Welcome Blog


Khamis, 28 Jun 2012

6 Perkara yang patut dihindari di akhir kehamilan..=)

Semakin menghampiri tarikh untuk melahirkan,semakin banyak pula kerja yang perlu diselesaikan bagi bakal-bakal ibu yang bekerja..Disebabkan tekanan kerja atau rehat yang tidak mencukupi menyebabkan kadang-kadang kita akan mengalami kesakitan sama ada kesakitan dalaman atau luaran..

Bagi bakal-bakal ibu yang tidak bekerja pun tidak terkecuali..Ada saja yang perlu dilakukan bagi memastikan ketika berpantang semuanya dalam keadaan yang baik sebelum badan kembali sihat dan kuat untuk menguruskan rumahtangga dan anak..Berikut adalah enam perkara yang patut dihindari di akhir kehamilan..



1. Terjatuh

Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.

2. Pedih Pada Tubuh

Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul.

Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu.Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati

Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.

Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.

Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.

4. Sakit Kepala

Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan

Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.

Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral.

6. Sesak Nafas

Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.

Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.


Sumber dari Majalah Pa&Ma

*Aku masih bekerja hingga ke 38 minggu 6 hari usia kandunganku..Semakin sarat mengandung,semakin aku bertenaga biarpun semakin perlahan pergerakan..Aku masih memandu kereta hingga hari aku dimasukkan ke hospital..Nasib baik kena masuk hospital awal..Kalau tak,susah juga dalam sakit nak beranak tu nak kena turun tangga tingkat 4..

Setiap hari turun naik tangga secara tak langsung menjadi senaman untuk aku semasa hamil..Tempat kerja aku pun memerlukan aku untuk berjalan banyak..Semasa dalam wad,aku perasan ada mata-mata bakal ibu yang memandang kerana aku berjalan seperti aku tidak seperti menunggu hari untuk bersalin..

Ada yang terkejut bila mengetahui yang aku menunggu masa untuk bersalin bila mereka bertanyakan usia kandunganku..Aku hanya mengambil ubat yang klinik bekalkan,pil kalsium dan minyak ikan kod Scott's Emulsion..Mungkin itu salah satu sebab aku masih bertenaga walaupun sarat mengandung..

Masa bukaan jalan sudah 4cm,sempat lagi aku minta solat Subuh sebelum air ketuban dipecahkan dan aku dimasukkan ke bilik bersalin..Syukur, Allah memberikan aku kekuatan untuk bertahan dengan dugaan sepanjang kehamilanku..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan