Welcome Blog


Selasa, 24 Jun 2014

30 Menu Makanan Rohani Ketika Berpuasa

Menu makanan jasmani ketika berpuasa sudah keluar dan tersebar.Macam-macam resepi yang enak untuk dicuba tetapi ingatlah yang ianya hanya mengenyangkan perut yang lapar.Kali ini, minta kawan-kawan yang prihatin sekalian mencuba menu makanan rohani ketika berpuasa bagi disebarkan kepada umum.InsyaAllah kenyang perut dan kenyang iman.
Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini;
1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat Terawikh minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat setiap malam.
4. Beri makan kepada orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat Dhuha setiap pagi minima 2 rakaat.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan bangun bersahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus Al-Quran sambil memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha atau sia-sia.
16. Zikir harian,banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubungkan silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
22. Menjaga lisan,pandangan,pendengaran dan hati daripada perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah S.AW yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (Suami dan anak-anak lelaki)
25. Lazimi untuk mengawal dan menahan marah,mendidik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah.Hadirkan Allah di dalam hati,berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-ollah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Semoga kita semua memperolehi kebaikan dan keberkatan di bulan Ramadhan nanti.Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan