Welcome Blog


Rabu, 13 Jun 2012

Pembuangan Bayi..=(

Semoga Allah membuka hati kita semua..

Kalau ada berita pasal kes pembuangan bayi ini,hati memang terasa sebak dan sedih..Sedih melihat manusia yang hilang akal dan membuat tindakan yang dasyat hanya kerana malu..Sayu hati ini apabila melihat di mana-mana bayi kecil dibuang tanpa belas kasihan..Terasa disiat-siat hati ini..

Di kala ramai yang masih menunggu bertahun-tahun,berusaha tanpa jemu dengan pelbagai cara untuk mendapatkan seorang cahaya mata,masih ada yang sesuka hati membuang anugerah yang tidak ternilai kurniaanNya malah lebih teruk membunuh bayi itu..

Cuba lihat ibu-ibu yang tetap tabah memelihara anak mereka walaupun anak mereka tidak sempurna seperti orang lain dan hanya mengharapkan bantuan orang lain untuk menjalani kehidupan seharian..Andai anak yang anda tidak inginkan itu dilahirkan sempurna,adalah satu kerugian buat anda..


Walaupun kewujudannya bukan melalui ikatan yang sah tetapi mengapa merampas kehidupannya?Walaupun saat mengandungkannya merupakan saat indah bagi orang lain & saat yang ngeri pada anda,tidakkah anda merindukannya & menyayanginya selama dirinya berada di dalam rahim anda?Tidakkah anda merasakan bahawa dirinya juga merindukan diri anda?

Apa salahnya membiarkan bakal anak anda terus hidup setelah berbulan-bulan anda mengandungkan dirinya?Kewujudannya tanpa diundang itu sebenarnya megajar anda untuk bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan..Jikalaulah dia dapat berkata-kata dengan anda,satu saja permintaannya..''Sayangilah diriku ibu..Jangan kau bunuh anakmu ini..Berikanlah diriku peluang untuk hidup di muka bumi ini bersamamu ibu..''

Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..Sentiasa ada peluang kedua sama ada untuk berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya..Jangan biarkan diri menderita seumur hidup atas kesilapan yang dapat diubah..Jangan berikan syaitan peluang untuk bergembira dengan kesalahan yang bakal anda lakukan..Sayangi bakal anak anda walaupun seluruh dunia menghina anda kerananya..Peliharalah bakal anak anda supaya dia tidak akan mengulangi apa yang telah anda lakukan..

Kepada sesiapa yg tidak mempunyai anak,apa kata tulis satu nota di Facebook anda dan tujukan kepada sesiapa saja yang mempunyai anak atau yang bakal melahirkan anak tapi tidak inginkan anak tersebut,bahawa anda amat menginginkan anak tersebut dan sertakan nombor telefon,email dan sebagainya yang boleh dihubungi atau alamat untuk memudahkan mereka ini memberikan anak mereka..InsyaAllah,dengan cara ini kita secara tidak langsung membantu mereka dan  mengurangkan kes pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa..Semoga banyak bayi dapat diselamatkan dengan cara ini..Terima kasih..=)

Cara ini bukan untuk menggalakkan mereka terus terjerumus dalam dosa tetapi menjadi fardhu kifayah untuk kita membantu mereka-mereka ini dalam pelbagai cara..Sekali tersilap langkah,takkan selamanya menderita..Allah sentiasa membuka pintu taubat buat mereka-mereka yang melakukan dosa..Kita bukakanlah hati dan minda kita untuk membantu mereka..

Bayi-bayi itu ada hak untuk hidup dan bukannya diperlakukan lebih teruk dari haiwan..Seganas-ganas haiwan,mereka takkan membuang atau membunuh anak mereka sendiri jadi kenapa kita mesti meletakkan taraf kita lebih teruk dari haiwan..Pilihan sentiasa ada sama ada untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan