Welcome Blog


Rabu, 31 Oktober 2012

Akhirnya Madiihah Dihantar Ke Rumah Pengasuh..=(

Setelah melahirkan Madiihah,aku bercuti bersalin selama 3 bulan..Satu tempoh yang lama walaupun sebenarnya pantas masa berlalu..Sepanjang aku bercuti,selalu aku terbaca tentang kematian bayi akibat tersedak susu dan penderaan bayi..Ini membuatkan aku dan suami bersetuju untuk bergilir-gilir menjaga Madiihah selepas tamat tempoh cuti bersalinku..Di tempat kami amat sukar untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga bayi yang ibu bapanya bekerja waktu syif yang melibatkan waktu malam..

2 bulan setelah kami bergilir-gilir menjaga Madiihah,kesihatan suamiku tidak mengizinkan kami terus menjaga Madiihah..Kami berdua bekerja syif berlainan kumpulan..Ketika aku bekerja,suamiku bercuti begitulah sebaliknya..Madiihah sangat susah untuk minum susu menggunakan botol..Ini agak menyukarkan untuk suamiku..Jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga Madiihah selama 4 bulan..


Alhamdulillah,setelah aku bercuti permohonan suamiku untuk ditukarkan ke waktu pejabat diterima..Ini memudahkan kami untuk mencari pengasuh walaupun aku tetap bekerja waktu syif..Bermulalah episod sayu setiap kali menghantar Madiihah..Bayangkanlah 9 bulan aku dan suami menjaganya sendiri..Dunia Madiihah hanya ada kami sahaja..Walaupun letih melayan dan menjaga Madiihah tetapi sangat puas kerana dapat melihat fasa-fasa penting dalam pembesarannya..


Hari pertama menghantar Madiihah,ketika aku meninggalkannya kepada pengasuh,hanya tangisannya yang ku lihat..Aku kuatkan semangat walaupun hati tak merasa tenteram langsung sepanjang hari di tempat kerja..Tak sabar rasanya setiap hari untuk pulang ke rumah dan bertemu Madiihah semula..Nampak matanya bengkak akibat menangis apabila aku mengambilnya dari rumah pengasuh..Semoga pengasuh sabar melayan Madiihah yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..

Waktu inilah aku amat berharap suatu hari nanti aku dapat berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Madiihah..Cuba kita bayangkan dalam sehari berapa jam sahaj kita bersama anak kita dan selebihnya bersama pengasuh..Dari pukul 7 pagi hingga 5 petang dan kita akan bertemu semula anak kita pada pukul 5 lebih..Pukul 10 malam paling lewat kita akan tidur dan rutin yang sama akan berulang hingga kita cuti pada Sabtu dan Ahad..

Rasa cemburu pula pada mereka-mereka yang dapat menjaga anak-anak mereka sendiri..Apakan daya,aku dan suami perlu bekerja untuk masa depan Madiihah juga..Kos sara hidup yang tinggi dan perbelanjaan seharian memerlukan kami berdua bekerja..InsyaAllah,suatu hari nanti akan tiba masa aku tak perlu lagi bekerja..Bersabarlah anakku sayang..

7 ulasan:

  1. sedihkan bila anak menagis, sedangkan kita xpenah biarkan anak kita menangis.. be strong dear

    BalasPadam
  2. Mmg sedih..Cepat-cepat naik kereta sbb xnak dgr tangisan anak..Laily pun be strong ye..

    BalasPadam
  3. Hai kak...lame x tnye khabar..kt tempat baru sekarang camane...

    BalasPadam
  4. salam...hi..terjumpa post ni ms tgh google2 pasal pengasuh...sy pn br 1st time nk anta anak ke pengasuh..tp anak sy dh setahun huhu....risau sgt... anak awak amik ms bp lm br nk ok dgn pengasuh????

    BalasPadam
  5. Salam PiNkPurPle..Baby dah setahun lebih maybe tak sesusah saya kot..Baby senang tak nak dengan orang?Kalau macam baby saya memang susah nak dengan orang..Ambil masa juga sebab kami gilir-gilir jaga baby sendiri sebelum ini..Tak sempat nak serasi kami dah berpindah..Sekarang menjaga baby kami bergilir-gilir macam dulu..

    BalasPadam
  6. Salam... nak tanye, hari pertama anta baby kat rumah pengasuh tu, die nangis lame x? Isau nye, thn baru ni nak start keja dah, pas amik cuti lama jaga anak... baby dah kenal org sgt...xnak ngan org lain... isau sgt2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Mmg menangis..Balik tgk mata bengkak je..Sayu hati tp kuatkan jg sbb nak keje..Apa yg sis boleh lakukan,biasakan beberapa hari ni hntr rmh pengasuh..Xdelh anak tu terkejut tiba2 kena tgl..Tawakal dan doakan anak akan dijaga dengan baik oleh pengasuh..InsyaAllah..=)

      Padam