Welcome Blog


Selasa, 16 Oktober 2012

Alahan Makanan Madiihah..=(

Pada suatu petang,aku memasak cucur ikan bilis untuk dimakan bersama suamiku..Madiihah yang beberapa hari tidak berselera untuk makan kerana baru tumbuh gigi menunjukkan minat untuk makan..Lalu aku mencicipkan sedikit cucur ikan bilis itu untuk Madiihah..
Alahan menyebabkan badan dan muka jadi merah..=(
Agak banyak juga cucur ikan bilis yang aku cicipkan Madiihah makan..Setelah beberapa lama selepas makan,badan Madiihah mula timbul sesuatu yang kemerah-merahan..Kami menyangkakan pada mulanya mungkin disebabkan kepanasan tetapi apabila semakin lama semakin banyak,kami terus membawa Madiihah ke klinik swasta..

Risau juga walaupun Madiihah tidak merengek-rengek atau menangis..Setelah pemeriksaan dilakukan,doktor mengatakan Madiihah mengalami alahan makanan..Doktor memberikan ubat sapu dan ubat makan..Esoknya aku lihat sudah berkurangan merah-merah di badannya tetapi menjelang tengahari semakin teruk pula jadinya..

Kami membawa Madiihah ke klinik kerajaan pula untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan..Ujian darah dilakukan untuk memastikan bahawa alahan itu tiada sebarang jangkitan dalam darah..Syukur tiada masalah dengan ujian darah Madiihah..


Diberikan lagi ubat sapu dan dua jenis ubat untuk dimakan..Nampak kurang tetapi masih juga ada merah-merah di bahagian kakinya..Ubat sapu yang diberikan memang akan menyebabkan rasa panas pada bahagian yang disapu..

Krim Herbal Blend Shaklee yang baru dipos oleh kakakku menyelamatkan keadaan..Krim ini bukan untuk alahan tetapi kerana ada testimoni mereka-mereka yang menyapu pada anak mereka kerana gatal-gatal membuatkan aku ingin mencuba..

Krim ini tidak memberikan rasa panas seperti ubat sapu klinik..Syukur kerana setelah seharian aku menyapu krim Herbal Blend kepada alahan Madiihah,kesan merah-merah semakin kurang dan terus hilang..Alhamdulillah..



Madiihah yang telah bebas dari kesan alahan..=)
Semua yang terjadi ada hikmahnya..Bagi diriku,sekurang-kurangnya aku tahu apa yang Madiihah tidak boleh makan buat beberapa tempoh ini dan aku bertemu dengan krim yang sesuai untuk alahan Madiihah jika terjadi lagi..

Artikel berikut mungkin membantu ibu bapa di luar sana yang mengalami keadaan seperti aku..=)

Apakah perbezaan di antara alergi makanan dan intolerans makanan?

Alergi makanan yang sebenar selalunya menyebabkan tindak balas yang segera selepas seseorang itu memakan makanan penyebab alergi. Simptom-simptom akan berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas makan. Tindak balas alergi boleh mengancam nyawa pada sesetengah orang.

Intolerans makanan adalah tindak balas yang lebih perlahan, selalunya berlaku beberapa jam atau hari selepas memakan makanan tertentu. Selalunya ia membawa kesan kepada saluran pencernaan. Simptom-simptom boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kadang-kala membawa kepada pemakanan tak seimbang, tetapi selalunya ia tidak mengancam nyawa.

Adakah ia perkara biasa?

Kira-kira 5-8 peratus kanak-kanak dan 1-2 peratus orang dewasa akan mengalami alergi makanan. Sehingga 90 peratus kanak-kanak akan pulih dari alergi ini, tetapi mungkin akan mendapat penyakit lain yang berkaitan alergi (dikenali sebagai atopi) seperti asma, ekzema, demam alergi atau rinitis.

Jumlah mereka yang menderita akibat intolerans makanan tidak diketahui. Sehingga sejumlah 30 peratus orang mengaku mereka telah mengalaminya. Walau bagaimanapun, angkanya mungkin di sekitar 10–20 peratus sahaja.

Apakah punca yang paling biasa bagi alergi makanan dan intolerans makanan?

Makanan yang paling biasa menyebabkan alergi dan intolerans makanan adalah: telur, susu lembu, kekacang, gandum, gluten (protin yang terdapat dalam gandum, rai, barli dan mungkin oat), ikan, kerang-kerangan, buah-buahan sitrus, tomato, bijan dan soya.

Anda dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang makanan yang disyaki dari diet anak anda tanpa menggantikannya dengan makanan lain yang mempunyai kandungan nutrien yang sama. Jika tidak, dia mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi. Adalah penting bagi anda mendapatkan bantuan daripada pakar diet jika anda mahu melakukannya.

Apakah simptom-simptomnya?

Simptom yang paling biasa bagi alergi makanan ialah kegatalan kulit (seperti ruam netel), kegatalan atau bengkak lidah dan bibir, bersin, hidung tersumbat atau berair, (seakan sama dengan demam alergi tetapi dikenali sebagai rinitis), nafas yang pendek dan batuk.

Simptom-simptom bagi intolerans makanan adalah sakit perut atau kolik, kembung, angin, cirit-birit dan kadang-kala muntah. Simptom-simptom seperti migrain, suka meragam, dan kemerahan juga dikaitkan dengan diet.

Terdapat banyak keadaan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom seakan sama seperti penyakit Crohns, kolitis berulser dan penyakit kolik, jadi elakkan daripada mencuba membuat diagnosis sendiri. Penting untuk mendapatkan diagnosis doktor anda supaya anak anda mendapat rawatan perubatan yang betul.

Penjelasan bagi alergi makanan yang teruk

Bentuk alergi yang paling teruk dinamakan sebagai anafilaksis. Ia merupakan reaksi alergi yang berpotensi mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubatan kecemasan. Simptom-simptom termasuklah ruam kulit yang gatal (ruam kulit), lidah dan bibir yang bengkak, rasa tekak mencengkam, sukar bernafas dan rasa pitam. 
Anak anda akan kelihatan pucat dan rasa berlengas. Jika tidak dirawat, tindak balas anafilaktik akan menyebabkannya hilang kesedaran dan kadang-kala, ia akan membawa kematian. Jika anda mensyaki bahawa anak anda mungkin mengalami serangan anafilaktik, terus ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat.

Jika anak anda didiagnosis dengan alergi makanan yang teruk, dia perlu membawa ubat Epinefrina (adrenalin) ke mana-mana sahaja bersamanya sebagai rawatan pertamanya jika dia mengalami tindak balas anafilaktik. Sekiranya diserang lagi, dia perlu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Selain dari bahan bukan makanan seperti ubat-ubatan, sengatan lebah dan tebuan dan lateks, anafilaksis boleh disebabkan oleh makanan tertentu dalam jumlah yang sedikit. Kebanyakan orang mengetahui mengenai alergi kekacang dan makanan laut, tetapi apa-apa makanan pun boleh menjadi penyebab tindak balas ini. Penyebab paling biasa bagi kanak-kanak ialah telur, susu dan kacang. Bagi orang dewasa, penyebab utamanya ialah ikan, kerang-kerangan dan kekacang.

Bagaimana alergi dan intolerans makanan didiagnosis?

Alergi makanan hanya boleh didiagnosis secara tepat dengan dua cara: ujian cucuk kulit (skin prick test) dan/atau ujian darah. Kedua-duanya digunakan untuk mengesan kehadiran sebatian yang dinamakan IgE, yang hanya hadir jika alergi makanan berlaku.

Ujian cucuk kulit

Ujian ini biasanya digunakan sebab ia memberikan keputusan jelas dengan segera dan cepat dan mudah dilakukan. Ia dilakukan dengan meletakkan ekstrak cecair makanan yang disyaki (alergen) pada kulit dan mencucuknya dengan lanset. Jika anak anda alergi terhadap makanan tersebut, benjolan yang gatal akan muncul dalam masa 10 minit. 
Jika benjolan tersebut lebih daripada 3mm, ini dianggap sebagai tindak balas positif. Keputusan mungkin tidak akan berapa tepat jika anak anda mengambil antihistamin. Sesetengah pakar pediatrik boleh melakukan ujian ini dengan sendiri tetapi lazimnya, anak anda akan dirujuk kepada pakar kulit atau klinik alergi.

Ujian darah

Ujian ini menggunakan sampel darah yang dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa 10-14 hari. Keputusan digredkan sama ada dalam skala 1-4 atau 1-6.

Bagi kedua-dua ujian, keputusannya hanya menunjukkan tindak balas anak anda terhadap sesuatu bahan. Ujian ini tidak dapat memberitahu anda bagaimana teruk tindak balas itu.

Menyimpan diari pemakanan

Menyimpan diari pemakanan dan simptom secara tepat juga amat membantu dalam diagnosis alergi atau intolerans makanan pada anak anda. Ia akan menunjukkan makanan atau bahan yang menyebabkan atau menerukkan simptomnya. Selalunya, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar diet untuk mula melakukannya. Pakar pediatrik anda akan merujukkan anda kepada pakar diet.

Selalunya, pakar diet akan menyarankan supaya anda tidak memasukkan makanan tertentu ke dalam diet anak anda untuk sementara waktu, dan memasukkannya semula ke dalam diet secara perlahan-lahan. Dengan ini, makanan penyebab akan dapat dikenal pasti dan diagnosis boleh dilakukan. 
Menyimpan diari dengan rapi akan mengambil masa tetapi ia adalah cara paling tepat untuk mengenal pasti dan mendiagnosis alergi atau intolerans makanan pada anak anda. Jika anda sudah mengetahui bahawa jenis makanan tertentu menyebabkan tindak balas, tak usahlah anda memasukkan makanan itu semula ke dalam diet anak anda sebab ia berbahaya.

Hidup dengan diet khas

Apabila alergi atau intolerans makanan anak anda telah didiagnosis, adalah penting supaya anda mengelakkan makanan tersebut. Jika dia mengalami alergi makanan, semua makanan seumpama itu mesti dikeluarkan dari dietnya. Jangan masuk makanan itu semula ke dalam dietnya tanpa mendapatkan nasihat pakar perubatan. 
Dalam hal intolerans makanan, ini, anda boleh juga cuba memasukkan semula makanan tersebut ke dalam diet sedikit demi sedikit tanpa mengalami kesan buruk. Lama-kelamaan, dan dengan melakukan kaedah cuba-mencuba ini, anda akan ketahui berapa banyak makanan itu yang boleh diambil oleh anak anda. Menyimpan sebuah diari tentang makanan dan simptom (sila rujuk Menyimpan diari makanan dan simptom di atas) akan membantu anda melakukannya.

Aktiviti-aktiviti seperti menyediakan bekal makanan tengah hari di samping makanan semasa bercuti, parti hari jadi, makan di luar dan semasa keluar berjalan akan memerlukan pengaturan dan perancangan yang lebih tekun daripada biasa, tetapi anda akan mula membiasakan diri dengan amalan menyediakan makanan dan minuman yang sesuai untuk anak anda atau menasihatkan orang lain yang terlibat dalam pemakanan anak anda melakukannya.

Membeli-belah untuk diet khas

Membeli-belah untuk diet khas adalah sukar pada mulanya. Tetapi apabila anda sudah mengetahui semua produk yang sesuai bagi anak anda, dan belajar menyesuaikan resipi, dia akan mampu menangani diet yang pelbagai, berkhasiat dan sedap.

Amalkan tabiat membaca label makanan sebab ini juga akan menjadi bahagian penting dalam kehidupan harian. Makanan penyebab alergi mungkin mempunyai pelbagai nama yang berbeza. Sebagai contoh, kedua-dua natrium kaseinat dan pejal sirap dadih dihasilkan daripada susu. Anda boleh meminta senarai penuh jenama yang perlu dielakkan daripada pakar diet.

Sekarang, terdapat pelbagai jenis makanan khas yang bersifat "bebas daripada" di kebanyakan supermarket. Kedai makanan kesihatan dan organik menyediakan banyak jenis makanan khas.

Anda akan belajar bagaimana untuk menyesuaikan resipi biasa anda dan mencuba resipi baru. Terdapat banyak buku masakan diet khas yang boleh membantu anda menyediakan hidangan, snek dan bahan bakeri yang sesuai. Kek tanpa telur, pasta tanpa gandum dan krim putar tanpa susu adalah beberapa jenis makanan yang anda boleh buat atau beli.

Adakah anak saya akan pulih kelak?

Mana-mana alergi zaman kanak-kanak boleh menjadi pulih tetapi peluang anak anda untuk pulih dari alergi atau intolerans makanan bergantung kepada alergennya. Contohnya, sehingga sejumlah 90 peratus kanak-kanak akan pulih dari alergi susu lembu dan telur dan intolerans protin susu lembu, sementara hanya kira-kira 10-20 peratus akan pulih dari alergi kekacang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan