Welcome Blog


Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Ayam Masak Sos

Bahan-bahan
500gm bahagian ayam
1 inci halia dihiris halus
2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili hidup merah dipotong
1 biji cili hidup hijau dipotong
2 biji tomato dibelah empat
4 sudu besar sos cili
4 cawan air 
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar hingga sedikit layu.
2.Masukkan pula bawang putih,halia dan gorengkan ayam seketika.
3.Air dimasukkan dan dibiarkan sehingga mendidih.
4.Masukkan sos cili,cili merah,cili hijau dan tomato.
5.Setelah kuah hampir pekat masukkan garam secukup rasa.
6.Siap untuk dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan