Welcome Blog


Jumaat, 29 Jun 2012

13 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin..=)

Ramadhan akan bermula tak sampai sebulan lagi..Alhamdulillah,aku tak perlu menggantikan puasa pada tahun lepas..Puasa penuh ketika mengandung..Nasib baik baby pun memberikan kerjasama walaupun letih berpuasa dan bekerja,aku berjaya berpuasa penuh Ramadhan tahun lepas..Cabaran tahun ini kerana aku menyusukan Madiihah..Sebolehnya aku ingin berpuasa penuh kerana bila 'bestfriend' aku dah datang melawat,dah tak dapat aku berpuasa penuh..

Bermulanya puasa Madiihah akan genap usianya 6 bulan..Bermakna sudah boleh diberikan makanan pejal kepadanya..Sekarang pun aku dah cuba-cuba memberi makanan pejal..Alhamdulillah,Madiihah makan juga walaupun lebih banyak minum susu badan..Bolehlah diberi makan antara waktu berpuasa..Nak kena aturkan masa yang sesuai untuk Madiihah menyusu dan makan..Jom kita baca tips untuk ibu-ibu yang dah bersalin dan ingin mula berpuasa..=)

13 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin

1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu.Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.

13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu.

Sumber dari Majalah Pa&Ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan