Welcome Blog


Khamis, 9 Januari 2014

Apakah Itu Kelahiran Overdue?



Di penghujung kehamilan, anda tentu ternanti-nanti saat kelahiran bayi. Namun, ada segelintirnya terpaksa menunggu lama untuk melalui saat itu kerana perlu bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin.

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) anda bagi memulakan proses sakit bersalin. 

Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi 7 hari atau pun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. 

Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebabkan:

Proses bersalin menjadi sukar
Bayi yang melebihi tarikh jangkaan berrsalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.

Uri tidak berfungsi
Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.

Faktor Sebabkan Overdue
Sejarah keluarga
Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).

Saiz kepala
Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

Tiada kontraksi
Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

Keperluan Induce
Induce dilakukan kerana kebanyakan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

Kredit kepada http://soalandanjawapan.wordpress.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan