Welcome Blog


Khamis, 21 Mac 2013

Salam 2013..=)

Alhamdulillah,tahun 2012 berlalu dengan lancar dan permulaan tahun 2013 bermula dengan baik..Lama rasanya aku tidak mencoretkan apa-apa di blog ini kerana sibuk menguruskan pertukaran ke KLIA..Setelah 4 tahun lebih berkhidmat di negeri Johor,aku dan suami dapat bertukar ke KLIA..

Kami memohon untuk berpindah kerana faktor ingin berdekatan dengan keluarga..Apabila sudah berpindah ke KLIA ini,lebih mudah untuk kami pulang ke kampung keluarga masing-masing dan menguruskan apa-apa jika berlakunya kecemasan..

Perkara pertama yang perlu diuruskan adalah rumah sewa yang baru sementara memohon untuk menduduki kuarters diluluskan..Dalam seminggu lebih sampai naik juling dan rabun mata ini mencari di dalam internet iklan-iklan rumah sewa tetapi hampa kerana sewa yang dikenakan agak tinggi dan rumah sewa berada jauh dari tempat kerja baru kami..

Kami bernasib baik kerana kakak iparku mempunyai rumah lama keluarga mereka untuk meletakkan barang-barang rumah kami sementara untuk mendapat rumah sewa..Rumah kosong itu memang dijadikan stor oleh keluarga kakak iparku jadi tak menjadi masalah jika kami ingin meletakkan barang-barang rumahku..Sementara itu,kami menumpang di rumah baru kakak iparku..

Perkara kedua,urusan untuk meyewa lori mengangkut barang-barang rumah kami yang boleh dikatakan agak banyak..Manalah tahu yang kami akan berpindah dengan cepat..Ingatkan anak aku bersekolah baru dapat berpindah agaknya tetapi mungkin rezeki anak aku,kami dapat berpindah lebih cepat dari yang disangkakan..

Urusan berpindah ini amat memerlukan duit yang banyak..Mujurlah kami dapat membuat tuntutan pertukaran jadi dapatlah menampung duit yang telah digunakan untuk urusan perpindahan..Bayangkanlah untuk sewa lori sahaja kami perlu memperuntukkan sebanyak RM1250 dari Johor Bahru ke Jenderam Hulu..

Itu belum termasuk bayaran untuk menyewa rumah sewa..Rumah sewa yang kami diami sekarang sewanya RM750 sebulan..Setelah mengira kos tambang sehari pergi dan balik kerja jika kami menyewa rumah yang jauh dari tempat kerja walaupun sewanya murah,lebih berbaloi menyewa rumah sekarang..Jarak tempat kerja dan rumah sewa agak dekat dan pengangkutan percuma yang disediakan oleh tempat kerja kami pun ada..


Insya Allah,dalam masa terdekat ada rezeki kami untuk menduduki kuarters pula..Nak membeli rumah sendiri banyak yang perlu difikirkan..Permulaan tahun yang baik dan diharap semuanya sentiasa baik hingga ke penghujung tahun..Salam 2013 untuk semua..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan