Welcome Blog


Jumaat, 22 Mac 2013

Mengandung Lagi..=)

Assalamualaikum.
Lewat pula "bestfriend" aku datang bulan ini.Selepas bersalinkan Madiihah,"bestfriend" aku ini buat lawatan seperti biasa.Kalau lambat macam ini pun sebab aku ada makan supplemen itu pun sebulan saja yang tak betul waktu lawatannya.Lepas berpindah rasanya hampir 2 bulan juga tak menentu cara aku makan supplemen tetapi "bestfriend" aku datang seperti biasa.
Nak buat ujian mengandung macam awal lagi.Tanda-tanda pun tiada menunjukkan yang aku ini mengandung.Risau juga termakan apa-apa yang tak sepatutnya kalau betul aku mengandung.Cuma yang aku perasan selama sebulan ini aku suka sangat minum Nescafe susu.Padahal,kalau boleh aku selalunya mengelak minum Nescafe.Harap tiadalah sebarang kesan jika betul aku mengandung lagi.

Aku beli juga kit ujian mengandung tetapi keputusannya samar-samar walaupun positif.Mungkin aku kena beli yang lebih tepat agaknya macam Clear Blue.Shopping di Guardian ada promosi untuk 2 kit ujian mengandung Clear Blue harganya RM35++.Cuba esok paginya tapi mungkin sebab aku salah cara penggunaannya sampai tak keluar langsung keputusannya sama ada negatif atau positif.Rugi satu kit ujian mengandung itu.😂

Masa nak tahu sama ada mengandung Madiihah ke tak dulu,beli yang murah saja tapi keputusannya memang jelas aku mengandung tak sampai berapa saat selepas ujian.Mungkin kali ini masih awal lagi sebab itu keputusannya samar-samar dan tak menentu.

Sempena hari ulangtahun perkahwinan kami yang kedua,suami aku mengajak kami bercuti ke Johor Bahru dan kebetulan kami datang untuk mengambil barang-barang yang masih ada di rumah lama.Masa bangun tidur di hotel tempat kami menginap,aku cuba lagi kit ujian mengandung itu.Kali ini,aku ikut betul caranya agar keputusannya jelas.

Alhamdulillah,positif keputusannya.Kali ini tak samar-samar lagi cuma seperti biasa perlu disahkan oleh doktor.Petang itu kami ke klinik yang memang biasa kami pergi semasa aku kami di Johor Bahru dulu untuk mengesahkan sama ada aku mengandung atau tak.

Syukur,doktor mengesahkan yang aku telah hamil 5 minggu++.Aku dijangka akan melahirkan anak kedua ini paling awal penghujung bulan Oktober dan paling lewat pertengahan bulan November.Insya Allah.

Keputusannya positif
Madiihah akan jadi kakak dan aku akan melalui lagi pengalaman mengandung.Memang kami tidak merancang untuk menjarakkan anak pertama dan kedua tetapi tak sangka secepat ini.Rezeki anak jangan ditolak.Kami terima dengan hati terbuka.Perjalananku sebagai ibu mengandung bermula sekali lagi.😃

Tiada ulasan:

Catat Ulasan