti pizza yang resepinya diambil dari MyResepi.com..Pada plastik keju tu ada resepi untuk buat doh pizza..Keju pun ada lebih lagi..Maka bermulalah aktiviti membuat pizza..Uli guna tangan je..

First time buat home made pizza tak sangka menjadi..Dengan modal separuh dari nilai kalau beli pizza yang dah siap,boleh dapat dua pizza..Memang puaslah makan..Resepi untuk doh pizza ini di ambil dari plastik keju Perfect Italiano..Boleh dapat dua pizza saiz medium..

Keju yang aku guna ialah Perfect Italiano campuran cheddar,mozarella dan parmesan..Aku sertakan sekali resepi untuk roti pizza..Selamat mencuba..=)

Doa-doa berkaitan anak..=)

Ada banyak doa berkaitan anak..Aku cuba kumpulkan doa-doa untuk mereka yang masih belum mempunyai anak,yang ingin menambah bilangan anak dan yang ingin hamil anak kembar..Yang penting,kita kena berusaha..Jangan putus asa..

Kalau suami atau isteri tiada apa-apa masalah untuk mendapatkan anak,mungkin belum rezeki untuk anda menimang cahayamata..Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu pada masa yang sesuai dan Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya..InsyaAllah..=)

Rabu, 20 Jun 2012

Berpuasa ketika hamil..=)

Aku berpuasa penuh pada bulan Ramadhan tahun lepas..Alhamdulillah,aku tidak mengalami sebarang kesulitan sepanjang berpuasa walaupun mengandung..Aku pastikan akan bangun makan sahur dan dihujung waktu bersahur aku akan makan kurma beberapa biji dan air masak..

Aku memastikan mendapat rehat secukupnya walaupun aku bekerja syif tetapi itu bukan bermakna perlu tidur sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa..Kadang-kadang kalau aku dan suami tidak ke bazar Ramadhan,aku akan memasak untuk berbuka dan melebihkan lauk untuk bersahur..

InsyaAllah,kita yang mengandung kadang-kadang lebih kuat bila berpuasa dari yang tidak..=)

Selasa, 19 Jun 2012

Honeymoon mood..=)

Kelam kabut juga untuk buat kejutan pada suami..Tukar cadar baru,cadar sama yang kami beli untuk bilik hari kenduri sebelah perempuan..Cukup setahun dah usia cadar ni digunakan sama seperti usia perkahwinan kami..

Bunga hidup itu ditempah dari kakakku yang tinggal di Cameron Highlands..Sempat sampai walaupun ada beberapa kuntum yang dah layu..Nasib baik baby tidur lama masa aku mengemas bilik tidurku..Tercapai juga cita-cita nak jadikan bilik tidur kami secantik ini dengan hiasan bunga mawar segar..

Senarai Semak Keperluan Sebelum Bersalin Di Hospital

Isnin, 18 Jun 2012

Madiihah dan jari kakinya..=)

Dua tiga hari ni asyik tinggal sebelah saja stokin kaki Madiihah..Nak kata longgar ok lagi stokin kaki yang dipakainya tu..Memang mendatangkan kehairanan terutama apabila bangun pagi..Hilang kedua-dua stokin kakinya..Persoalan terjawab apabila melihat Madiihah yang tarik sendiri stokin kakinya tu dengan tangan..Dah sampai rupanya tangan ke kaki tapi bila dah tahap masukkan stokin dalam mulut,dah tak boleh bagi pakai stokin kaki biasalah nampaknya..

Tak sampai seminit stokin kaki dibuka,dengan pantas Madiihah memasukkan kakinya ke dalam mulut..Terdiam kami suami isteri dan kemudian ketawa..Orang tua-tua kata bila baby dah masukkan kaki ke mulut maksudnya tak lama lagi nak dapat anak lagi..Betul ke?Nak kena buat research ni..Risau juga dengan 'bestfriend' tak datang lagi untuk bulan ini..=)

Madiihah dan jari tangannya..=)

Rasanya dari umur 2 bulan, Madiihah dah mula menghisap semua jarinya tetapi disebabkan masih kecil,kami memakaikan sarung tangannya..Akibatnya,sarung tangan itu akan basah dengan dasyatnya..Kalau tak dipakaikan sarung tangan, Madiihah akan menghisap semua jarinya hingga kecut dan kalau kukunya tak sempat dipotong,mukanya akan penuh dengan cakaran..Lagi kesian..

Usia 3 bulan baru kami tidak memakaikan sarung tangan kepada Madiihah dan akan pastikan yang kukunya sentiasa pendek..Memang seronok Madiihah dapat menikmati jari-jarinya itu tanpa halangan..Kalau boleh dua-dua tangan nak dimasukkan ke dalam mulut kecilnya itu..Huhu..Mesti ramai ibu bapa yang mengalami keadaan inikan..

12 tips yang boleh dilakukan untuk mengelakkan loya

Perkara yang tidak dapat dielakkan ketika mengandung badalah loya dan alahan..Cuma sesetengah wanita hamil yang terlepas dari seksaan ini..Mana taknya,bila makan saja mesti keluar balik semua yang dimakan..Bagi yang tak berselera pula,sampai muntah keluar air dari perut saja..

Punyalah seksa tengok kawan-kawan sekerja yang mengandung mengalami keadaan sebegini..Aku tidak mengalami loya ini cuma 3 bulan pertama tak lalu makan..Cara aku mengelakkan loya ialah dengan memakan gula-gula berangin dan akan pastikan perut tidak kosong..

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan loya anda juga boleh:

10 tanda penting kehamilan..=)

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil tidak lama selepas persenyawaan tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan.

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

Rabu, 13 Jun 2012

Pembuangan Bayi..=(

Semoga Allah membuka hati kita semua..

Kalau ada berita pasal kes pembuangan bayi ini,hati memang terasa sebak dan sedih..Sedih melihat manusia yang hilang akal dan membuat tindakan yang dasyat hanya kerana malu..Sayu hati ini apabila melihat di mana-mana bayi kecil dibuang tanpa belas kasihan..Terasa disiat-siat hati ini..

Di kala ramai yang masih menunggu bertahun-tahun,berusaha tanpa jemu dengan pelbagai cara untuk mendapatkan seorang cahaya mata,masih ada yang sesuka hati membuang anugerah yang tidak ternilai kurniaanNya malah lebih teruk membunuh bayi itu..

Cuba lihat ibu-ibu yang tetap tabah memelihara anak mereka walaupun anak mereka tidak sempurna seperti orang lain dan hanya mengharapkan bantuan orang lain untuk menjalani kehidupan seharian..Andai anak yang anda tidak inginkan itu dilahirkan sempurna,adalah satu kerugian buat anda..

KPSL..=)

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

Mugkin anda tertanya-tanya apakah itu Kenaikan Pangkat Secara Lantikan atau secara ringkasnya KPSL.. Sebenarnya, Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah merupakan kenaikan pangkat dari skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan..

Maksudnya dari jawatan sekarang boleh dilantik ke jawatan yang lebih tinggi tanpa perlu meletakkan jawatan yang lama..
Selama 3 hari berturut-turut peperiksaan KPSL ini dijalankan..KPSL ini sedikit mencabar kerana semuanya dalam subjektif..Walaupun semua bahan bacaan dan rujukan boleh dibawa masuk ketika peperiksaan namun tak semua orang mempunyai kepantasan menulis yang sama..

Masa yang diberikan kadang-kadang tidak mencukupi walaupun dua jam untuk bahagian satu dan dua jam setengah untuk bahagian dua dan bahagian tiga..

Alhamdulillah,ini kali pertama aku dan suami mengambil KPSL ini..Ada rezeki dapatlah naik pangkat bersama-sama..Lulus KPSL ini dulu,kemudian akan dipanggil untuk temuduga jika terdapat kekosongan dan barulah dinaikkan pangkat..Kalau gagal,cuba lagi tahun depan..Nak kena tajamkan skil menulis dengan pantas ni..Hehehe..

Ahad, 10 Jun 2012

Terima Kasih Cinta..=)

Assalamualaikum.
Hampir sebulan suami aku bergilir-gilir dengan aku menjaga Madiihah.Pada hari pertama,Madiihah banyak meragam,menangis dan hanya mahu didukung abahnya.Mungkin kerana tiap kali keluar berjalan-jalan,abahnya yang akan mendukung Madiihah.Sudah terbiasa agaknya.Kesian suamiku terpaksa bersabar dengan kerenah Madiihah.Aku pula tak tenang ketika bekerja.

Selepas beberapa hari, Madiihah sudah dapat membiasakan diri dijaga abahnya.Bangga melihat suami dapat menjaga anak kami sebaik aku.Dari memandikan,menyalin lampin,menyusukan hinggalah mendodoikan,suami aku dapat melakukannya tanpa bantuanku.Lega rasanya.

Kejutan Untuk Suami Tercinta..=)

Hadiah ulangtahun perkahwinan pertama untuk suamiku..

Sedar tak sedar sudah setahun usia perkahwinan kami..Rasa macam baru semalam berkenalan, bercinta, bertunang dan bernikah..Rancangan sudah seminggu aku fikirkan sebelum membuat suprise untuk suami..

Kebetulan suami bekerja dan aku masih lagi cuti bersalin,jadi rancangan berjalan dengan jayanya..Tercari-cari juga apa yang sesuai untuk hadiah ulangtahun pertama ini..Akhirnya terjumpa sesuatu yang begitu manis dan istimewa..


Raya Di Perantauan..=)

Jamuan Hari Raya..=)

Jiran sebelah rumah buat rumah terbuka pada hari raya dan menjemput kawan-kawan tempat kerja yang sama dengan kami..Disebabkan kami tidak balik kampung dan majlis akan dihadiri ramai orang,kami juga mengadakan rumah terbuka supaya kawan-kawan dapat lepak di rumah kami jika rumah jiran kami itu penuh..

Aku bercadang memasak masakan berasaskan sup..Masakan yang simple tetapi mengenyangkan..Maka terhasillah bihun sup utara dan mee soto..Beza bihun sup utara ini pada warnanya dan sambal merahnya..Kuah pula perlulah berasaskan tulang lembu..

Syawal di perantauan..=)

Sebulan sudah berlalu..Ramadhan yang penuh keberkatan telah meninggalkan kita..Semoga kita dapat lagi bertemu Ramadhan seterusnya..Ini tahun keempat aku beraya di perantauan kerana tidak dapat cuti Hari Raya..Selalunya beraya bersama kawan-kawan tapi tahun ini aku merayakannya dengan suami tersayang..

Disebabkan inlah kali pertama aku beraya bersama suami,aku begitu teruja untuk menyediakan juadah untuk Hari Raya..Kuih raya pun semuanya aku buat sendiri..Penat tu tak terasa kerana puas dapat menikmati hidangan dan kuih raya sendiri..

Ramadhan Al-Mubarak..=)

Tahun ini aku pertama kali berpuasa bersama suami..Dengan keadaanku yang bekerja dan mengandung,penatnya lebih dari mereka yang tidak mengandung tetapi aku mampu mencukupkan puasa ku pada tahun ini..Rezeki buatku..Kandunganku juga tak memberi masalah padaku seolah-olah dia juga berpuasa bersamaku..

Dulu semasa bujang,kalau makan sahur biskut dengan air milo pun dah cukup tetapi bila dah bersuami takkanlah nak bersahur tu sajakan walaupun suamiku tidak mahu memenatkanku..Selepas berbuka setiap malam,sama ada kami akan membeli lauk untuk bersahur ataupun aku akan masak siap-siap sebelum kami tidur..Sahur cuma bangun panaskan nasi dan lauk saja..Bersahur inilah yang akan memberikan kita tenaga untuk berpuasa sepanjang hari..Sunat dilewat-lewatkan tapi taklah sampai 5 minit nak azan Subuh baru makan..Hehehe..

Masa bulan puasa ni lah nak beli macam-macam bila ke bazar Ramadhan..Masa ni jugalah mencabar diriku kerana teringin sangat nak minum air tebu tetapi kerana sifatnya yang tajam,tidak digalakkan ibu yang baru mengandung minum air tebu takut akan memberikan kesan kepada kandungan..Maka setiap kali ke bazar terpaksalah menahan keinginan itu..=(



Set Tilam Bayi..=)

Assalamualaikum.
Teruja apabila pergi pasaraya bahagian bayi..Hajat dihati memang nak beli katil bayi tetapi bila tanya pendapat kawan-kawan masa awal-awal adalah lebih baik bayi tidur dengan kita,aku tangguhkan dulu hasrat itu..
Maka pencarian set tilam untuk bayi pun bermula..Salah satu yang menarik minatku adalah set tilam bayi dari website ini..http://www.kedaiminikelantan.blogspot.com/ yang menawarkan beberapa set yang menarik untuk dipilih sama ada yang sudah siap dijahit atau tempahan menggunakan kain sendiri..

Berpantang Secara Tradisional Atau Moden?

Assalamualaikum.
22 Januari 2012,aku dibenarkan pulang tetapi anakku ditahan di wad kerana ada masalah dengan pernafasannya.Bermulalah rutinku berpantang 44 hari.Mak mertua dan ayah mertuaku datang dari Selangor untuk menjaga aku ketika berpantang selama 2 minggu.

Aku yang mengambil keputusan untuk melahirkan anak di Johor kerana kalau aku balik kampungku di Perlis tiada sesiapa yang dapat menjaga aku kerana arwah makku telah meninggal pada tahun 1999.Jika berpantang di rumah mertua,aku tak sanggup nak berjauhan dengan suamiku.Syukur aku mengambil tindakan yang betul kerana aku lebih cepat sihat kerana berdekatan dengan suami.

Sabtu, 9 Jun 2012

Tentang Diriku..=)

Assalamualaikum.
Namaku bermaksud cahaya kehidupan.Aishah bersempena nama arwah nenekku yang berketurunan cina siam.Lahir pada 19 Julai 1983 bersamaan 9 Syawal 1423H.

Merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik.Ada tiga orang abang,seorang kakak,seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.Kiranya aku lengkap merasa semua kasih sayang.

Hobiku bermain catur.Saat paling indah ketika menjadi Johan Bawah 15 Tahun Perempuan peringkat negeri Perlis dan pernah mewakili negeri Perlis dua tahun berturut-turut ke negeri Pahang Darul Makmur dan Selangor Darul Ehsan.Ironinya,aku menyambung pengajianku selepas SPM di Kolej Shahputra di negeri Pahang dan berkahwin dengan suamiku yang berasal dari Selangor.

Jumaat, 8 Jun 2012

Pengasuh, Nursery, Keluarga atau Jaga Sendiri???

Assalamualaikum.
28 April 2012,tamat sudah cuti bersalin aku.Ini bermakna aku terpaksa meninggalkan Madiihah tersayang untuk bekerja.Ketika berpantang perkara paling merisaukan aku dan suami adalah memikirkan siapa yang sesuai untuk menjaga anak kami.

Dengan kes-kes bayi mati tersedak susu atau kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak atau di rumah pengasuh,membuatkan kami berfikir banyak kali untuk menghantar Madiihah kepada orang lain untuk dijaga ketika kami bekerja.Keputusan harus dibuat.

Isnin, 27 Februari 2012

Penantian Istimewa

Annur Madiihah
Tarikh bersalin semakin hampir tapi kami masih tidak dapat mencari nama yang sesuai untuk anak kami jika anak kami adalah perempuan.Semua nama yang dicari tidak menepati apa yang kami mahukan.Bukanlah kami nak menamakan anak kami dengan nama-nama yang tak pernah didengar orang tetapi biarlah nama itu mudah untuk dipanggil dan maknanya pun baik.

Kami tidak mahu meletakkan nama yang panjang tetapi bila dipanggil begitu singkat hingga hilang makna nama sebenarnya.Lebih teruk tidak kedengaran langsung nama asalnya.Bagaimana kita ingin mendoakan anak kita dengan panggilannya jika nama sebenarnya tidak dipanggil?

Anakku Sayang

7 Hari Berjauhan Dari Anakku.
Selepas 2 jam,baru aku dapat melihat anakku semula.Baru saja aku mahu menyusukan,nurse meminta aku melakukannya di wad nanti.Aku akur walaupun melihat anakku seperti sudah lapar dan mula menangi.Terfikir apalah salahnya kalau biarkan saja aku menyusu anakku itu.

Rupa-rupanya,suamiku tidak diberitahu bahawa aku sudah selamat melahirkan anak kami.Nurse memberitahu bahawa mereka cuba menghubungi suamiku melalui telefon bimbitnya tetapi tidak dapat dihubungi mungkin kerana masalah network.Kesian suamiku tertunggu-tunggu di luar bilik bersalin.

Proses Induced untuk bersalin

Assalamualaikum.
Setelah melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan, tekanan darahku 130/80.Doktor telah menghubungi hospital bertanyakan sama ada aku perlu dimasukkan ke hospital ataupun tidak.Mujur,doktor membenarkan aku pulang.

Disebabkan aku bercuti hari itu,aku singgah membeli makanan tengah hari untuk makan bersama suamiku yang sedang bekerja.Baru saja mula nak makan,aku menerima panggilan yang meminta aku kembali ke klinik kesihatan semula untuk dimasukkan ke hospital.