Welcome Blog


Jumaat, 6 Julai 2012

Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

Tamat belajar adalah masa untuk mencari kerja..Aku selepas tamat belajar,menganggur di rumah sambil memenuhi temuduga kerja kerajaan..Bukan tak cuba cari kerja lain sambil menunggu jawapan temuduga tetapi abah aku cakap dia mampu lagi setakat nak bagi aku makan..

Duduk di rumah aku menjaga anak-anak saudara aku..Bukan sepenuh masa tetapi bila anak-anak saudaraku ada yang balik sekolah atau yang balik dari nursery,aku akan menjaga mereka..Dapatlah juga upah walaupun tak sebanyak kerja di luar..

Yang seronoknya,dapat berdekatan dengan keluargaku dan melayan kerenah anak-anak saudaraku..Seronok layan budak-budak walaupun macam-macam sikap mereka yang perlu kita sabar..Satu pengalaman berharga untuk aku dan pengalaman inilah yang aku gunakan setelah mempunyai anak sendiri sekarang..

Alhamdulillah,aku telah berjaya mendapat kerja kerajaan..Aku memohon menggunakan SPM walaupun aku mempunyai diploma..Aku diarahkan untuk melaporkan diri di negeri Johor..Bayangkanlah hujung dunia aku tinggal,hujung dunia pula aku bekerja..

Ikutkan hati memang berat nak pergi tetapi mengenangkan bukan senang untuk aku mendapat kerja,aku kuatkan semangat sebagaimana semasa aku terima tawaran untuk belajar di negeri Pahang..Kalau aku tahu begitu susah untuk mendapat pekerjaan,mungkin selepas SPM aku tak meneruskan pengajian aku di peringkat diploma..

Semua itu sudah ditakdirkan..Kadang-kadang rezeki untuk kita bekerja bukan berdasarkan sijil yang kita miliki..Berapa ramai yang bekerja tetapi bukan dalam bidang yang dipelajari ketika di universiti dulu..Ada juga yang berkata kerja kerajaan ini tiada masa depan apatah lagi jika bekerja menggunakan SPM..

Jangan hanya kerana sudah berjaya atau masa depan sudah terjamin kita sewenang-wenangnya mengatakan pada orang lain yang mahu bekerja kerajaan itu tiada masa depan..Paling sedih apabila yang mengeluarkan kata-kata sebegini sebenarnya masih bekerja kerajaan dan bermula dari bawah juga sebelum berpangkat besar..

Masih wujud orang yang berfikiran sempit walaupun berpendidikan tinggi ini..Ingatlah,setinggi mana pun kita berada di atas langit,jangan lupa berpijak kaki di bumi bawah yang nyata..Apapun,pilihan tetap di tangan anda sama ada ingin kerja kerajaan atau kerja swasta..Keduanya ada kelebihan dan kekurangannya..


Gambar hiasan suasana orang bekerja di pejabat..=)


Kelebihan kerja swasta ini, menyediakan untuk anda laluan yang betul..Kerja dengan satu syarikat,dapat pengalaman..Cukup 2 atau 3 tahun boleh cuba cari kerja di tempat lain..Syarikat baru selalunya akan tawarkan dua atau tiga kali ganda dari gaji lama masa di syarikat lama sebab ada pengalaman.

Kerja kerajaan pula kena ambil peperiksaan tertentu untuk kenaikan pangkat..Bila dah berjaya dalam peperiksaan ini,tunggu panggilan temuduga untuk jawatan yang layak..Kalau betul laluannya,memang boleh berpangkat besar walaupun bermula dari bawah..

Kerja kerajaan ini kelebihannya yang aku nampak ialah stabil dan terjamin..Kalau kerja dengan betul,tak perlu nak fikir kena buang kerja atau tak dapat kenaikan gaji melainkan kalau pekerja kerajaan tu kena tindakan tatatertib kena buang kerja ke atau kena turun pangkat atau turun gaji..

Soal beban tugas bagi aku tak baik buat kesimpulan mudah yang mengatakan kerja swasta itu susah dan kerja kerajaan ini senang sebab bahagian yang aku bekerja 24 jam sehari syifnya..Sehari purata aku akan memasukkan data pelawat yang keluar masuk Malaysia paling kurang 500 orang pelawat..Apabila bekerja sewaktu hujung minggu atau cuti sekolah lebih banyak lagi pelawat yang akan keluar masuk Malaysia..

Bagi aku kerja di mana-mana pun ada cabaran dan dugaannya yang tersendiri tetapi kalau diri sendiri itu memang dasar pemalas,kerja di mana sekali pun macam itu juga..Melompat-lompat kerja pun bukan sesuatu yabg baik melainkan berhenti dari kerja lama yang bergaji kecil atau berjawatan rendah kepada kerja baru yang bergaji besar dan berjawatan tinggi..


Gambar hiasan pekerja di tapak pembinaan..=)

Sekarang ini nak kerja kerajaan bukan main susah lagi.. Memang cukup susah..Tak semestinya ada kelulusan tinggi mudah untuk anda diterima kerja kerajaan..Kawan aku yang ada kelulusan master pun masih lagi menunggu panggilan temuduga setelah beberapa tahun..

Kerja swasta ialah kerja-kerja yang dilakukan menjanakan keuntungan kepada indivu atau syarikat..Apabila pencen atau bersara wajib kena guna duit KWSP atau EPF untuk menyara kehidupan..Kos perubatan ditanggung sendiri..Hanya sesetengah syarikat swasta sahaja yang memberikan pencen setelah anda bersara..Apa yang anda usahakan itulah yang,anda akan dapat tapi cepatlah..

Kerja kerajaan ialah kerja-kerja memberi perkhidmatan kepada rakyat..Apabila pencen atau bersara wajib ada duit pencen setiap bulan..Kos perubatan pun ditanggung..Haruslah diingat bahawa pencen dibayar berdasarkan tangga gaji terakhir sahaja..Segala elaun tidak termasuk dalam pencen..Apa yang anda usahakan,itulah yang anda akan dapat tapi lambatlah..

Kesimpulan yang dapat aku buat ialah kalau nak senang, kerjalah kerajaan..Kalau nak kaya kerjalah swasta...Kalau nak mewah,berniagalah kerana 9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan...Jangan menipu orang sudah..Tak berkat hidup atas penipuan dan kesengsaraan orang lain..Mungkin kita mewah sekarang tetapi ingatlah Allah boleh menarik kemewahan itu sekelip mata saja..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan