Welcome Blog


Jumaat, 24 Januari 2014

Bagaimana Menyusukan Bayi?



1. Perhatikan tanda awal bayi lapar seperti mulut mencari sesuatu, menjilat bibir, menghisap jari. Tangisan adalah tanda lewat kelaparan.

2. Duduk atau baring dengan selesa, gunakan bantal untuk sokongan dan keselesaan jika perlu.

3. Rehatkan bahu dan bawa mulut bayi ke payudara, bukan payudara ke mulut bayi.

4. Pegang bayi dengan rapat, perut ke perut, hidung ke puting, dagu ke payudara dan anggota bawah bayi ke rapat ke badan ibu. Sokong leher dan bahu bayi dengan kemas tanpa menolak bahagian belakang kepala bayi kerana tindakan ini biasanya akan membuatkan bayi menolak payudara.

5. Ampu payudara dengan meletakkan 4 jari di bawah payudara, jauh dari kawasan areola (kawasan gelap) dan ibu jari di bahagian atas payudara. Memerah beberapa titik susu akan membangkitkan deria rasa dan bau bayi.

6. Biarkan dagu bayi di atas payudara, hidung ke puting sehingga mulutnya terbuka besar seperti sangap/ menguap dan bayi menggerakkan kepalanya sedikit ke belakang untuk memasukkan sebahagian besar payudara ke dalam mulutnya. Ibu juga boleh mengusik mulut bayi supaya bayi membuka mulutnya luas-luas.

7. Apabila bayi merasai puting dengan lidahnya, bibirnya akan menutupi sebahagian besar kawasan areola dan puting, kedua-dua bibir haruslah terjuih keluar. Anda boleh merasai bayi mula menghisap perlahan-lahan, 1-2 hisapan dan rehat.

8. Apabila bayi melepaskan payudara ataupun bayi berhenti menghisap, ibu boleh sedawakan bayi dan menawarkan payudara yang sebelah lagi.

9. Sekiranya ibu perlu melepaskan payudara dari mulut bayi, lakukannya dengan lembut, masukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi sehingga lekapan dilepaskan.

Kredit kepada http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan