Welcome Blog


Rabu, 25 Julai 2012

Cinta vs Suka

Kebanyakkan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit di dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka pasti mereka terdiam dan serba salah untuk menjawab..Tidak tahu mana satu jawapan yang tepat..

Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada rasa suka..Namun harus diingat,cinta dan suka adalah dua perasaan yang berbeza jika diteliti sedalamnya..Diakui ramai yang keliru dengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perasaan tersebut..Berikut perbezaan di antara cinta dan suka..

  • Di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira tetapi di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
  • Jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum tetapi jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
  • Di hadapan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja tetapi di hadapan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata..
  • Di hadapan orang yang kita suka, kita akan menjadi diri yang sebenar tetapi di hadapan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..
  • Di hadapan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja tetapi di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..


  • Di hadapan orang yang kita suka, kita terlalu mudah untuk berterus-terang kerana kita yakin berterus terang itulah yang paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dan si dia tetapi di hadapan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana bimbang hatinya akan terguris..
  • Kita selalu merenung mata orang yang kita suka tetapi kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai..
  • Bila orang yang kita sukai menangis, kita akan membuat dia gembira tetapi apabila orang yang kita cintai menangis kita akan turut menangis..
  • Perasaan suka bermula daripada telinga jadi jikalau kita berhenti menyukai seseorang umpama kita membuang pendengaran kita..
  • Perasaan cinta bermula daripada mata jadi jikalau kita berhenti mencintai seseorang umpama kita cuba menutup mata dan berubah menjadi air mata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan