Welcome Blog


Khamis, 21 Jun 2012

Home Made..=)

Mula-mula tu bukan nak buat pizza pun..Beli keju sebab nak buat roti pizza yang resepinya diambil dari MyResepi.com..Pada plastik keju tu ada resepi untuk buat doh pizza..Keju pun ada lebih lagi..Maka bermulalah aktiviti membuat pizza..Uli guna tangan je..

First time buat home made pizza tak sangka menjadi..Dengan modal separuh dari nilai kalau beli pizza yang dah siap,boleh dapat dua pizza..Memang puaslah makan..Resepi untuk doh pizza ini di ambil dari plastik keju Perfect Italiano..Boleh dapat dua pizza saiz medium..

Keju yang aku guna ialah Perfect Italiano campuran cheddar,mozarella dan parmesan..Aku sertakan sekali resepi untuk roti pizza..Selamat mencuba..=)

Bahan-bahan untuk roti pizza
4 keping roti
Sos tomato
Serbuk oregano
1 batang sosej
4 ketul sosej ayam
Keju campuran
Kiub nanas

Cara membuat roti pizza
Roti disapu sos tomato yang telah dicampurkan serbuk oregano..Kemudian taburkan nuget ayam dan sosej..Nuget ayam dan sosej digoreng terlebih dahulu..Letakkan kiub nanas jika suka..Taburkan keju campuran ke atas roti..Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 minit atau hingga keju mencair.
Bahan-bahan untuk doh pizza
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin

Cara membuat doh pizza
Tepung gandum dimasukkan garam..Gaulkan hingga sebati kemudian campurkan yis..Yis dicampurkan dengan air suam dulu..Akhir sekali masukkan marjerin..Uli hingga adunan ini tidak melekat pada tangan..Bulatkan doh dan balutkan bekas doh dengan plastik..Biarkan doh mengembang hingga 45 minit atau dua kali ganda dari saiz doh..Kemudian,keluarkan doh kemudian tumbuk 10 hingga 15 minit untuk mengeluarkan udara dalam doh..Bahagi doh kepada dua bahagian..Gelekkan doh hingga menjadi nipis dan letakkan di dalam dulang untuk membakar pizza saiz 10 inci..Cucuk doh dengan garfu untuk mengelakkan pizza menjadi kembung ketika dibakar..Doh direhatkan untuk setengah jam sebelum dibakar..Letaklah topping yang anda suka di atas doh pizza ini..Bakar doh pizza pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 hingga 15 minit atau sehingga keju mencair..Siap untuk dimakan..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan