Welcome Blog


Ahad, 30 September 2012

Honeymoon Bersama Madiihah..=)

Akhirnya setelah hampir setahun lebih usia perkahwinan aku dan suami,kami akan berbulan madu..Bunyi macam lucukan sebab pasangan lain berbulan madu sejurus selepas selesai majlis perkahwinan tetapi kami setelah mempunyai anak..Bukan kerana kekurangan bajet tetapi kesempitan masa..

Selesai majlis perkahwinan,"bestfriend" aku datang membuat lawatan seperti biasa..Maka,cuti kami disingkatkan dan kami kembali ke rumah kami di Johor Bahru..Aku kalau "bestfriend" ini datang memang senggugut dan tidak akan berada dalam keadaan yang terbaik untuk membuat sebarang aktiviti..

Setelah dua bulan perkahwinan kami,aku disahkan hamil..Memandangkan banyak cuti telah diambil untuk urusan perkahwinan maka cuti yang ada dimanfaatkan untuk pemeriksaan bulanan ibu hamil setiap bulan..Bersalin juga memerlukan bajet yang banyak dari segi membeli kelengkapan bayi dan untuk ibu berpantang..

Peluang yang datang jangan disia-siakan walaupun bulan madu kami akan disertai anak kami..Destinasi bulan madu yang suami aku pilih ialah di Pantai Puteri Melaka..Apa yang menarik penginapan yang berdepan dengan pemandangan pantai membuatkan suasana sungguh cantik dan romantis..
Pemandangan Pantai Puteri..=)

Pemandangan dari bilik hotel..=)
Kalau ke Melaka mesti kena rasa coconut shake Klebang..Disebabkan lama juga beratur semata-mata nak membeli jadi alang-alang susah nak beli,aku beli 4 cawan coconut shake ini..Memang sedap..Patutlah orang sanggup beratur panjang..Ada lagi satu tempat di Batu Berendam coconut shake yang sedap tapi semasa aku pergi kedai itu samada tutup atau pun belum memulakan perniagaannya..
Coconut Shake blended Klebang yang famous..=)
Hujung minggu,Banda Hilir Melaka adalah tempat paling sibuk sekali disebabkan kehadiran pelawat dari dalam dan luar negara kerana di sinilah terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Bangunan Stadthuys, Dataran Pahlawan, A Famosa, Menara Taming Sari dan banyak lagi..
Tempat-tempat menarik di Melaka..=)
Kami perlu berpusing di laluan yang sama beberapa kali sebelum mendapat tempat untuk meletakkan kereta kerana Banda Hilir ini kebanyakkannya sehala..Kupon bayaran letak kereta perlu diletakkan setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang termasuk Sabtu dan Ahad..Kupon ini mudah untuk dibeli kerana kebanyakkan kedai ada menjualnya..Untuk satu buku yang mempunyai 10 keping kupon RM0.60 sen sejam berharga RM6.00..
Mengabadikan kenangan bersama dalam lukisan di Menara Taming Sari..=)


Kenangan ketika berbulan madu tidak dapat dilupakan..Semoga kami dapat lagi meluangkan masa berkualiti sebegini lagi di masa akan datang..Tidak semestinya sudah berkahwin dan ada anak tidak boleh berbulan madu lagi..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan