Welcome Blog


Ahad, 8 Julai 2012

Sahabat Sejati Atau Musuh Dalam Selimut

Hidup di dunia ini memerlukan seseorang yang kita panggil kawan,teman,sahabat dan sebagainya..Bermula dari kita di lahirkan, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan tempat kita bekerja, kita akan berjumpa ramai orang dan ada antaranya menjadi kawan kita..Apa ciri-ciri yang anda perhatikan ketika memilih seorang kawan?

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

" Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.."

Perumpamaan berkawan dengan penjual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan..

Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah..

Perumpamaan berkawan dengan tukang besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kelekaan dan kejahatan..

Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya..

Oleh itu, ambillah iktibar dan jangan tersilap memilih kawan di dunia ini..Berkawan biarlah berpada-pada..



Gambar hiasan..Seronokkan kawan berbilang bangsa macam ini..=)
 

Imam Al-Ghazali berkata kawan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

1.Kawan yang ada ilmu

Apabila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa memberi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepaskan kawan ini.

Berkawanlah dengannya kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tetapi terima ilmu yang kita beri

Dia tidak berimu tetapi kita mempunyai ilmu. Dia menerima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepaskan kawan ini.

Berkawanlah dengannya kerana dengan kita menyampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat melaksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu

Kita mempunyai ilmu tetapi apabila kita memberi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tidak mahu menerima dan bermacam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita beri.

Iman Al-Ghazali berkata jangan berkawan dengan orang sebegini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan bimbang kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah S.W.T.

Empat jenis teman palsu:
  • Seseorang yang mengajak berkawan untuk tujuan menipu.
  • Seseorang yang hanya manis di mulut saja.
  • Seseorang yang leka yang memuji-muji dan memujuk.
  • Seseorang yang mendorong seseorang yang lain untuk menuju ke jalan yang membawa pada kerugian dan kehancuran.
Empat jenis orang-orang ini mereka adalah teman-teman palsu dan seseorang janganlah bergaul dengan mereka..

Seseorang yang mengajak kawannya untuk tujuan menipu mempunyai empat ciri:

Mereka hanya memikirkan tentang apa yang akan mereka peroleh dalam persahabatan dengan kita.
Mereka memberi sedikit dan berpikir bagaimana untuk memperoleh banyak.
Apabila mereka berada di dalam bahaya, mereka akan melakukan hal-hal bagi kita sehingga mengukuhkan persahabatan dan saling melindungi.
Mereka bergaul dengan kita hanya kerana mereka tahu bahawa pergaulan itu memberikan keuntungan kepada mereka.
 
Seseorang yang hanya manis di mulut saja mempunyai empat ciri:

Mereka selalu membicarakan hal-hal yang telah lampau dan tidak berguna.
Mereka cenderung membicarakan hal-hal yang belum terjadi.
Mereka membantu mengerjakan hal-hal yang tidak berguna.
Apabila diminta untuk membantu, mereka selalu mengatakan tidak dapat membantu dengan bermacam-macam alasan untuk menghindari.

Seseorang yang suka memuji dan memujuk mempunyai empat ciri:

Jika kita berbuat jahat, mereka akan setuju dan membenarkannya.
Jika kita tidak berbuat baik, mereka akan setuju dan membenarkannya.
Di hadapan kita, mereka akan memuji-muji kita.
Di belakang kita, mereka akan mencela kita.

Seseorang yang mendorong kawannya untuk menuju ke jalan yang membawa pada kerugian dan kehancuran mempunyai empat ciri:

Mereka mengajak kita untuk minum-minuman yang memabukkan.
Mereka mengajak kita berkeliaran di malam hari.
Mereka membuat kita melekat untuk mengejar kesenangan-kesenangan.
Mereka membuat kita untuk menjadi seorang penjudi.

Gambar hiasan..=)

Empat jenis teman sejati:
  • Seseorang teman yang mampu membantu di dalam berbagai cara.
  • Seseorang teman yang mempunyai rasa simpati baik di dalam suka maupun duka.
  • Seseorang teman yang memperkenalkan kita pada hal-hal yang berguna.
  • Seseorang teman yang memiliki perasaan persahabatan.
Empat jenis orang-orang ini adalah teman-teman sejati dan seseorang seharusnya bergaul dengan mereka.

Seorang teman yang mampu membantu di dalam berbagai cara mempunyai empat ciri:

Dia melindungi seorang kawannya yang lengah.
Dia melindungi harta kekayaaan seorang kawan yang lengah.
Dia dapat memberikan perlindungan bila terdapat bahaya.
Dia membantu dengan menawarkan lebih banyak bantuan daripada yang diminta apabila ada suatu pekerjaan yang akan dilakukan.

Seorang teman yang mempunyai rasa simpati baik di dalam suka mahupun duka mempunyai empat ciri:

Dia membuka hal-hal rahsia mengenai dirinya kepada kawannya.
Dia menjaga rahsia kawannya, tidak membiarkan mereka bocor.
Dia tidak meninggalkan kawannya pada saat mengalami banyak kesukaran.
Dia mungkin bahkan mengorbankan hidupnya demi kawannya.
 
Seorang teman yang memperkenalkan kita pada hal-hal yang berguna mempunyai empat ciri:

Dia mencegah kita untuk berbuat jahat.
Dia menganjurkan kita untuk berbuat hal-hal yang baik.
Dia memberitahukan kita kepada hal-hal yang belum pernah kita dengar sebelumnya.
Dia memberitahukan kepada kita metoda untuk mencapai alam-alam kebahagiaan.

Seorang teman yang memiliki perasaan persahabatan mempunyai empat ciri:

Dia ikut merasakan duka, apabila kawannya menderita.
Dia ikut merasakan suka, apabila kawannya berbahagia.
Dia menghadapi mereka yang mencela kawannya.
Dia membenarkan mereka yang memuji kawannya.


Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya..Ini kerana persahabatan itu saling mempengaruhi, saling mempercayai sehingga sukar sekali untuk dapat melihat atau memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi..Bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan kerana seorang kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah S.W.T untuk mencari redhaNya..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan