Welcome Blog


Khamis, 12 Julai 2012

Bertudung Tetapi Berbogel

Kalau sudah bertudung macam mana pula boleh nampak macam berbogel pula..Bagaimana yang dikatakan bertudung tetapi berbogel?Apa bezanya wanita yang bertudung tetapi berbogel ini dengan wanita yang tidak bertudung?

Keadaan ini sama seperti orang yang bersolat tetapi masuk neraka dengan orang yang tidak bersolat yang masuk neraka..Allah S.W.T telah menyediakan neraka Wail bagi mereka yang bersolat tetapi lalai serta alpa ketika mengejakan sembahyang. Juga neraka untuk orang Islam yang mengabaikan atau meninggalkan sembahyang.

Jadi kedua-dua keadaan ini adalah sama saja iaitu berdosa..Aku bukanlah setinggi manapun pengetahuan agamaku tetapi perkara seperti ini aku yakin ia adalah salah..Yang tidak bertudung hukumnya berdosa kerana mendedahkan aurat manakala yang bertudung tetapi tidak menurut yang ditetapkan Islam juga berdosa..
Allah S.W.T berfirman:

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."

Surah An-Nur Ayat 31


Contoh pemakaian tudung dan menutup aurat yang sepatutnya menurut Islam..=)

Berikut adalah kesalahan-kesalahan wanita yang bertudung tetapi tidak menurut yang Islam tetapkan

Kesalahan wanita dalam gambar ini

  • Memakai kain yang singkat
  • Tidak menutup tudungnya ke paras dada


  • Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa'i dari Ummu Salamah r.a

    "Ya Rasulullah..Bagaimana perempuan akan perbuat dengan kain-kain mereka yang sebelah bawah?"

    Sabda Rasulullah S.A.W

    "Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah mereka menambahkan lagi ke atasnya.."

    Selalunya nampak wanita yang berpakaian begini yang kerja pejabat..Bila dilihat sekali imbas memang wanita ini menutup aurat tetapi bila diperhatikan betul-betul ada juga yang masih terbuka..



    Kesalahan wanita di dalam gambar ini

  • Tudung tidak menutupi dada
  • Pakaian ketat menampakkan susuk tubuh
  • Tidak bersarung kaki
  • Blaus yang dipakai singkat


  • "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain kepada maksiat..Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.."

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    Wanita yang berpakaian begini aku selalu nampak kat restoran atau kedai makanan..Pekerja-pekerja wanitanya memakai tudung tetapi ada bahagian yang terbuka dan kadang-kadang memakai baju yang ketat..




    Kesalahan wanita di dalam gambar ini

  • Tudung tidak menutupi dada
  • Pakaian ketat menampakkan susuk tubuh
  • Tidak bersarung kaki
  • Blaus yang dipakai singkat


  • Allah S.W.T telah berfirman

    "Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman;hendaklah mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.."
    Surah An-Nur Ayat 31

    Gadis remaja yang selalunya berpakaian sebegini..Tak salah nak berfesyen tetapi pastikan mengikut yang telah ditetapkan oleh Islam..Ada saja yang memakai baju yang singkat dan seluar yang londeh hingga menampakkan benda yang sepatutnya tidak ditunjuk..Ada pula yang menarik-narik baju untuk melindungi apa yang dah ditunjuk itu..Kalau tidak selesa,janganlah pakai..Tiada sesiapa yang boleh memaksa atau menentukan apa yang kita boleh atau patut pakai..
    Kesalahan wanita di dalam gambar ini

  • Tudungnya tidak menutupi dada


  • Allah S.W.T telah berfirman

    "Hendaklah mereka menutup tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka rendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.."
    Surah An-Nur Ayat 31

    Kalau dilabuhkan sedikit tudungnya ke dada sudah lengkap wanita ini dalam pemakaian tudung dan menutup aurat secara Islam..Selalunya wanita yang sudah berusia dan bekerjaya akan berpakaian begini..Sengaja diletakkan di luar perhiasan yang dipakai untuk dilihat orang ramai..Hanya kerana ingin menunjukkan perhiasan yang dimiliki,disingkatkan tudung atas paras dada..Kalau suami tidak menegur,dayuslah suami mereka..Kalau sudah ditegur tetapi tidak mahu berubah maka sendiri tanggunglah dosa itu..
    Kesalahan wanita di dalam gambar ini

  • Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh


  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud

    "Hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu.."


  • Solekan yang jelas dilihat (Lipstik)


  • Allah S.W.T telah berfirman

    "Pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang..Makanlah dan minumlah dan jangan kamu melamapaui batasan.."
    Surah Al-A'raf Ayat 31

    Ini wanita-wanita yang nak menunjukkan bentuk badan mereka..Memang cantik dan menggiurkan tetapi sudah menjadi berdosa..Longgarkan sikit macam kebarung pun sudah cantik sebenarnya..Tak perlu hingga nak bernafas pun susah..
    Kesalahan wanita di dalam gambar ini

  • Lengan blaus pendek dan tidak menutupi tangan
  • Kain yang dipakai berbelah di depan (Slit)
  • Tidak bersarung kaki


  • "Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti.."

    Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah

    Hairan bila melihat wanita yang memakai tudung,berbaju kurung atau berskirt labuh tetapi masih lagi mahu membuat belahan kain mereka sama ada di bahagian depan atau belakang..Ada juga yang membuat belahan di bahagian dalam dan bila melangkah akan ternampaklah kaki mereka..Sayang kerana sedikit saja penyesuaian yang dilakukan ke atas kain itu telah menyebabkan kita dan siapa yang melihat berdosa..





    Aku tahu apabila yang membaca tulisan aku ini,akan melihat adakah aku mengikut apa yang aku tulis..Aku menulis tentang isu ini bukan untuk mencetuskan kontroversi atau menaikkan kemarahan wanita namun aku melihat senario ini semakin membimbangkan..

    Aku juga memberi peringatan kepada diriku ini sendiri dan aku juga masih dalam perjalanan untuk memakai tudung seperti yang dituntut Islam..Berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan..Manusia ini memang suka dengar benda yang baik-baik saja..

    Sekurang-kurangnya aku telah melaksanakan fardhu kifayah dalam menyampaikan kebenaran di sini walaupun sepatah ayat..Semoga negara kita ini terhindar daripada kemurkaan Allah S.W.T..Wanita-wanita di luar sana anda lebih cantik dari bidadari Syurga..Bukan mudah untuk mencapai tahap itu tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil..=)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan