Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2012

Saat-saat melahirkan anakku..=)

Perjuangan untuk melahirkan anakku bermula..=)

Pukul 4 pagi aku dikejutkan nurse untuk melakukan pemeriksaan degupan jantung kandunganku..Sepanjang malam aku tidak dapat tidur..Bukan disebabkan memikirkan selepas proses memasukkan ubat yang bakal menyakitkan tetapi mungkin kerana berubah tempat tidur dan kerana melihat bakal-bakal ibu yang berjalan ke sana ke sini menahan kesakitan..

Selepas pemeriksaan kadar degupan jantung kandunganku normal,aku bersedia di depan pintu bilik untuk memasukkan ubat..Doktor bertugas yang melakukan pemeriksaan mengatakan bahawa jalanku sudah terbuka 4 cm..Alhamdulillah..Tak perlulah aku melalui proses memasukkan ubat ini..Aku diminta datang semula pada pukul 6 pagi untuk memecahkan air ketuban kerana bilik bersalin belum lagi bersedia untuk beroperasi..

Kesempatan ini aku ambil untuk membersihkan diri dan bersolat..Berdoa supaya proses kelahiran akan berjalan lancar..Menunggu suamiku datang dan bersarapan sebelum air ketuban dipecahkan..Nurse telah pesan supaya makan dan minum untuk dapatkan tenaga kerana tidak tahu berapa lama proses untuk bersalin akan berlaku..

Air ketubanku dipecahkan dan aku ditolak dengan kerusi roda oleh suamiku menuju ke bilik bersalin..Masuk wad bersalin di hospital awal pagi selepas subuh. Selalunya,kita akan diberi enema untuk mengosongkan saluran najis bagi memudahkan kepala bayi turun ke dalam rongga punggung tapi disebabkan aku sudah membuang air besar sebelum dipecahkan air ketuban,aku tak diberi enema..

Detik-detik penuh kesakitan..=(

Sejam pertama,masih tidak merasa kesakitan..Nurse telah memasukkan ubat untuk mempercepatkan bukaan untuk melahirkan anakkku..Oxytocin atau Pitocin akan diberikan secara iv drip, biasanya dimulakan 2 atau 5 unit dalam sebotol air saline dan diberikan perlahan-lahan mulai 10 dpm dan seterusnya ditingkatkan mengikut respons yang diukur dari kekerapan kuncupan rahim..

Setelah dua jam,bukaanku masih tidak berubah..Doktor yang datang memeriksa meminta nurse menaikkan dos lebih tinggi..Saat itulah bermula kesakitan bersalin..Semakin lama konstraksi berlaku,semakin sakit aku rasakan..Siapa yang pernah mengalami sembelit atau sengugut?Lebih teruk dari itu rasanya..

Bersalin di hospital ini tidak membenarkan suami untuk bersama isteri..Berjuanglah aku untuk mengharungi kesakitan saat ini berseorangan..Suamiku hanya dibenarkan 5 minit untuk melihat aku..Walaupun sekejap,itu sudah cukup untuk memberikanku kekuatan..Setelah 8 jam kesakitan,aku telah merasakan bahawa masanya untuk aku melahirkan anakku..Sakitnya hanya Allah saja yang tahu..

Disebabkan tiada pengalaman,agak lama juga aku meneran untuk melahirkan anakku..Syukur,setelah berkali-kali meneran,anakku selamat dilahirkan..Itulah kali pertama aku melihatnya..Hilang semua rasa sakit sebelum ini..Cahaya mata yang dinantikan selama ini adalah perempuan..Terima kasih ya Allah..=)

Terima kasih..=)

Terima kasih tidak terhingga juga aku ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu aku sepanjang proses kelahiran, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya para doktor dan jururawat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..

(Aku bersyukur dan tidak pernah menyesal bersalin di hospital kerajaan walaupun ramai kawan-kawan yang suka bersalin di hospital swasta..Perkhidmatan dan layanan di hospital kerajaan tetap ada kelas tersendiri dan bagiku terbaik..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan