Welcome Blog


Selasa, 7 Januari 2014

10 TANDA KEGUGURAN..=(

(1) Sakit
Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran.

(2) Pendarahan
Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

(3) Kehilangan tanda kehamilan

Jika badan anda terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang telah hilang. Ia kemungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

(4) Ketiadaan denyutan jantung bayi
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.

(5) Tiada pergerakan janin
Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam. Jumpalah doktor anda sekiranya anda tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi. Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke-18 dan minggu ke 24.

(6) Sakit belakang
Kadang-kadang, ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan. Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.

(7) Ujian positif kemudian bertukar kepada negatif
Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut dimana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua, ia bukan sahaja menjadi tanda keguguran, ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim, ektopik.

(8) Lelehan faraj
Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudah terjadi.

(9) Serviks terbuka
Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Jika serviks anda buka dalam tempoh beberapa mingu pertama kehamilan, risiko keguguran adalah agak tinggi.

(10) Paras hormon hCG jatuh
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi.

Shaklee ada menyediakan set untuk ibu yang keguguran berpantang..Set yang dicadangkan ialah SET KEGUGURAN SHAKLEE..




PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ ID No : 869288 
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan