Welcome Blog


Ahad, 1 Julai 2012

Jodoh Ketentuan Atau Pencarian???

Apabila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, kenapa akan ada pihak yang menyalahkan dan memburuk-burukkan pihak lain? Kenapa tidak muhasabah diri sendiri kenapa terjadinya perpisahan itu? Janganlah membuka aib masing-masing dengan bercerita sebelah pihak tanpa sebelah pihak dapat membela apa yang diceritakan..

Keluarga, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai perlu berlaku adil bila terjadinya mendengar sesuatu perkara dengan tidak berpihak kepada mana-mana pihak..Lebih dasyat lagi bila melabelkan pihak yang tidak dapat mempertahankan dirinya dengan panggilan yang menjatuhkan maruahnya..


Kita pula jangan cepat menghukum hanya kerana kita tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi apabila sesuatu hubungan itu tidak berakhir dengan perkahwinan..Itu semua ketentuanNya..Kita hanya merancang..Allah yang menentukan dengan cara yang mungkin tak disangka-sangka..

Bersama selamanya..=)
Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah..Malah bagi orang Islam meyakini Qada' dan Qadar yang ditentukan Nya merupakan suatu kewajipan..Beriman kepada Qada' dan Qadar merupakan salah satu dari rukun iman..Yakni berarti, tidak beriman kepada salah satunya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna..

Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah..Tiada sesuatupun yang akan berlaku melainkan dengan izinNya..Sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga..

Sebagaimana firmanNya

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

( Surah An-Nur Ayat ke 26 )

Maka jika mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.Jika kita hanya menghadkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.Mungkin pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, InsyaAllah. Begitulah sebaliknya..

Info daripada http://pakarcinta.com

Untuk lelaki yang mahu mencari bakal isteri..
(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerana kaum Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu tetapi lihatlah pada telapak tangannya.Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasak-masaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata tapi lihatlah pada bujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.
(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata tetapi lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Untuk wanita yang mahu menerima cinta lelaki..
(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata tetapi lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya ketika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata tetapi lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya layak dilihat oleh si isteri.
(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata tetapi lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih mahu memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Allah telah menjodohkan aku dengan suamiku..Walaupun masing-masing bukan cinta yang pertama namun kami yakin inilah cinta sejati yang akan berkekalan buat selamanya..Aku amat bersyukur dengan kurniaanMu..Alhamdulillah..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan