Welcome Blog


Khamis, 2 Ogos 2012

Kebaikan Mengurut Bayi..=)

Selepas Madiihah dilahirkan,aku mencari cara untuk melakukan urutan kepadanya..Urutan yang lengkap untuk satu badannya..Takkanlah nak panggil tukang urut urutkan baby pula setiap hari kan?Jadi aku cuba mencari cara-cara untuk mengurut Madiihah sendiri..

Banyak rupanya kebaikan yang kita dapat dengan mengurut bayi kita..Selalunya,aku mengurut Madiihah selepas Madiihah dimandikan..Makin lama memang semakin susah apabila baby makin membesar dan taknak duduk diam..Kalau baby anda menangis,tak perlulah diurut..

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita..
  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi   
  •  Tenang 
  •  Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak 
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi 
  • Rangsangan sentuhan 
  • Menyihatkan kulit bayi 
  • Melancarkan sisitem pengaliran darah 
  • Membantu sistem penghadaman 
  • Membantu dalam pernafasan 
  • Melegakan kesakitan pada gigi 
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak) 
  • Menenangkan ibu bapa 
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi 
  • Pengalaman yang menyenangkan 
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)

Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban.
    Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini.

    Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.

    Sumber daripada http://anakkusayang.com

    Di bawah ini gambar cara urutan yang lengkap untuk bayi..Kalau tak boleh buat semua,lakukan urutan yang ringkas pun sudah mencukupi..Yang penting,kita menyentuh juga baby kita dengan penuh kasih sayang..=)

    Urutan kepala dan muka..=)


    Urutan dada..=)
    Urutan tangan..=)
    Urutan kaki..=)
    Urutan perut..=)
    Urutan belakang..=)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan